Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Benar kata orang, berpuasa juga boleh menurunkan berat badan di samping menstabilkan sistem imunisasi organ dalaman. Namun, pernahkah anda terdengar atau terbaca kisah seorang lelaki di Scotland ini yang sanggup berpuasa selama setahun demi menurunkan berat badannya?

Lelaki yang dimaksudkan itu bernama Angus Barbieri, individu berbadan besar seberat 207 kilogram yang berjaya menurunkan berat badan dengan cara berpuasa lebih daripada setahun. Difahamkan, cara diet ini sangat berbahaya dan tidak disarankan kepada sesiapa namun Angus sanggup demi menguruskan badan juga kesihatannya. Mengapa Angus bertindak sedemikian?

Masalah kesihatan disebabkan berat badan berlebihan

Angus-Barbieri-1024×709

Sumber: Off The Grid News

Kisahnya bermula pada tahun 1965, Angus (ketika itu berusia 27 tahun) telah mengalami pelbagai masalah kesihatan disebabkan berat badannya yang berlebihan itu. Pihak hospital Maryfield di Tayport, Scotland telah mengesahkan bahawa jangka hayat Angus tidak lama. Sekiranya beliau masih lagi tidak menurunkan berat badan, berkemungkinan keadaan kesihatannya mulai merosot.

Disebabkan itu, beliau mula merasakan benci kepada makanan kerana disebabkan makanan, berat badannya mula mendadak naik dan kesihatannya juga tergugat. Beliau selepas itu mengambil keputusan untuk menguruskan badan mengikut caranya sendiri.

Berpuasa 40 hari dan tiada masalah kesihatan dihidapi

BeFunky-collage (40)

Sumber: Though Matters

Tanpa peduli akan apa yang terjadi, Angus bertekad untuk berpuasa selama 40 hari pada permulaannya. Alah bisa tegal biasa, beliau mula anggap dengan cara ini lebih mudah untuk mengurangkan berat badan. Difahamkan, setiap hari beliau akan ke hospital untuk memeriksa keadaan kesihatannya. Bukan apa takut timbul pula masalah lain disebabkan amalan ini.

Paling memeranjatkan, selepas 40 hari berpuasa. Angus diperiksa doktor dan didapati tiada satu pun masalah kesihatan yang timbul. Tubuh badannya juga memberikan tindak balas yang baik. Mendengar berita gembira tersebut, Angus anggap lebih baik beliau meneruskan sahaja berpuasa setakat mana yang boleh beliau bertahan.

Hanya minum soda, teh dan kopi sebagai sumber makanan

Setiap hari, Angus cuma mengambil minuman bersoda, kopi dan teh (semestinya tidak mengandungi gula) sebagai sumber tenaga. Di samping itu, pakar pemakanan juga menasihati Angus supaya mengambil vitamin supplements dan yis makanan bagi mengekalkan kesihatan sistem pencernaannya.

Pada hari ke-92 Angus berpuasa, beliau diperiksa doktor dan didapati kandungan garam dalam badannya di tahap rendah disebabkan tidak makan apa-apa pun makanan. Beliau kemudiannya disuruh doktor untuk memakan garam dalam kuantiti yang banyak untuk beberapa hari.

Bukan setakat itu, kandungan glukosa dalam badan Angus juga berada di tahap rendah dan ini menyebabkan doktor merasa bimbang. Namun ia merupakan perkara normal sewaktu menjalani amalan berpuasa. Jika terlalu kerap berpuasa pula, dikhuatiri tubuh badannya akan mengalami masalah kegagalan fungsi organ dalaman. Walau bagaimanapun, setelah diperiksa teliti, proses Angus berpuasa ini masih berjalan lancar.

Berjaya kurangkan 125 kilogram selepas setahun berpuasa

https___prod.static9.net.au___media_Network_Images_2018_05_22_14_42_2205_barbieri_env_a

Perbandingan sebelum dan selepas keadaan tubuh badan Angus Barbeiri | Sumber: Nine.com

Selepas 382 hari (bersamaan 1 tahun 17 hari) berpuasa, Angus akhirnya berjaya mengurangkan sebanyak 125 kilogram. Setelah setahun berazam, akhirnya beliau berjaya mencapai target berat badan pada 82 kilogram.

“Sepanjang berpuasa saya langsung tidak berasa lapar dan badan saya ini begitu cepat menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Saya langsung tidak makan dan masih baik-baik sahaja. Paling membanggakan, saya diberikan anugerah Guinness Book of Records sebagai manusia paling lama berpuasa di dunia,” Angus menjelaskan kepada wartawan yang pernah menemu ramahnya pada tahun 1971.

BeFunky-collage (41)

Seluar Angus Barbeiri yang pernah dipegang oleh pihak Guinness Book of Records | Sumber: Though Matters

Menariknya, Angus berjaya mengekalkan berat badannya itu cuma ada pertambahan 7 kilogram sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 September 1990 di usia 51 tahun. Walau bagaimanapun, sesetengah pihak menganggap Angus meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan.

Khabarnya, Guinness Book of Records yang dimiliki Angus Barbeiri tersebut terpaksa dikeluarkan dalam catatan rekod dunia pada tahun 2016 atas alasan diet seperti ini tidak perlu dijadikan kebanggaan kerana ianya boleh membawa padah dan implikasi kesihatan yang teruk.

Diet itu boleh cuma perlu kena dengan caranya dan perlu dibimbing oleh pakar kesihatan. Sempena tahun baru ini, kami berharap kepada anda yang berazam untuk menguruskan badan, amalkanlah cara diet yang betul dan bukannya menahan lapar seperti apa yang dilakukan Angus Barbeiri ini.

Anda peminat TMJ? Ketahui lebih lanjut mengenai cara sebenar beliau menurunkan berat badan dengan klik pada pautan di bawah.

TMJ Kongsi Cara Sebenar Turunkan Berat Badan Sehingga 22 KG

‘Bawang Putih Dan Madu’ Bantu Lelaki Ini Turun Berat Badan Sehingga 4KG Sepanjang PKP

Malaysia Airlines Pecat Seorang Pramugari Gara-Gara Berat Badan Naik 0.7kg

Anda Mungkin Suka