Musim 2017 J.League telah pun tamat dengan Kawasaki Frontale berjaya merangkul kejuaraan itu dari tangan Kashima Antlers dan ini juga merupakan kejuaraan pertama mereka sejak 25 tahun J.League ditubuhkan.

Sejak dari awal lagi, pihak J.League sentiasa merekodkan apa saja statistik dalam semua perlawanan mereka anjurkan untuk rujukan dimasa hadapan dan kita masih mampu melihat statistik perlawanan pertama J.League yang berlangsung pada tahun 1993 dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

J.League melalui projek “Plus Quality” atau “+Quality Project”, cuba untuk mempertingkatkan mutu sesebuah perlawanan itu untuk menghargai kos yang dibayar oleh penonton yang hadir ke stadium serta yang melanggan saluran TV untuk menyaksikan perlawanan.

Tahun 2017, mereka telah banyak membuat penambahbaikan dalam urusan merekod statistik untuk memudahkan mereka membuat keputusan-keputusan penting berkaitan dengan pengurusan liga.

Vocket FC telah menemui 4 data yang unik direkodkan oleh J.League dan semua itu mempunyai tujuan dan sebab yang tersendiri, bukan sekadar rekod dan simpan sahaja.

1) Masa Permainan Sebenar (Actual Playing Time)

Lebih dikenali sebagai APT, ramai yang tidak sedar mengenai berapa lama sebenarnya sesebuah perlawanan itu berada dalam situasi ‘in-play’.

APT hanya mengambil kira masa permainan diatas padang selepas ‘menolak’ masa yang ‘terbuang’ seperti dibawah yang dikategorikan sebagai penyumbang terbesar kepada pengiraan APT.

  • Masa yang diambil untuk lontaran masuk
  • Perlawanan terhenti akibat kekasaran/sepakan bebas
  • Masa diambil selepas bola keluar hingga sepakan penjuru diambil

actual playing time

Berdasarkan senarai diatas, menunjukkan Top 20 Perlawanan Dengan APT Paling Tinggi sepanjang musim 2017 untuk J1 League.

Sanfrecce Hiroshima muncul sebagai pasukan yang merekodkan APT paling tinggi dalam sesebuah perlawanan sepanjang 2017 ketika bertemu Vissel Kobe dengan catatan APT 68 minit 21 saat.

Screen Shot 2017-12-17 at 7.52.15 PM

Jadual kedua ini pula menunjukkan jumlah purata APT yang dicatatkan oleh semua 18 pasukan dalam saingan J1 League 2017 (rujuk jadual sebelah kiri sahaja).

Sanfrecce Hiroshima mendahului senarai dengan catatan purata 58 minit 27 saat untuk setiap perlawanan, turun sebanyak 4 minit 40 saat berbanding APT 2016.

Majoriti pasukan J1 League musim 2017 merekodkan penurunan APT kecuali 2 pasukan, Cerezo Osaka (55 minit 58 saat, naik 1 minit 38 saat) dan Kashima Antlers (54 minit 28 saat, naik 15 saat ).

Secara keseluruhannya, purata APT bagi J1 League 2017 adalah 55 minit, turun 1 minit 24 saat berbanding musim 2016.

2) Masa Yang Diambil Dari Bola Keluar Sehingga Sepakan Gol Dilakukan

Mungkin kita kebiasaannya tidak ambil kisah berkenaan perkara ini atau pun paling kurang, sekadar mengklasifikasikan sebagai cepat atau lambat sahaja.

Tidak untuk Jepun. Mereka mengira ‘pembuangan’ masa ini dengan seberapa persis yang mampu dilakukan.

data j.league

Terdapat 3 situasi yang diambil kira ketika data ini direkodkan iaitu, semasa sesebuah pasukan itu menang/mendahului lawan (1), seri (2) dan kalah (3).

