Siapa sangka kilang yang sudah 36 tahun beroperasi daripada syarikat yang dikenali ramai seluruh dunia iaitu Sony juga tidak terlepas daripada ditutup berikutan rancangan Sony untuk menyusun semula operasinya secara global.

Difahamkan penutupan kilang Sony di Perai ini bakal memberi kesan kepada 3,400 pekerja terdiri daripada 1,800 pekerja tempatan dan 1,600 pekerja daripada warga asing. Penutupan kilang ini dijangka bakal ditutup secara berperingkat sehingga September 2021 sebelum ditutup secara penuh.

WH-1000XM3-Soldering-Process (1)
Sumber: audiofi

Mengulas mengenai masa depan pekerja, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan Halim Hussain memaklumkan sebilangan pekerja ini bakal dipindahkan ke kilang Sony di Bangi. 

Untuk pengetahuan, kilang ini bertanggungjawab dalam menghasilkan produk audio seperti Sony Walkman bagi pasaran eksport mahupun tempatan. Pastinya banyak kenangan yang tercipta khususnya buat mereka yang berada di sekitar Perai serta para pekerja yang pernah berkhidmat di kilang ikonik di Pulau Pinang ini.

Sekitar dua tahun lalu, kilang ikonik di Pulau Pinang iaitu Western Digital telah ditutup selepas 20 tahun beroperasi.

Kilang Western Digital Petaling Jaya Bakal Ditutup Selepas 20 Tahun Beroperasi

Nissan Tutup Kilang Pengeluaran Kereta Secara Serentak Di Indonesia Dan Barcelona

Disangka Kilang, Ini Kafe ‘Rare’ Berkonsepkan Industrial Bakal Jadi Port Lepak Anda