Sejak kebelakangan ini, Jepun menjadi destinasi yang agak popular di kalangan pelancong Malaysia. Salah satu alasan kukuh adalah untuk melihat keindahan Gunung Fuji melalui kaca mata sendiri. Bukan setakat itu sahaja, malah banyak perkara-perkara unik yang boleh ditemui hanya di Jepun. Contohnya Coca-Cola perisa kopi ini.

Dan untuk kali ini, kami bukan nak kongsi senarai lokasi yang popular di Jepun, sebaliknya lokasi yang kurang popular di kalangan pelancong. Oleh itu, buat anda yang sukakan kelainan, ini adalah lokasi pilihan yang tak patut diabaikan bila sudah menjejak kaki ke Negara Sakura yang unik ini.

1. Narai Juku

1

Mahu rasa pengalaman berbeza di  Jepun? Narai Juku adalah lokasi yang patut anda pergi. Sebabnya, Narai Juku merupakan satu destinasi unik di Jepun yang menawarkan anda pengalaman seolah-olah berada di Jepun pada masa silam. Sungguh unik!

Ketika berada di sana, anda berpeluang melihat bangunan-bangunan lama yang diperbuat daripada kayu serta rumah-rumah tradisional Jepun yang masih mengekalkan reka bentuk seperti di zaman dahulu kala. Pekan kecil yang aman ini terletak di daerah Nagano. Untuk pengetahuan anda, Narai Jaku sekarang ini menjadi salah satu lokasi penting yang dijaga dengan baik oleh kerajaan Jepun.

2. Yakushima

2

Hutan Hijau yang terletak di Pulau Yakushima ini merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO dan ianya telah diakui sejak tahun 1993 lagi. Selain menjadi habitat kepada lebih 1900 spesies flora, 150 spesies burung dan 16 spesies mamalia, fakta menarik untuk anda tahu adalah, hutan ini merupakan salah satu hutan di dunia yang memiliki ekosistem yang masih terjaga dengan baik.

Sebaik menjejak kaki ke sini, anda pasti merasa seperti berada di alam fantasi. Sebabnya, hampir keseluruhan pokok di hutan ini diselaputi lumut hijau dan inilah yang menjadikan hutan ini unik berbanding hutan lain.

3. Takaragawa Onsen Osenkaku

3

Seperti Hutan Yakushima, rugi rasanya kalau sudah ke Jepun tapi tak berendam di dalam air panas di Takaragawa Onsen Osenkaku, Minakami-machi. Tempat yang dihimpit keindahan alam semula jadi ini merupakan salah satu cara untuk anda melibatkan diri dalam budaya Jepun.

4. Perkampungan Inakadate

4

Perkampungan Inakadate merupakan satu-satunya perkampungan di dunia yang menghasilkan karya seni daripada padi. Perkampungan yang terkenal dengan pelbagai lukisan unik di atas sawah padi ini terletak berhampiran bandar Hirosaki di daerah Aomori, Jepun.

Lebih mengagumkan, petani di sini menggambungkan pelbagai jenis beras berwarna-warni dari jenis yang berbeza dan kemudian menanamnya. Apabila padi tumbuh, beras-beras yang telah ditanam inilah yang akan membentuk sebuah lukisan.

Dalam erti kata lain, lukisan padi ini adalah hasil seni dari tumbuhan semula jadi dan bukannya menggunakan pewarna tiruan. Kalau nak lihat sendiri, waktu paling baik berkunjung ke sini adalah pada bulan Mei atau Oktober.

BACA JUGA: 10 Budaya Unik Tentang Jepun Yang Anda Patut Tahu Sebelum Travel Ke Sana

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group