Pernahkah anda check-in di mana-mana hotel atau tempat penginapan lain dan rasa sedang diperhatikan? Bagaimana jika kami katakan anda mungkin sedang diperhatikan melalui kamera tersembunyi di tempat penginapan anda?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @luqmanhkm93 telah berkongsi cara-cara mengesan kamera tersembunyi apabila anda check-in ke tempat penginapan ketika bercuti.

HUAWEI-Student-OB
HYPE
HUAWEI Tawar Skim Khas Untuk Pelajar Bayar Secara Ansuran Serendah RM8.97 Sehari
Baca lagi →

Hal ini pastinya dapat membantu anda daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

1. Tempat persembunyian

payzckCXrR

Sumber: pastiseru

Kebiasaannya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat mata kasar. Antara tempat persembunyian tersebut ialah pengesan asap, penapis udara, buku, hiasan dinding, kotak tisu, anak patung, kotak TV digital, penyangkut pakaian, pen dan juga almari.

2. Padamkan lampu

EIn5RcSUYAAxQVT

Sebelum anda masuk ke dalam bilik, pastikan kesemua lampu telah ditutup. Kemudian, pasangkan lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilk tersebut.

3. Aplikasi Fing

EIn5SO_UEAAGSb3

Buka wifi di telefon bimbit anda dan cuba kesan jika ada talian atau sambungan wifi yang pelik muncul di telefon anda. Lebih mudah, pasangkan aplikasi Fing di telefon.

4. Cabut wayar

1754533ThinkstockPhotos-473295522780×390

Sumber: Techno kampus

Jika anda syaki terdapat kamera tersembunyi, cabut mana-mana kabel yang anda rasa merupakan kabel kamera tersembunyi.

Adakah anda pernah menggunakan tip-tip seperti yang dinyatakan atau ini baru pertama kali anda ketahuinya? Anda mungkin boleh berkongsi pengalaman anda mengesan kamera tersembunyi di tempat penginapan anda.

Sudah hampir hujung tahun dan anda masih belum pergi bercuti? Ketahui tip untuk mendapatkan tempat penginapan dengan harga murah dengan klik pautan di bawah. 

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

Ini 20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia

Anda Mungkin Suka