  • Mendahului Lawan

news_226291_18
Akihiri Hayashi, penjaga gawang utama FC Tokyo 2017

Ketika berada dalam situasi mendahului lawan, berdasarkan data diatas kita dapat mengenalpasti bahawa FC Tokyo adalah pasukan paling lama mengambil masa untuk melakukan sepakan gol selepas bola keluar, dengan catatan purata 31.9 saat dari 52 sepakan gol yang dibuat.

Yokohama F Marinos pula, muncul sebagai pasukan paling laju mengambil sepakan gol 22.8 saat (128 kali sepakan gol), walaupun mereka berada dalam situasi mendahului lawan. Mungkin tahap ‘fair-play’ mereka berada ditahap paling tinggi.

  • Semasa Keputusan Seri

Screen Shot 2017-12-17 at 9.03.03 PM
Penjaga gol Kawasaki Frontale, Jung Sung Ryong

Pasukan yang diwakili oleh Chanathip Songkrasin, Hokkaido Consadole Sapporo pula muncul sebagai pasukan paling lama untuk melakukan sepakan gol ketika berada dalam keadaan seri bertemu lawan dengan catatan 32.1 saat (dari 126 kali sepakan gol).

Juara J1 League 2017, Kawasaki Frontale pula merekodkan sepakan gol paling pantas dilakukan ketika berada dalam keadaan seri dengan masa 16.9 saat (dari 132 sepakan gol).

  • Ketinggalan Kepada Lawan

JL17061_074-800×593
Hiroki Iikura, benteng terakhir Yokohama F Marinos 2017

Consadole Sapporo sekali lagi menjadi pasukan paling lama untuk mengambil sepakan gol ketika keputusan memihak kepada pasukan lawan, dengan masa 23.9 saat (dari 92 sepakan gol).

Yokohama F Marinos sekali lagi menjadi pasukan paling cepat membuat sepakan gol dalam keadaan ketinggalan kepada pihak lawan, apabila mencatatkan 12.6 saat (dari 38 sepakan gol).

Jika dilihat dari perbezaan masa yang diambil ketika berada dalam situasi ketinggalan kepada lawan dan ketika mendahului lawan, kita dapat mengenalpasti bahawa pasukan Gamba Osaka merupakan pasukan paling tinggi perbezaan untuk 2 situasi yang dinyatakan.

Gamba Osaka mencatatkan perbezaan 12.5 saat, paling tinggi dari 18 pasukan dalam J1 League, dan sebaliknya Sagan Tosu muncul sebagai pasukan yang mempunyai perbezaan paling rendah, dengan 5.3 saat.

Data ini menunjukkan bahawa pemain-pemain Sagan Tosu tidak mempunyai ‘urgency’ yang tinggi berbanding pasukan Gamba Osaka.

3) Masa Yang Diambil Dari Bola Keluar Sehingga Sepakan Penjuru Ditendang

Screen Shot 2017-12-18 at 1.13.32 AM

Seperti jadual diatas, (1) Mendahului lawan,(2) Seri dan (3) Ketinggalan.

  • Mendahului Lawan

Data menunjukkan bahawa Jubilo Iwata merupakan pasukan paling mengambil masa yang lama untuk membuat sepakan penjuru ketika mereka sedang mendahului lawan. Jubilo Iwata merekodkan purata masa 38.8 saat (dari 21 sepakan penjuru ).

Screen Shot 2017-12-18 at 1.56.32 AM

Manakala Sagan Tosu pula merupakan pasukan paling pantas mengambil sepakan penjuru dengan 32.9 saat (dari 25 kali sepakan penjuru), hampir 6 saat berbeza dengan Jubilo Iwata.

  • Semasa Keputusan Seri

Ketika pasukan dalam situasi seri dengan pihak lawan, Hokkaido Consadole Sapporo merekodkan 41.8 saat sehingga sepakan penjuru diambil, manakala Sagan Tosu pula mencatatkan 30.3 saat (dari 65 sepakan penjuru), 9.5 saat lebih pantas berbanding kelab yang berpangkalan di Sapporo itu.

