Sebagai sebuah negara yang besar dan memiliki berbagai keunikan dari segi budaya dan alam semula jadi, sukar bagi mereka yang gemar travel untuk tidak ke Tanah Besar China.

Bentuk muka bumi yang unik, seni budaya dan warisan yang berusia ribuan tahun ditambah dengan semakin mudah mendapatkan makanan halal menjadikan China antara destinasi yang mesti anda kunjungi dan terokai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk kali ini saya ingin kongsikan 4 lokasi menarik yang boleh anda kunjungi di China dengan penerbangan AirAsia dari serendah RM129.00.

1. Shantou

Shantou merupakan salah satu daripada bandar pelabuhan utama di China. Tarikan utama di provinsi ini adalah pelabuhannya yang menarik, sumber marin dan makanan laut, pemandangan pantai yang berbukit, pulau-pulau yang menarik serta budaya dan tradisi Teochew.

Antara lokasi menarik untuk dilawati di sini adalah:

1. Lotus Peak

lokasi-menarik-di-shantou-1

Lotus Peak ialah sebuah bukit yang terdiri daripada timbunan batu-batu granit yang kelihatan seperti kelopak bunga teratai. Jika dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti bunga teratai menghadap ke laut.

Di sini juga menjadi tempat penyair kuni China meninggalkan puisi dan ukiran kaligrafi mereka pada batu-batu bukit hingga menjadikan bukit ini seperti perpustakaan batu tamadun China.

2. Zhongshan Park

lokasi-menarik-di-shantou-2

Zhongshan Park, yang terletak di sebelah utara Zhongshan Road, merupakan sebuah taman dengan senibina serta lanskap yang menarik serta memiliki sejarah yang panjang.

Di taman ini terdapat sebuah tasik iaitu Lake Yujian di mana di dalamnya terdapat 5 pulau yang dihubungkan antara satu sama sungai dengan pelbagai rekabentuk jambatan.

Turut terdapat di taman ini adalah Muzium Shantou yang mula dibuka kepada umum pada tahun 1993. Antara yang dipamerkan di muzium ini adalah tembikar, jed, lukisan, ukiran kayu dan syiling purba. Turut terdapat di sini adalah dewan tarian, panggung wayang dan zoo.

3. Queshi Scenic Resort

lokasi-menarik-di-shantou-3

Queshi Island dipisahkan dari bandar dengan Laut Queshi di selatan teluk Shantou.

Pulau yang kelihatan seperti sebuah taman kecil di laut ini memiliki pantai yang cantik di samping beberapa aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang anda berada di sini.

Terdapat 43 bukit dengan berbagai bentuk, pulau ini yang juga terkenal dengan bentuk muka bumi dengan batuan granit dan juga ribuan gua. Jika berpeluang naik hingga ke puncak bukit, anda akan dihidangkan dengan pemandangan pantai dan laut yang menarik.

4. Makanan halal

Makanan halal mungkin sedikit sukar didapati di sini. Tapi anda boleh cuba nikmati makanan laut yang terdapat di sekitar Shantou. Beberapa restoran halal juga boleh ditemui antaranya adalah di Jinsha road Shantou, sederet 7 Days Inn yang berhadapan dengan Bank of China.

2. Shenzhen

Shenzhen yang terletak di tenggara Tanah Besar  China ini adalah sebuah kota metropolis moden yang menghubungkan Hong Kong ke Tanah Besar China melalui sebuah jambatan.

Shenzhen terkenal sebagai destinasi membeli-belah dan memiliki bangunan pencakar langit serta taman hiburan. Dan kini anda dapat terbang terus ke dari Kuala Lumpur ke Shenzhen dengan AirAsia.

Antara lokasi menarik untuk dikunjungi adalah:

1. Windows of the world

lokasi-menarik-di-shenzen-1

The Window of the World adalah sebuah taman tema yang terletak di bahagian barat bandar Shenzhen. Di sini terdapat kira-kira 130 replika pelancongan terkenal dunia yang di bina semula di dalam kawasan seluas 48 hektar.

2. Minsk World Military Park

lokasi-menarik-di-shenzen-3

Minsk World adalah taman tema tentera yang terletak di Dapeng Bay, Shatoujiao, Shenzhen, Guangdong, China.

Di sini terdapat kapal pengangkut Soviet bernama Minsk yang direka semula sebagai tarikan pelancongan. Taman tema ini baru saja dibuka pada 10 Mei 2000.

Jika anda ingin merasai pengalaman sewaktu perang dingin antara Soviet dan US satu ketika dulu, di sini adalah tempatnya. Kapal ini menawarkan berbagai ‘ride’ dan demonstrasi 3D sewaktu ia bergerak di bawah air.

3. Splendid China Folk Cultural Village

lokasi-menarik-di-shenzen-4

Merupakan taman miniatur terbesar di dunia, Splendid China Folk Cultural Village memaparkan replika 100 tarikan pelancongan terkenal di China dan 25 buah perkampung etnik.

Anda dapat mempelajari dan melihat secara dekat sejarah Tanah Besar China sejak 5000 tahun dahulu dalam masa satu hari di sini.

