Hati-hati ketika di airport. Ini beberapa contoh perangkap jenayah yang perlu anda lebih berhati-hati ketika berada di lapangan terbang :

1. Taktik minta jaga bagasi

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika ada orang yang tidak dikenali meminta anda tengokkan bagasi, sila tolak dengan cara baik.

Pernah berlaku satu kes di dalam tandas, seorang lelaki meminta tolong tengokkan bagasi sementara dia masuk ke dalam tandas. Tak sampai 5 minit, orang yang tolong tengokkan bagasi tadi diberkas polis kerana memiliki 5kg dadah. Si penjenayah yang berada di dalam tandas terselamat.

2. Taktik beri air minuman percuma

Pemberian ini juga perlu ditolak dengan cara baik. Kita tak kenal dia, mungkin di dalam botol minuman telah disorokkan bahan terlarang. Silap hari bulan kita yang akan ditahan.

Zaman sekarang berbagai cara jenayah, tin air minuman juga boleh diubah suai menjadi tempat simpan dadah. Hati-hati.

3. Taktik bertanya soalan

Ramai yang sudah terkena terutamanya ketika beratur di kaunter imigresen. Taktiknya dalam keadaan tergesa-gesa, si penjenayah berlakon bertanyakan soalan, sedang kita leka melayan, rakan penjenayah akan memasukkan bahan terlarang ke dalam bagasi kita.

Tujuannya jika berlaku penahanan ketika pemeriksaan kastam, mereka akan terlepas, sebaliknya kita yang tak tahu apa-apa yang akan ditahan.

4. Periksa dahulu barang yang dikirim

Walaupun dari kawan rapat sendiri, buka dan periksa dahulu barang yang nak dikirim sebelum masukkan ke dalam bagasi.

Bukan tidak percayakan kawan sendiri, tetapi wajib untuk kita lebih berhati-hati. Siapa tahu di dalamnya tersembunyi bahan terlarang. Mungkin kawan kita sendiri tidak tahu akan kewujudan barang tersebut.

Pendek kata,

Biarlah orang kata kita sombong. Asal diri kita selamat. Kerana jika berlaku perkara yang tidak diingini kita yang akan merana sendirian.

Walaupun lapangan terbang merupakan tempat tumpuan pelancong, ia juga tempat transit untuk aktiviti jenayah terutamanya jenayah dadah. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Banyakkan berdoa ketika bermusafir, inshaAllah pengembaraan akan lebih diberkati. Semoga bermanfaat.