Ramai pembaca The Vocket telahpun mengetahui kisah adik Ainaa Amanda, adik Muqri Mifzal dan juga Pak Su. Lalu ramai juga ada menemui istilah 3D Printer dan ada yang tertanya-tanya apa itu 3D Printer dan juga ada yang tertanya-tanya apa yang begitu istimewanya tangan prostetik (tangan palsu) buatan Pak Su kepada adik Ainaa Amanda. Baik, di sini saya akan menjawab ringkas persoalan anda.

Apa itu 3D printer?
3D printer adalah sebuah mesin teknologi baru yang bertindak seolah-olah sebagai kilang kecil yang mampu menghasilkan objek 3D terus dari komputer anda. Dengan hanya menggunakan software designing di dalam komputer, anda boleh terus mencetak objek fizikal seperti mana anda kini mencetak tulisan setelah menaip di Microsoft Word, dengan menggunakan mesin pencetak (printer) yang anda miliki di rumah. Bak kata Pak Su, “think it, print it“.

Kenapa ianya sesuatu yang mengkagumkan?

3D Printer bukanlah sesuatu yang baru di dalam bidang teknologi. Ianya telah dibina sekitar awal tahun 80-an lagi, namun hanya kebelakangan ini harga 3D Printer menjunam jatuh dari berpuluh-puluh ribu dollar sehingga sekarang ini harganya kurang dari 1000 U.S. Dollar – membolehkan orang kebanyakan memilikinya.

Setelah menjadi mesin yang ‘mainstream’, ianya telah mendapat tempat dalam pelbagai industri – dari senibina bangunan, rekabentuk industri, ketenteraan, automotif dan lain-lain. Ianya juga turut popular di dalam bidang seperti pergigian, barang kemas, teknologi perubatan dan pelbagai lagi, termasuklah yang terbaru, menjadi sangat popular dalam mencetak tangan palsu.

8c638bfd8a13d0d28fba737b1f7e4b85

Bayangkan proses men’prototype’ dan mereka cipta boleh dilakukan terus di meja anda, tanpa perlu bersusah untuk menghantar ‘design’ anda ke kilang. Anda hanya perlu ada fail rekabentuk 3D dan sebuah 3D printer, anda boleh mencetak objek tersebut di rumah anda.Oh ya, dua tahun lalu, kecoh di Internet kerana muncul satu kumpulan yang menamakan diri mereka Defense Distributed, memberikan rekabentuk pistol untuk dicetak dengan 3D printer.

Dokumentari oleh VICE berkenaan Defense Distributed

https://www.youtube.com/watch?v=DconsfGsXyA

Teknologi hanyalah alat, boleh digunakan untuk keburukan dan kebaikan. Selain dari mencetak bahan plastik, terdapat juga mereka yang menggunakan 3D printer yang lebih ‘advance’ untuk mencetak besi dan juga terdapat saintis yang cuba menggunakannya untuk menyelesaikan masalah pendermaan organ dengan menghasilkan organ artifisial!

Tangan prostetik adik Ainaa dan adik Muqri Mifzal

jyu0uez

Baik, ada ramai juga yang tertanya-tanya, apa bezanya “tangan bionik” yang dicetak oleh Pak Su berdasarkan rekabentuk oleh E-Nable berbeza dengan yang sedia ada dalam pasaran.

1 – Kos. Kos untuk membuat tangan palsu biasa yang ada dalam pasaran mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit harganya, hatta boleh mencecah beratus-ratus ribu ringgit! Berbanding dengan teknologi baru ini, tangan palsu boleh dihasilkan dengan kos serendah RM 100! Ini sememangnya ‘game-changing technology’. Ia memberikan peluang kepada ramai di seluruh dunia, yang memerlukan tangan palsu, namun tidak mampu memiliki.

2 – Sekali lagi, kos. Selain soal mampu milik, ianya juga soal tumbesaran kanak-kanak. Kanak-kanak akan sentiasa membesar, jadi untuk mendapatkan tangan palsu kepada anak mereka merupakan dilema kepada ibu bapa. Bayangkan mereka perlu berhabis berpuluh ribu untuk sesuatu yang tidak dapat digunakan lagi dalam tempoh yang singkat. Jadi ada yang menunggu anak mereka cukup besar terlebih dahulu. Tangan palsu E-Nable menyelesaikan masalah ini.

3- Fungsi. Ya, anda mungkin terkejut, tangan palsu yang berharga sekitar RM 100 ini dapat berfungsi lebih baik dari tangan palsu teknologi lama yang berharga puluhan ribu dollar. Tonton video di bawah ini.

4- Rekabentuk. Ianya sememangnya menjadi pilihan kanak-kanak, oleh kerana ianya membuatkan mereka kelihatan seperti robot. Oleh kerana ianya mudah direka dan dicetak, ianya boleh dicetak mengikut warna kesukaan pemilik tangan tersebut. Seperti adik Ainaa Amanda yang meminta tangan barunya selepas ini berwarna merah jambu adik ini yang mahu kelihatan seperti Iron Man, Wolverine dan banyak lagi kisah seperti ini. Ini akan meningkatkan keyakinan diri anak-anak kecil yang sebelum ini kemungkinan hilang keyakinan diri.

XMwbrUc

5 – Sangat mudah dihasilkan. Hampir  sesiapa sahaja boleh mencipta dan mencetak tangan prostetik ini, berbanding dengan tangan palsu yang konvensional yang memerlukan latihan bertahun-tahun untuk mencipta. Sekiranya anda tahu menggunakan software design di komputer, apa yang anda perlukan lagi hanyalah 3D printer, dan anda mampu mengubah hidup seseorang. Sekiranya anda berminat untuk terlibat, anda juga boleh dengan menghubungi E-Nable di laman Facebook mereka  di link berikut http://vckt.co/1DUTE7c ataupun terus ke Google+ Group mereka di http://vckt.co/1DUTLPW.

Oh ya, sekiranya anda rasa teruja dan ingin terus membeli sebuah 3D printer untuk rumah anda, jangan lupa untuk menyokong 3D printer buatan Malaysia!

Mahukan senarai 3D printer buatan Malaysia? Google kan ada!(ok ok, anda boleh klik di sini http://vckt.co/1DUT8pI.

BACA : Kisah Eksklusif Lelaki Yang Mencipta Tangan Adik Ainaa Amanda,

BACA : Siapa Sangka Hidup Kanak-Kanak Ini Berubah Sekelip Mata Hanya Kerana Sebelah Tangan

BACA : Kisah Ainaa Amanda Shahzali, Seorang Anak Yang Dilahirkan Tanpa Telapak Tangan Kanan Yang Istimewa

LIKE Facebook The Vocket untuk lebih banyak kisah menarik dan penuh inspirasi.