Assalamualaikum, bagi anda yang pernah melancong ke Turki, pasti ada perasaan nak datang melancong ke Turki lagi, samalah kita.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya melancong secara DIY(Do-It-Yourself) di Turki semasa saya menetap disana selama 5 bulan (program pertukaran pelajar). Alhamdulillah dapat merasa 3 musim iaitu musim sejuk, bunga dan panas.

Untuk pengetahuan, jarak dari Kuala Lumpur ke Istanbul adalah 10 jam direct flight dan 12-30 jam jika ada transit. Tiket kapal terbang pula serendah RM1,600 sahaja pergi balik dan boleh mencecah sehingga RM4,000+. Pilihan utama untuk cek harga tiket flight sudah tentu di laman web ini.

12

Kenapa perlu travel ke Turki? Anda perlu ke Turki kerana murah, halal, selamat dan indah. Turki ni ada 81 negeri, dimana jika anda melancong sebulan pun tidak cukup nak jelajah 1 negara Turki.

Setiap negeri ada keistimewaannya tersendiri terutama dari sudut sejarahnya. Berikut merupakan senarai negeri di Turki yang saya sempat jelajah ketika berada di sana selama 5 bulan.

1. Istanbul (Eropah dan Asia)

Terdapat banyak untuk dikunjungi seperti Aya Sofya, Basilica Cistern, Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, Topkapi Palace, Bosphorus cruise ke Asia side (Uskudar, buyukada dan lain-lain).

Selain itu, Taksim Square, Galata Tower, Dolmabahce Palace, Golden Horn(ada cable car), Istiklal street, Suleymaniye Mosque, Maiden’s Tower, Beylerberi, Besiktas Stadium, Galata Bridge, Buyukada, Ortakoy, Miniaturk, Eyup Sultan Mosque (berdekatan pusara Allahyarham Ahmad Ammar), dan Gulhane Park.

2. Izmir (Selcuk)

48379878_10216009802531519_2054404319351930880_o

Tempat yang anda boleh kunjungi adalah Ephesus (library of celcus), izmir clock tower, asansor (lift nostalgia), temple of artemis, masjid Isa Bey.

3. Denizli (Pamukkale, Karahayit)

Anda boleh kunjungi Cotton Castle, cable car Denizli, dan Red water (Karahayit).

4. Bursa

Anda boleh kunjungi Green mosque, Uludag national park, Kozahan, dan Nusriye clock tower.

5. Antalya

Tempat yang anda boleh kunjungi adalah Duden waterfalls, Hadrian’s gate, Yivliminare mosque, Antalya museum, dan Murat pasya mosque.

6. Mersin

Jika berkunjung ke Mersin, makan tantuni mersin sahaja, dan Japanese street

7. Adana

Jika berkunjung ke sini, wajib mencuba Adana kebab and muzlu sut (banana milk), kazim bufe, dan sabanci central mosque.

15

8. Kayseri (Goreme/Cappadocia)

Derinkuyu undergound city, alamak x ingat.

9. Ankara

Anitkabir (kubur ataturk), Ankara castle (kena hiking sikit) kocatepe mosque, haci bayram mosque, Mehmet akif ersoy house.

10. Eskisehir

Eskişehir Büyükşehir Belediyesi Masal Şatosu (ala-ala disneyland bangunan dia)

11. Konya

Mevlana culture centre, mevlana museum, makan etli ekmek, sille, syaitan bridge, tengok tarian mevlana (di Istanbul pun ada sebenarnya, kat restoran Mevlana).

12. Isparta

Isparta city, rose garden, lavender garden, dan rumah Said Nursi Badiuzzaman. Selain 11 negeri diatas ni, ada negeri lain yang sangat menarik untuk dilawati seperti Trabzon, Alacati, Bodrum, Fethiye, Canakkale, Gazientep, Sanliurfa, Diyarbakir, Van.

Berikut adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan agar bermanfaat kepada ada yang ingin melancong ke Turki:

1. Muat turun aplikasi TRAFI

Aplikasi TRAFI akan memudahkan anda menggunakan kenderaan awam di Istanbul. Setiap negeri ada aplikasinya sendiri, tapi tidak semua negeri ada, biasanya bandar-bandar besar sahaja, contohnya Ankara, boleh muat turun EGO CEP’te.