  • Ketinggalan Kepada Lawan

Ketika pasukan ketinggalan kepada pihak lawan, data diatas menunjukkan bahawa Hokkaido Consadole Sapporo adalah pasukan paling lama mengambil masa untuk membuat sepakan penjuru dengan catatan 34.9 saat (dari 37 sepakan penjuru).

Sebaliknya, Kawasaki Frontale, merekodkan 23.9 saat (dari 26 sepakan) purata masa paling pantas untuk membuat sepakan penjuru ketika ketinggalan kepada pihak lawan.

4) Masa Yang Diambil Untuk Pertukaran Pemain

Screen Shot 2017-12-18 at 2.53.54 AM

Jadual diatas menunjukkan purata masa yang diambil oleh semua 18 pasukan J1 League untuk membuat pertukaran pemain.

  • Mendahului Lawan

Dalam situasi mendahului pihak lawan, Kashima Antlers telah muncul sebagai pasukan paling lama untuk melakukan pertukaran pemain.Purata untuk Kashima Antlers dari semua 34 perlawanan adalah sekitar 34.7 saat dari 35 pertukaran yang dilakukan.

shunsuke nakamura

Wakil tunggal dari kepulauan Kyushu dalam J1 League, Sagan Tosu pula merupakan pasukan paling cepat untuk membuat pertukaran pemain iaitu sekitar 22.5 saat dari 24 pertukaran pemain yang dilakukan.

Ini bermakna wujud purata kira-kira 12.2 saat ‘pembaziran’ masa untuk setiap kali pertukaran dibuat berbanding pasukan Kashima Antlers.

  • Keputusan Seri

Apabila berada dalam situasi seri, Sagan Tosu mencatatkan 26.7 saat (dari 17 pertukaran) masa untuk membuat pertukaran pemain.

Sebaliknya, juara AFC Champions League 2017, Urawa Reds cukup pantas melengkapkan pertukaran pemain dalam masa hanya 19.1 saat (dari 9 pertukaran yang dilakukan).

  • Ketinggalan Kepada Lawan

Dari 18 pasukan, FC Tokyo merekodkan masa paling lama untuk melakukan pertukaran pemain apabila purata masa yang diambil adalah 24.6 saat dari 30 pertukaran yang berlaku ketika mereka ketinggalan kepada pihak lawan.

DQbltIgV4AAWBzx

Shimizu S Pulse pula muncul sebagai pasukan paling pantas melakukan pertukaran dengan mencatatkan purata 18.8 saat dari 36 pertukaran yang dilakukan dalam situasi ini.

Jika dilihat kepada jurang perbezaan melakukan pertukaran pemain ketika dalam situasi mendahului lawan dan ketinggalan kepada lawan, Vegalta Sendai muncul sebagai pasukan yang mempunyai jurang yang paling besar iaitu perbezaan sebanyak 14 saat.

Apa Tujuan Mereka Mencerap Data-Data Ini?

Mentaliti orang Jepun terhadap perkara ini adalah secara asasnya untuk membuat penonton merasa lebih ‘berbaloi’ menyaksikan sesebuah perlawanan.

‘+Quality Project’ yang diwujudkan adalah untuk memaksimakan permainan ‘in-play’ diatas padang untuk disajikan kepada penonton.

kashiwa reysol

Mereka datang untuk melihat permainan dan pihak J.League merasakan mereka perlu ‘membalas’ kepercayaan ini dengan  memaksimakan aksi-aksi ‘in-play’ diatas padang. Bagi mereka ini adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, walaupun agak sukar.

Ini adalah salah satu inisiatif J.League dalam misi untuk ‘memanggil’  penyokong untuk hadir ke stadium. Kepuasan ‘pelanggan’ menjadi keutamaan dan mereka sentiasa memikirkan bagaimana dan apakah lagi cara untuk ‘menjaga hati pelanggan’ setia ini supaya merasa berbaloi dan dihargai.