4 anggota polis yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Klang Selangor 11 September lalu telah ditukarkan bertugas di bahagian lain.

Menurut ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini adalah prosedur biasa. “Mereka ini automatik telah ditukarkan tugas selain tindakan tatatertib. Tindakan lain seperti kesalahan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) iaitu kompaun sudah dikenakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihaknya juga sedang menunggu laporan penuh siasatan kes berkaitan penyalahgunaan dadah membabitkan mereka.

“Anggota terbabit turut dikenakan tindakan tatatertib selain kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Bagi kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah, kita akan ambil tindakan selepas menerima keputusan laporan daripada pakar,” katanya pada Harian Metro.

Pada 12 September lalu, Harian Metro melaporkan, empat anggota polis yang bertugas di Selangor antara 35 individu ditahan pada serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan jam 2 pagi itu dilakukan pihaknya hasil laporan berlakunya aktiviti hiburan, pelacuran dan pengambilan dadah.

Ujian awal saringan air kencing mendapati, 19 individu, termasuk empat anggota berkenaan, positif dadah.

Ketika Hari Malaysia yang lalu, 12 individu telah dikompaun RM5,000 seorang kerana mahu ke Genting Highlands. Baca lagi pada pautan di bawah.

Rentas Negeri Tanpa Permit Ke Genting Highlands, 12 Individu Dikompaun RM5,000 Seorang

Remaja Menyamar Inspektor Dicekup Selepas Kenalkan Diri Kepada Polis Sebenar

Ahli Politik Berbadan Gemuk Cenderung Untuk Rasuah, Lapor Kajian Antarabangsa

Sumber