2. Kad TnG

Setiap negeri ada kad ‘TnG’ sendiri. Contohnya di Istanbul-istanbulkart, Antalya-ankarakart, mersin-mersin kentkart. Tapi, tidak semua negeri ada tram, dolmus dan metro. Contohnya di Isparta, kenderaan awam yang ada hanyalah Bas.

13

3. Makanan terkenal

Setiap negeri ada makanan terkenal tersendiri, contohnya Mersin-tantuni kebab, Adana-Adana kebab,Bursa- Iskender kebab dan lain-lain. Bukan makanan sahaja, setiap province jugak ada 1 simbolik mereka, contohnya Denizli-ayam jantan. Isparta- bunga ros dan lavender.

4. Mesti cuba street food

Mesti try makanan jalanan Turki seperti Gozleme, Tantuni, pide, lahmacun, kofte, kumpir, cig kofte, balik ekmek, islak hamburger, kestane, kokorec, midye dolma, simit, borek. Manisan pula, kunefe, baklava, lokum, Turkish coffee dan dondurma, sahlep. Paling unik bagi Mira ialah Kokorec.

5. Gunakan aplikasi couchsurfing

Couchsurfing di Turki sangat digalakkan! Boleh mendalami cara hidup masyarakat Turki. Wajib cuba jika anda seorang backpacker! pm for any tips.

6. Mesra ‘hitchhike’

Turki antara negara yang mesra hitchhike. Tapi, pastikan ada lelaki sekurangnya seorang. Saya tidak cuba lagi ini di Turki sebab tiada lelaki sewaktu melancong. Tapi kalau nak yang sah, boleh hitchhike/carpool di https://www.blablacar.com/

7. Language barrier

Majoriti rakyat Turki tidak boleh berbahasa Inggeris walaupun di kawasan tumpuan pelancong.

8. Mempunyai sedikit ilmu Bahasa Turki

Mesti tahu asas Bahasa Turki bagi memudahkan urusniaga. Sekurangnya ucapan seperti Merhaba-hello. Teshekkurlar- thank you, rija ederim-you are welcome, gule-gule-bye, abla-akak, aabi-abang/pakcik, indirim-diskaun, bedava-free, kac lira-berapa lira? nombor 1-10, 20,30,40

9. Berhati-hati

Wajib berhati-hati dengan pickpockets terutama di dalam tram di Istanbul, metro dan dimana mana je lah kawasan tumpuan tourist.

10. Tempat pilihan membeli-belah

Kalau mahu membeli-belah pouch Turki kecil 1 lira itu, ada kedai kat tengah antara aya sofya dengan bluemosque. Paling murah dah tu 1lira. Pilihan pun banyak.

17

11. Elakkan membeli belah di Grand Bazaar

Elakkan shopping di Grand bazaar sebab mahal dan wajib tawar menawar. Ada sahaja kedai yang murah disitu tapi sangat sukar dijumpai(pintu 11). Kalau nak tengok-tengok boleh lah.
Disarankan membeli-belah kat tempat lain seperti di Taksim, Eminonu, Bursa(tudung) dan Cappadocia, Isparta.

12. Lapangan terbang di Istanbul

Istanbul ni ada 3 airport, saya sarankan IST-Ataturk. Sebabnya anda boleh menaiki metro di lapangan terbang, turun di stesen Zeytinburnu dan naik tram ke city centre(sultan ahmet).
Airport SAW pula amatlah jauh kerana terletak di Asia Istanbul. Jika anda turun disini dan ingin ke bahagian Eropah Istanbul, jangan risau, ada shuttle bas ke Taksim bernama Havabus, beli walk-in sahaja di lapangan terbang. Tambang pun murah 15tl sehala ke Taksim dan 10tl ke Kadikoy (asia istanbul).

