Nampaknya sebuah lagi ura-ura dikeluarkan harini buat syarikat Apple. Berdasarkan laporan daripada KGI Securities, syarikat ini bercadang untuk tidak lagi menyertakan fungsi 3D Touch pada model terbaru iPhone.

Teknologi yang mula diperkenalkan pada Apple iPhone 6s ini berpeluang membantu pengguna mengakses shortcut dengan lebih mudah dengan menekan dengan icon dengan lebih kuat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

iphone-6s-3d-touch1

Difahamkan idea untuk tidak lagi menyertakan 3D Touch ini bertujuan untuk mengurangkan berat serta kos pengeluaran menghasilkan iPhone memandangkan Apple bercadang untuk menggunakan Cover Glass Sensor. Sebuah teknologi paparan yang lebih efisien buat iPhone.

Kemungkinan besar fungsi 3D Touch bakal tidak ditawarkan buat model iPhone keluaran 2019 dan seterusnya. Adakah anda pengguna tegar 3D Touch? Kongsikan bersama kami bagaimana 3D Touch berjaya membantu anda dalam proses multitasking.