Tular sebuah hantaran di Facebook yang mendakwa bahawa polis telah menjalankan operasi menahan peminta sedekah di Shah Alam, Selangor.

Hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Shah Alam Residents itu turut mendakwa bahawa peminta sedekah di sana berjaya mengutip sehingga RM2,000 jika mereka meminta sedekah selama 2 jam.

“Polis buat operasi peminta sedekah 4 jam minta sedekah dapat RM2K,” tulis salah seorang ahli kumpulan Facebook Shah Alam Residents.

Hantaran yang dimuat naik sejak awal pagi tadi telah menarik pelbagai komen netizen di Facebook.

Rata-rata mereka memberi pandangan bahawa sangat tidak adil mereka yang bekerja hanya meminta sedekah berjaya mengumpul lebih banyak wang daripada mereka yang bekerja membanting tulang untuk dibayar dengan wang yang sedikit.

Sejak laporan ini ditulis, kami cuba mendapatkan kenyataan rasmi daripada pihak berwajib, tetapi masih tidak mendapat apa-apa maklum balas.

Remaja Rohingya berang dirakam minta sedekah, digelar ‘Long Tiger Jr’ oleh netizen. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Remaja Rohingya Berang Dirakam Minta Sedekah, Digelar ‘Long Tiger Jr’ Oleh Netizen

Rakaman Wanita Ini Minta Sedekah Sambil Berjudi Cetus Perdebatan Antara Netizen

Tampil Dengan Imej Tengkuk Bermasalah, Gelagat Dua Peminta Sedekah Ini Raih Perhatian Netizen