Siapa yang pernah merasai pengalaman macam ini ketika raya? Nak cas phone tetapi plug penuh. Yelah dah semua sedara-mara balik kampung, mana nak cukup plug untuk cas.

Haa.. Sebab itulah sebelum anda nak balik raya, buat checklist siap-siap. Nanti masa dekat kampung taklah nak berebut-rebut dengan semua orang. Walaupun anda rasa checklist ini leceh, tetapi percayalah benda ini yang akan menyelamatkan mood raya anda!

31999920281_50440647e3_b
HYPE
‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun
Baca lagi →

1. Bawa balik extension. Takdelah berebut nak cas phone!

Kalau duduk rumah sendiri, plug tu tak payah nak berebut tapi bayangkan apabila dekat kampung, pak cik, anak sedara, sepupu semua nak gunakan plug sebab masing-masing asyik dengan phone 24 jam. Nak update status, nak facetime atau upload gambar.

Bila takde bateri, baru berebut nak cari plug cas phone. Belum lagi part kena marah sebab pakai plug yang orang guna buat nak masak. Kalau anda tidak mahu kena kejar dengan senduk jangan sesekali buat okay. Itu pentingnya setiap kali balik raya bawalah sendiri extension anda. Takdelah nak bergaduh bila semua nak cas gajet.

2. “Mana nak hampar tudung aku ni?!”

Ini masalah yang perempuan selalu alami pagi raya. Mana nak letak tudung atau selendang yang dah iron. Selalunya tempat yang selalu jadi mangsa sofa atau penyandar kerusi. Masa ini anda yang lelaki tu jangan berani nak dekat dengan tempat tu. Takut jadi drama pagi raya pula nanti kalau terduduk atau tertumpahkan makanan.

Untuk kaum perempuan pula, nasihat kami anda bawalah hanger untuk sangkut tudung itu. Jangan setakat bawa hanger untuk sangkut baju raya anda sahaja. Kalau ada hanger ni, anda dah menjimatkan ruang dan juga dapat elakkan pergaduhan di pagi raya.

3. Turn lambat nak guna washing mashine. Dobi layan diri kan senang!

Masalah yang kita selalu lupa bab tunggu turn guna mesin basuh. Bayangkan kalau keluarga besar 7 hingga 8 orang, itu belum masuk keluarga kecil mereka. Confirm bila masing-masing nak basuh baju lama nak tunggu turn tu. Takkan anda semua nak simpan baju kotor yang dah diguna bawa balik rumah pulak kan.

Haa.. Tak payah susah-susah sekarang kan dah banyak dobi layan diri. Anda dah tak perlu nak berebut, sediakan sahaja duit syiling sebelum balik kampung tu. Lepastu baju keluarga anda basuh sahaja di dobi. Kan senang, siap boleh terus keringkan sekali.

4. Mood raya spoil sebab badan berbau? Pakailah deodorant!

Apa guna wangi-wangi di pagi raya, tetapi lepas beraya 2 buah rumah badan anda sudah mula mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Boleh spoil mood tau! Dah cantik-cantik tapi badan pula berbau. Nak beraya dan ambil gambar dengan sanak-saudara pun rasa segan.

Sebab itu, pagi-pagi lepas anda mandi, terus sapukan deodorant supaya bakteria yang menjadi punca bau badan tidak dapat membiak!

Kalau anda jenis kulit yang sensitif atau tidak suka deodorant yang mengandungi alkohol, gunalah deodorant yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti garam mineral. Apabila badan anda tidak berbau barulah anda pun segar sepanjang hari.

Dengan SMELLY NO MORE, raya anda lagi best tanpa bau tidak menyenangkan!

Tidak semua orang sesuai guna deodorant yang ada alkohol ataupun pewangi sebab badan mereka akan bagi tindak balas dengan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan akan buatkan mereka lebih berpeluh. Tapi jangan risau, dengan deodorant Smelly No More daripada Total Image , masalah anda pasti selesai!

Produk ni diperbuat daripada garam mineral semula jadi yang tidak menggelapkan kulit, tidak berminyak dan tidak melekit. Ia boleh digunakan di bawah lengan, leher, bawah pelipat kaki dan juga merawat kaki merekah. Menariknyadeodorant Smelly No More ini tidak akan mengotorkan pakaian dan tidak menimbulkan sebarang alahan.

Produk Smelly No More mempunyai dua jenis iaitu satu jenis semburan dan satu lagi jenis roll on. Deodoran Smelly No More jenis semburan boleh digunakan pada tudung supaya dapat menghilangkan bau kurang menyenangkan akibat peluh.

Deodoran Smelly No More jenis roll on pula perlu dibasahkan terlebih dahulu dengan sedikit air. Selepas itu, sapukan di bawah lengan atau mana-mana anggota badan anda. Haaa.. Tidak tahu macam mana nak guna? Jangan risau, ini ada tutorial untuk anda!

Stay fresh all day long with Smelly No More! Just a simple roll-on or spray, and you are good to go! Check out Ann Maizah’s video and you can see for yourself how easy it is to use! #Smellynomore #TotalImageMY #deodorant #personalcare

Posted by Total Image on Tuesday, 22 May 2018

Kami pun pakai tau deodorant ni. Memang terbaik! Walaupun pergi bersukan dan berpeluh, badan masih rasa segar dan tidak berbau. Kalau anda tidak percaya tengok sendiri komen pengguna setia produk ini di bawah.

Kalau anda berminat nak dapatkan produk ini, deodorant Smelly No More ada dijual di farmasi-farmasi terkemuka seluruh negara.

Berita baik, kalau anda beli produk ini secara atas talian di laman web rasmi Total Image, anda boleh mendapat 20% diskaun tau! Tetapi tawaran ini terhad sehingga 30 Jun 2019 sahaja. Apa yang anda perlu buat, ketika tekan butang checkout anda hanya perlu apply promo codeTIRS20 dan anda juga boleh mendapat free shipping tau!

Nak rasa segar sepanjang hari dengan menggunakan produk yang bebas bahan kimia? Bertukarlah ke produk Smelly No More hari ini juga. Bukan sahaja selamat digunakan, malah Smelly No More memberikan anda rasa segar sepanjang hari.

Anda Mungkin Suka