Sebelum menjelan Ramadan baru-baru ini, Imran Idris telah ke Maldives bersama isteri beliau. Berikut 34 tips yang telah dikongsikan oleh Imran buat anda yang akan travel ke sana.

1. Male adalah ibu negara bagi Maldives
2. Airport dan Bandar Male terpisah dengan 2 buah pulau dan feri akan menghubungkan antara 2 pulau tersebut
3. Matawang adalah Rufiya. (1USD = 15 Rufiyya)
4. Barang runcit, kedai makan & kedai kecil gunakan Rufiya, perkhidmatan lain kebanyakkan menggunkan USD.
5. Dari Malaysia tukar duit ke USD dan tukar ke Rufiyya apabila tiba di airport. Simpa resit untuk tukar balik duit jika tak habis guna.
6. Beza masa dengan Malaysia adalah 3 jam (Malaysia ke hadapan).
7. Maldives adalah negara Islam, benda2 yang merapu macam tak ada.
9. Tak boleh pakai 2pieces or 1pieces, hanya di Private Island saja boleh.
10. Makanan ada yang murah ada yang mahal. Harga antara RM 25  – RM40 sekali makan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca:  7 Cabaran Yang Saya Lalui Sewaktu Travel Solo Di Maldives

11. Pekan Male kecil saja, 2-3 jam boleh pusing habis semua kawasan.
12. Elakkan makan di kedai yang bernama Restaurant sebab ada tax dan service charge. Makan di Café atau kedai-kedai ala-ala rakyat gitew untuk harga yang murah.
13. Setiap perkhidmatan daripada syarikat yang berdaftar dikenakan tax 10% + GST 12% bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
14. Setiap malam yang kita menginap di kenakan Green Tax bagi setiap orang X (darab) setiap malam (3USD setiap malam)
15. Ekonomi utama Maldives adalah industri pelancongan, cukai dan ikan tuna.
16. Ombak di Maldives agak kuat – Indian Ocean kot!
17. Kad kredit di terima secara meluas tapi ada caj untuk setiap transaksi
18. Kebanyakan rakyat Maldives macam Bangladesh tapi mereka wangi-wangi dan rambut kerinting afro.
19. Penerbangan KUL-MALE adalah 4 jam 15 min via AirAsia.
20. Harga normal tiket penerbangan RM770, Promo RM580, Super Promo RM377! (return).

21. Jika tinggal di Pulau Besar seperti Maafushi hotel lebih murah (RM180-600) semalam.
22. Jika menginap di private island yang selalu orang pergi (RM1200 – 12,000) semalam.
23. Jika nak ke Maafushi Island naik feri tempatan tambang 3USD (1jam 45 min) tapi naik speedboat kena caj 25USD (45min).
24. Makanan kegemaran di Maldives adalah capati dan tuna dengan kelapa parut.
25. Aktiviti yang boleh buat di sini : trip snorkelin, tengok ikan lumba-lumba atau penyu, trip memancing, Resort Tour.
26. Di Airport hanya ada kedai makan: Thai food, Burger King, Coffee & Pastries, Pizza. Semua makanan harga memang mahal sikit
27. Dulu nama Airport Ibrahim Nasir, sekarang dah tukar ke nama Valena International Airport.
28. Boarding Pass dia memang comel!
29. Tempoh yang ideal untuk melawat Maldives adalah 4 hari 3 malam dah cukup.
30. Kalau ada duit lebih boleh cuba naik SeaPlane untuk melihat Maldives dari udara dan merasai pengalaman untuk kapal terbang mendarat atas lautan.
31. Kebanyakan orang Maldives boleh cakap bahasa omputih.
32. Jika nak simpan beg di Airport caj dikenakan adalah 6USD untuk beg saiz biasa dan 10USD untuk beg besar.
33. Fridge magnet kebanyakannya berharga 2USD bagi setiap satu, pandai-pandailah tawar harga ya.
34. SimCard boleh di beli di Airport. 3GB berharga 16USD untuk 7hari. Di hotel juga ada wifi.

Berikut ringkasan itinerari selama 5 hari 4 malam.

Itinerari

Hari 1 : 17 May. KL – Hulhumale
Bertolak dari KL : 6.55pm
Tiba di airport : 8.10pm
Airport transfer ke City Hotel

Hari 2 : 18 May. Hulhumale – Maafushi Island
Sarapan (termasuk harga hotel)
Check out hotel
Tranfer bot ke Male’
Naik feri ke Maafushi
Check in Kaani Beach / Triton Beach
Makan tengahari, free and easy, makan malam

Hari 3 : 19 May. Maafushi Island
Sarapan (termasuk harga hotel)
Trip Snorkeling & Island hopping (Sand bank, turtle reef, dolphin cruising, snorkling)
Makan tengahari (termasuk dalam pakej aktiviti)
Makan malam

Day 4 : 20 May. Maafushi Island
Sarapan (termasuk dalam hotel)
Free & easy : Resort tour / JetSki / Beach walk and beach activity
Makan malam

Hari 5 : 21 May. Maafushi – Male
Sarapan (termasuk harga hotel)
Boat transfer ke Male
Tour di Male
Makan tengahari di Male
6pm balik ke Hulhumale’
Transfer ke airport
8:55pm bertolak balik ke Malaysia

Hari 6 : 22 May
4:30am tiba di Malaysia

Baca lagi:  Nak Travel Bajet Ke Maldives Selepas Raya? Ini Itinerari Yang Anda Boleh Tiru