Sudah menjadi kebiasaan dan budaya sesi temuduga, di mana anda akan berjabat tangan dengan penemuduga sebagai tanda hormat. Setakat salam saja, tiada apa sangatlah kan. Tetapi tahukah anda, dari cara anda menggenggam dan salam pun penemuduga sudah dapat mengesan karakter diri anda.

Bagaimana mereka tahu? Mereka sudah lama makan garam daripada anda. Jadi segala kemungkinan dari anda bersalam, masuk ke bilik temuduga, mereka sudah boleh jangka anda orang yang macam mana. Mari kita tengok jenis-jenis berjabat yang biasa kita buat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Genggaman tangan yang agak basah – Gementar yang melampau

Memang tak dinafikan, darah tengah gemuruh jadi seluruh badan akan rasa begitu. Jikalau anda sendiri bersentuhan dengan tangan yang basah pun akan rasa sedikit janggal kan? Atasi tangan berpeluh dengan mencuci tangan dengan kerap, bawa sapu tangan dalam poket dan pakai bedak talcum jika perlu.

2. Genggaman menggigil atau lemah – Tidak komited dan lemah

Menurut kajian Professor Shipps dan Freeman dari Universiti Ohio Wesleyan : genggaman tangan yang lemah menunjukkan individu tersebut tidak komited dan lemah. Jadi bagaimana untuk atasinya? Perlu banyak bertenang sebelum masuk ke bilik penemuduga.

*Pembantu pengurusan diperlukan di Toyota Sungai Buloh. Boleh buat permohonan pekerjaan di sini.*

3. Genggaman terlampau kuat – Agresif dan sukar untuk bekerjasama

Terlalu menggenggam pun akan beri tanggapan yang kurang sopan terhadap pembawakan diri anda. Ya, benar genggaman ini seperti memberi tahu penemuduga yang anda kuat, confident dan berkuasa tetapi genggaman ini selalunya disalah tafsir. Kalau boleh, elak.

4. Genggaman sepantas kilat – Biadap

Jangkamasa untuk bersalaman yang terbaik adalah dalam julat masa 3-6 saat. Kalau tangan dihulur takkanlah nak sambut secara tak ikhlas. Kecil hati penemuduga bila tangan dilepaskan terlalu cepat. Buktikan bahawa anda betul-betul hargai masa yang mereka luangkan untuk anda.

*Kerja kosong di McDonald’s Malaysia dengan gaji bulanan RM2,300. Permohonan kerja boleh dibuat di sini.*

Jadi bagaimana untuk berjabat tangan dengan cara yang paling baik? Saat berjabat tangan, buat eye contact dengan penemuduga dan berilah senyuman paling manis anda. Elakkan untuk melihat ke arah tangan saat berjabat tangan.

Buat anda yang mungkin tidak selesa untuk berjabat tangan dengan penemuduga berlainan jantina, cukup sekadar letakkan tangan kanan di dada dan tunduk sedikit ke arah penemuduga dan senyum jangan lupa. Perkara-perkara kecil sebegini mampu untuk pikat penemuduga anda. Jadi berlatihkah untuk bersalaman dengan betul dari sekarang. Selamat mencuba!