Macam tak percaya apabila baca tajuk artikel ini, kan? Biasa melihat kemungkinan organ-organ tiruan dicipta adalah di dalam filem atau imaginasi kita sahaja. Dengan teknologi ini, kita sudah tidak perlu lagi bersusah payah mencari organ manusia di masa depan.

Itulah realiti yang mahu diketengahkan apabila mesin ‘integrated tissue-organ printer’ (ITOP) yang dibangunkan oleh penyelidik Wake Forest Baptist Medical Center yang pakar dalam bidang regenerative medicine (kejuruteraan tisu dan biologi molekul (struktur dan fungsi makromolekul)) sejak 10 tahun lepas telah membuahkan hasil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Kredit: Wake Forest Institute for Regenerative Medicine
Kredit: Wake Forest Institute for Regenerative Medicine

Mesin ITOP telah berjaya berfungsi menghasilkan tisu gantian untuk binatang. Kejayaan ini memberi harapan untuk menghasilkan pula tisu gantian manusia dalam masa terdekat. Dakwat pencetak ‘bio-ink’ dihasilkan dari sel-sel hidup.

Menurut penyelidik, tisu dan struktur organ yang dihasilkan oleh pencetak ini boleh digunakan di masa depan untuk tujuan menggantikan tisu manusia yang cedera atau rosak.

Kredit: Wake Forest Institute for Regenerative Medicine
Kredit: Wake Forest Institute for Regenerative Medicine

“Pencetak tisu dan organ yang unik ini adalah satu kemajuan yang penting dalam usaha kami untuk membuat tisu gantian untuk pesakit,”…”Ia boleh fabricate stable, tisu mengikut skala manusia dalam apa jua bentuk,” kata Dr. Anthony Atala, pengarah Wake Forest Institute For Regenerative Medicine.

Sebenarnya, permintaan tinggi untuk tisu dan organ kerana terhad bilangan tisu dan organ yang didermakan untuk tujuan transplants. Misalnya di Amerika, terdapat lebih 121,000 orang di dalam senarai menunggu untuk organ, menurut United Network for Organ Sharing.

Contoh: Tulang rahang

Kredit: Wake Forest Institute for Regenerative Medicine
Kredit: Wake Forest Institute for Regenerative Medicine
Kredit: Wake Forest Institute for Regenerative Medicine
Kredit: Wake Forest Institute for Regenerative Medicine

Berdasarkan journal Nature Biotechnology, ITOP mampu membuat tulang rahang , tulang calvarial, tulang rawan, otot rangka dan kini telinga manusia yang palsu. Walau bagaimanapun, proses membuat tisu mengikut skala manusia dengan menggunakan pencetakan 3D adalah sangat mencabar kerana tisu bersaiz besar memerlukan lebih pemakanan tambahan.

Ini antara petikan Wake Forest 3D Bioprinting Sytem: