Keputusan seorang jururawat yang bertugas di Selangor untuk ‘balik kampung’ ke Kelantan dipercayai menjadi punca kepada empat kes baru COVID-19 di negeri itu lapor Malaysiakini.

Melalui laporan berkenaan yang memetik sumber, jururawat itu difahamkan pulang ke kampung halamannya pada Oktober lalu sebelum kembali ke Selangor dimana beliau kemudiannya disahkan dijangkiti COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Jururawat tersebut pulang ke rumah ibu bapanya, kemudian singgah bertemu neneknya ketika mahu kembali ke Selangor.

“Selepas itu kami penduduk kejiranan kampung mangsa mendapat berita mengenai nenek dan adiknya sakit dan disahkan dijangkiti Covid-19,” kata sumber kepada Malaysiakini.

Antara mangsa yang dijangkiti adalah seorang warga emas berusia 75 tahun yang merupakan neneknya dan bayi berusia 22 hari yang juga merupakan anak saudaranya serta ibu dan adiknya seperti dilaporkan Harian Metro.

Susulan daripada kejadian itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin dalam laporan berkenaan menjelaskan saringan Covid-19 terhadap kontak rapat melibatkan empat kes baru di Kuala Balah, Jeli telah dijalankan sejak Isnin lalu.

Kontak rapat itu jelasnya adalah merupakan daripada kes sah dari Selangor yang pulang ke Kelantan.

“Kita sudah lakukan ujian saringan kontak rapat di kalangan ahli keluarga selain turut memantau pergerakan ahli keluarga yang dijangkiti.

“Dan sehingga kini pihak kami telah melakukan sebanyak 70 saringan terhadap kontak rapat terhadap kes ini dan kita berharap keputusan yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini adalah negatif,” katanya di sidang media yang berlangsung di Wisma Persekutuan di Kota Bharu semalam.

Untuk rekod, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum ini berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober lalu.

Perintah yang sepatutnya berlangsung selama dua minggu dan berakhir pada 27 Oktober kemudiannya disambung selama dua minggu dan dijangka berakhir pada 9 November ini.

Baca juga perkembangan semasa mengenai COVID-19 dalam negara melalui pautan di bawah. 

Dakwa COVID-19 Agenda Freemason Dan Yahudi, PU Azman Sekolahkan Kumpulan Teori Konspirasi

Peniaga Di Negeri Sembilan Dikompaun Gara-Gara Guna Pencuci Lantai Sebagai ‘Hand Sanitizer’

Video Kepulangan ‘Frontliners’ Tinggalkan Penjara Alor Setar Buat Netizen Sebak