4. Makanan halal

Terdapat beberapa restoran halal di Shenzhen. Untuk rujukan anda boleh semak di link restoran halal di Shenzhen.

Untuk rujukan dan bajet anda, baca Itinerari Dan Tip Ke Guangzhou, Shenzhen Dan Hong Kong Dengan Bajet RM1500

3. Changsha

Changsha yang merupakan pusat bandar bagi Wilayah Hunan adalah sebuah bandar besar yang dibuka oleh Dinasti Zhou antara 1046–256 sebelum masihi.

Bandar ini juga berkait rapat dengan Mao Zedung yang telah tinggal dan belajar di sini sebelum menyertai Parti Komunis Chia pada tahun 1920-an.

Antara lokasi menarik yang boleh dikunjungi di Changsha:

1. Orange Island Park

lokasi-menarik-di-changsha-1

Jika anda pernah ke Tanah Besar China dan melihat patung Mao Zedong, di Orang Island Park ini anda akan temui sesuatu yang berbeza.

Di pulau ini telah didirikan patung Mao Zedong versi muda. Saiz patung ini adalah setinggi 32 meter, 83 meter panjang dan 41 meter lebar. Ia dibian berdasarkan wajah Mao Zedong di waktu zaman mudanya pada tahun 1925.

2. Yuelu Mountain

lokasi-menarik-di-changsha-2

Merupakan penempatan kepada 977 spesis tumbuhan, di sini juga anda berpeluang untuk melihat pokok ginkgo, podocarpus dan lisong yang berusia lebih seribu tahun.

Di musim luruh pula, daun-daun mapel di sini bertukar ke warna kemerahan menjadikan pemandangan lebih menarik dan dramatik.

3. Yueyang Tower

lokasi-menarik-di-changsha-3

Menara lama yang terletak di pinggiran Sungai Yangtze ini telah dibina tanpa menggunakan sebatang paku.

Dengan ketinggian 19.72 meter, menara 3 tingkat ini telah dibina semula sewaktu zaman Dinasti Qing dan telah menjadi saksi berbagai sejarah yang berlaku di daerah ini.

4. Makanan halal

Terdapat beberapa restoran halal di Changsha. Untuk rujukan anda boleh semak di link restoran halal di Changsha.

4. Kunming

Kunming merupakan bandar moden yang menjadi hub pengangkutan bagi wilayah Selatan Yunan dan mengalami iklim sederhana sepanjang tahun.

Antara lokasi menarik yang boleh di lawati di Kunming adalah:

1. Yunnan Nationalities Museum

lokasi-menarik-di-kunming-1

Muzeum yang terletak di Kunming Dianchi National Tourist Resort memiliki keluasan 133,300 meter persegi ini telah dianugerahkan sebagai ‘National Popular Science Education Base’, ‘National Unity and Progress Education Base’, ‘Yunnan Patriotism Education Base’ dan ‘Provincial Civilized Unit’.

Muzeum ini bukan hanya bertindak sebagai pusat pembelajaran dan kajian sejarah tetapi juga menjadi lokasi sambutan festival di sini.

2. The Stone Forest

lokasi-menarik-di-kunming-2

Kawasan seluas 96,000 ekar ini menawarkan pemandangan menarik dan antara tarikan utama di sini. Di sini terdapat batu-batuan kecil dan besar yang berbagai bentuk seperti arnab, tumbuhan malahan bentuk seakan manusia.

Malahan bagi warga tempatan di sini, mereka pernah berkata – sesiapa berkunjung ke Kunming tetapi tidak ke Forest Stone merupakan sesuatu yang sangat merugikan.

3. Dianchi Lake

lokasi-menarik-di-kunming-3

Dianchi Lake merupakan salah satu daripada 12 resort pelancongan peringkat kebangsaan di China. Tasik ini memiliki konotasi sejarah dan budaya yang mendalam, di mana tarikan terkenal yang terdapat di sini termasukla Dianchi Corner, Haigeng Park dan White Fish (Baiyu) Mouth.

4. Makanan halal

Terdapat beberapa restoran halal di Kunming. Untuk rujukan anda boleh semak di link restoran halal di Kunming.

Baca: 7 Tip Untuk Rujukan Sebelum Anda Travel Ke Kunming, China

Apa yang dikongsikan di atas hanya sebahagian daripada tarikan yang boleh dilawati di lokasi terbabit. Hakikatnya banyak lagi tempat menarik yang boleh anda terokai jika travel ke sana.

Dan akhir sekali, warga Malaysia perlu memohon visa sebelum travel ke Republik Rakyat China. Jangan lupa, penting ni.

Untuk pengetahuan AirAsia kini terbang secara terus dari Kuala Lumpur ke Shantou, Shenzhen, Changsha dan Kunming dengan tambang serendah dari RM129.00 all in.

Tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 7 Ogos 2016, untuk tempoh penerbangan daripada 1 September 2016 – 22 Januari 2017. Jom tempah penerbangan anda di AirAsia.com. Tak sabar nak ‘discover’ China!

Mungkin 10 Tip Penting Backpacking Secara ‘Overland’ Di China dapat bantu anda buat persediaan sebelum travel ke sana