Berpuluh-puluh orang di China dilaporkan telah dijangkiti dengan wabak baharu, dikenali sebagai virus Langya, lapor The Guardian.

Taiwan kini sedang memantau dengan teliti perkembangan mengenai penyakit yang pertama kali dikesan pada penghujung 2018, seperti dilansir Newsweek.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pusat Kawalan Penyakit Taiwan (CDC) melaporkan bahawa 35 orang di China telah diuji positif virus Langya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Kes itu muncul di Wilayah Shandong dan Wilayah Henan, yang terletak di timur laut China.

CDC Taiwan telah berjanji untuk membangunkan prosedur bagi mengesan virus Langya dan menyusun genomnya.

Tiada seorang pun daripada 35 orang yang dijangkiti virus Langya mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa penyebaran virus Langya pada manusia pada masa ini masih belum dapat dikesan.

Virus Langya juga diketahui terdapat pada haiwan tertentu, seperti celurut – haiwan pemakan serangga bertubuh kecil yang mirip seperti tikus kecil.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada penularan virus Langya sekarang berpunca daripada penularan daripada haiwan. Bagaimanapun, pihak berkuasa di China menggesa orang ramai supaya berhati-hati.

Maklumat lain yang juga tidak jelas ialah sama ada virus Langya boleh disebarkan dari orang ke orang.

Pihak berkuasa kesihatan di China berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan Majlis Pertanian untuk menentukan sama ada virus Langya ditemui pada haiwan yang berasal dari Henan dan Shandong.

Timbalan Ketua Pengarah CDC Taiwan Chuang Jen-Hsiang menjelaskan, simptom biasa pesakit yang dijangkiti virus Langya ialah demam, keletihan, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala, dan muntah.

Dalam kes yang lebih teruk, sesetengah pesakit menunjukkan penurunan sel darah putih, kiraan platelet rendah, kegagalan hati dan kegagalan buah pinggang.

Tiada kematian dilaporkan akibat virus Langya setakat ini.

Wabak cacar monyet adalah senjata biologis buatan manusia, kata bekas saintis kesatuan soviet. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Wabak Cacar Monyet Adalah Senjata Biologis Buatan Manusia, Kata Bekas Saintis Kesatuan Soviet