kanak-kanak Maghribi berusia 5 tahun yang terperangkan sejak Selasa lalu dilaporkan telah meninggal dunia walaupun usaha menyelamat giat dijalankan tanpa henti. Berita kematian Rayan Oram itu disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu.

Kanak-kanak terbabit mendapat liputan antarabangsa selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter yang sempit di Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen. Kerja-kerja menyelamat menjadi sukar selepas faktor tanah runtuh dan mendap perlu diambil kira sebelum Rayan dapat diselamatkan.

Terdahulu, pasukan penyelamat Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki itu di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter.

Kejayaan itu menerima sorakan dan rasa syukur daripada penduduk setempat yang pada ketika itu tidak mengetahui status sebenar keadaan Rayan. Rayan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

“Merujuk kepada insiden kemalangan yang melibatkan nyawa kanak-kanak bernama Rayan Oram, Raja Maghribi Raja Mohammed VI telah membuat panggilan telefon kepada keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya,” kenyataan daripada pihak istana.

Warganet yang tanpa henti menantikan perkembangan adik Rayan di media sosial turut menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah buat keluarga Rayan menerusi hashtag #SaveRayan.

Kejadian yang hampir serupa pernah terjadi di Thailand sebelum ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Ibarat Filem ‘The 33’, 12 Pelajar Thai Selamat Selepas 9 Hari Terperangkap Di Dalam Gua

Kanak-Kanak 5 Tahun Terperangkap Dalam Lubang 32 Meter Selama Tiga Hari

Sumber