13. Ladang bunga

Buat pencinta rose, wajib singgah Isparta jika anda melancong pada hujung APRIL-MAY. Bagi para pencinta lavender pula, silakan photoshoot di lautan Lavender, yang ini pada JULY sahaja. Wow sangat taw. siap boleh berenang dalam lautan kelopak bunga ros (di Guneykent). ini serius! Saya sudah, anda bila lagi? Jika travel ketika musim sejuk, tak usah lah singgah Isparta kerana tarikannya tiada masa ni.

14. Perjalanan

48395662_10216009801451492_1058223754972233728_o

Recommended route – Istanbul- Cappadociaflight- Konya- Isparta(musim ros dan lavender sahaja), Pamukkale- Selcuk-Bursa-Istanbul. Kalau suka alam semulajadi, boleh tambah Trabzon dalam list.

15. Bajet

Bajet? Turki sangatlah murah bagi mira berbanding negara eropah yang lain. Bawak 1,000 lira seorang untuk 1 minggu cukup sahaja kalau jimat, tidak termasuk hot air ballon kat Cappadocia.

16. Study tentang Turki sebelum melancong

Kalau pergi sendiri, tanpa agen, digalakkan study dulu sikit-sikit pasal Turki. Sebabnya bila sudah sampai kat sana, dijamin akan ada masalah komunikasi dan salah faham kalau anda tak jelas mana nak pergi.

17. Perkhidmatan bas ekspress

Servis bas ekspress kat Turki amatlah best, rasa seperti naik flight pun ada. Sebabnya ada pelayan bas(lelaki) yang akan hidang snek dan minuman dalam bas. Ada TV yang function dan paling best ada wifi.

18. Kad muzium

Kat Turki teramat banyak muzium, kalau nak jimat beli kad muzium. Ada dijual di website https://www.muze.gov.tr/en/museum-card atau beli di kaunter ticket museum

19. Tempat penginapan

Semasa di Cappadocia, saya menginap di Hotel Terra Vista, hanya rm25tl/seorang termasuk sarapan pagi! p/s: Ini jika anda ingin tinggal di hostel campur sahaja.

14

20. Kedai pakaian

Kedai pakaian yang famous kat Turki ialah LC Waikiki (cheapest) dan De Facto.

21. Ski resort

Jika anda ingin main salji, tidak perlu pergi main kat Uludag (bursa) sebab ianya overrated dan mahal. Jadi, main salji di negeri lain sahaja. lagi murah dan best jugak. Setiap negeri ada ski resort sendiri.

22. Penggunaan tandas

Tandas kat turki kebanyakkannya kena bayar, kat Konya je tandasnya percuma kut. Paling murah 50sen (sangat rare untuk dijumpai), standard 1lira. Paling mahal rasanya 2.50 lira kot.

23. Tempat solat

Musolla kat Turki ni merata, selang 100meter ada surau (ini di Isparta). ada sesetengah surau, tiada tempat wudhu wanita. Kalau ada pun, tempat wudhunya didalam tandas, nak masuk tandas pula kena bayar. Jadi, bawa botol spray sahaja kalau nak jimat.

24. Berhati-hati dengan scammer

Antara taktik scam yang terkenal di Turki ialah, orang ajak minum cay(teh), rompak di lorong tersembunyi, paksaan bayar dua kali ganda (bila gilap kasut), menyamar polis/askar, sedekah, dan beri dedak kat burung.

25. Pastikan bawa tisu selalu

Lepas ambil wudhu, pastikan anda lap tangan dan kaki dengan tisu. Dah kering baru masuk masjid/surau. Rakyat Turki dan tisu berpisah tiada.

26. Mencuba kepelbagaian sup

48984839_10216009802411516_6070748819048366080_o

Disarankan cuba sup(corba) yang ada di Turki seperti mercimek, yayla, ozegelin, tarhana, iskembe, isirgan, badem, sultan, hamsi, mantar, dan lebeniye.

27. Mencuba ayran

Wajib cuba Ayran (yogurt+air+garam). Bagi saya, ayran kat Isparta yang warna hijau tu yang paling sedap!

48423845_10216009800091458_7094821622602792960_n

28. Kad debit boleh digunakan

Tidak perlu tukar duit lira banyak-banyak di Malaysia. Tukar sekadarnya dulu sahaja pun boleh. Nanti boleh menggunakan atm di Turki untuk keluarkan duit jika tidak mencukupi. Digalakkan bank-Ziraat bankasi kerana caj terendah berbanding bank lain. Kat sana, mereka memang lebih suka pembayaran tanpa tunai. Jadi,sila bawak kad debit anda.

29. Tour di Cappadocia

Green Tour- Goreme panorama, Derinkuyu underground city, ihlara Valley, selime monastery.-33euro. Red Tour- Red valley, famous rock- cut churches, Güllüdere valley, Çavuşin village, pigeon valley, Kaymaklı underground city.-25 euro. Devrent Valley, paşabağ (Monk’s Valley), Avanos, open air museum, natural castles at Uçhisar-28euro.

Antara 3 ni, saya cadangkan green tour sebab jauh dan berbaloi. Red tour pula, pergi sendiri jalan kaki pun boleh, dekat sahaja dengan city centre goreme.

30. Belon udara panas

Hot air balloon/ belon udara panas- jika musim bunga- 130 euro. tapi ada pakej kalau nak skali dgn tour. dpt lah diskaun sikit.

31. Jangan takut dengan anjing

Anjing di Turki sangat-sangat jinak. Siap nak bermanja-manja dengan kita. Jauh beza dengan anjing di Malaysia.

32. Tips bulan Ramadhan

Jika melancong waktu bulan Ramadhan, pastikan anda merasa Ramazan Pide. Hanya ada pada bulan ramadhan, dan anda juga boleh mencuba sertai solat teraweh kat Turki, dimana berlainan ketika berada di Malaysia, setengah jam boleh habis 20 rakaat (di Isparta). Untuk pengetahuan anda, mereka solat 4 rakaat 1 salam. Ada moreh macam kita tapi cuma minum cay sahaja.

33. Bawa sos cili

Rakyat Turki dan teh berpisah tiada tidak kira musim apa pun. Oh ya, kat sana tiada susu pekat. Sos cili ada tapi rasanya macam sos tomato. Jadi, sila bawa sos cili untuk dimakan bersama kebab.

34. Makanan tradisional

Antara makanan traditional Turki, sarma (nasi yang dibalut dengan daun anggur), manti, menemen(telur+tomato dan dihancurkan, gullac(manisan), dolma (nasi dan daging yang diletak dalam cili benggala). Semua makanan ni jarang dijual direstoran terutama sarma dan dolma. Kena menginap di rumah masyarakat turki, dan requestlah pada mereka untuk buatkan untuk anda rasa.

35. Lokasi pilihan

Sejujurnya, seminggu tidak cukup melancong ke Turki sebab jarak dari 1 tempat ke 1 tempat amat jauh. Jadi, jika anda ada masa semingu sahaja dan ingin trip yang santai, saya rekemen cover Istanbul-Cappadocia-Pamukkale sahaja. Naik flight ya. jimat masa.

36. Kedai runcit

Jika di Malaysia, kedai runcit pilihan ialah 99speedmart, mydin, diTurki pula, kedai runcit pilihan ramai ialah Sok market, BIM, Migros, A.101.

37. Susu segar

Susu segar di Turki amat murah iaitu 1 litre, 2.5lira sahaja.

48409533_10216009802891528_1735561336164712448_n

38. Borong tudung

Shawl di Turki amatlah lawa dan memang rambang mata, serendah ₺5 sahaja anda boleh dapat shawl yang cantik!Saya borong tudung di Isparta sahaja sebab murah. Kalau kat Bursa, boleh shopping kat Kozahan-tingkat atas.

39. Bunga ros

Isparta ini dikenali sebagai banda bunga ros dan merupakan supplier ros kedua terbesar di dunia dimana yang pertama adalah Bulgaria. Untuk yang nak membeli-belah kosmetik dan produk kecantikan dari ros, memang inilah syurganya. Bagi anda yang pertama kali berkunjung ke sini pastinya akan teruja. Jika anda memerlukan tips lain yang tiada diatas. Boleh hubungi saya dengan lebih lanjut.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.