Apabila orang muda meminta tip membina perniagaan, benda pertama selalu saya tekankan adalah, REKOD ANGKA.

Angka boleh diklasifikasikan kepada beberapa perkara, angka jualan, untung, perbelanjaan, stok dan pelbagai lagi.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Kita boleh merekod setiap transaksi yang melibatkan angka dalam pelbagai sistem. Paling mudah gunakan sahaja Microsoft Excel.

Fasa start up dan berkembang

Seperti produk yang mempunyai PLC, (product life cycle), perniagaan juga melalui fasa tertentu sepanjang perjalanan membina perniagaan.

Kemajuan perniagaan boleh diukur samada mencapai prestasi baik atau sebaliknya berdasarkan angka yang direkodkan. Ukuran ini membantu mengukur prestasi perniagaan.

Berdasarkan pengalaman, tempoh start up yang sihat adalah 3 tahun sebelum ia memasuki fasa berkembang (growth).

Sekiranya selepas 3 tahun, angka menunjukkan prestasi sebaliknya iaitu semakin menurun, di situ sahaja boleh diketahui strategi perniagaan perlu diperbaiki dan persediaan lebih rapi perlu diperlukan kerana perniagaan bakal memasuki fasa berkembang.

Andai masih dibuai mimpi, merasa selesa berada di tahap sama, bermakna pendiri masih belum mempunyai minda berniaga.

Sayangnya di sini, pendiri telah melepaskan peluang menjadi kaya dan mengumpul harta dalam usaha membina perniagaannya sendiri.

Fasa matang

Setelah berkembang hebat, perniagaan akan memasuki fasa matang (maturity). Di sini pendiri sudah boleh selesa kerana tahap ini perniagaan sudah mula stabil.

Di sini amat penting pendiri mempunyai rancangan baru memastikan perniagaan kekal hebat.

Atau memilih untuk terus berusaha meninggikan graf angka dengan membuat pelbagai perkembangan baru dalam perniagaannya.

Turun naik perniagaan

Setiap perkara yang naik pasti akan turun.

Begitu juga perniagaan. Semasa fasa matanglah selalunya perniagaan akan berhadapan dengan masalah ekonomi dalaman atau luaran. Boleh jadi produktiviti menurun atau berhadapan dengan perubahan iklim ekonomi atau perubahan pasaran yang menyebabkan prestasi jualan mula menurun.

Apabila perniagaan mula memasuki fasa menurun (decline), di sinilah perlu berhenti seketika. Titik hentian ini disebut pengambilalihan atau campur tangan (intervention).

Di titik ini akan diputuskan sama ada berhenti berniaga sebelum terus rugi, atau membuat pelan tindakan segera bagi memastikan angka graf naik semula.

Di sinilah jika tidak bersedia, kita akan gagal menarik brek untuk berhenti. Lalu “jatuh terduduk” akibat terus menerus membiarkan angka jatuh dan perniagaan tersungkur.

Memahami kitaran

Memahami kitaran ini membawa banyak faedah dalam merancang perniagaan. Setiap kali perniagaan bakal memasuki fasa baru, setiap kali itulah perlu bersedia dengan strategi baru, segar dan sedia dilancarkan.

Bagi mereka yang baru berniaga, dan merasa sangkut-sangkut, janganlah merasa risau. Teruskan melipat ganda usaha dan mencari jalan belajar sesuatu yang baru. Anak kecil pun sering terjatuh semasa bertatih sebelum tegap berdiri.

Apa yang perlu dirisaukan adalah jika angka jualan tidak berada pada aras sepatutnya. Itu bermakna strategi sedia ada perlu dimantapkan lagi. Usaha perlu dipergandakan. Hidup kena sentiasa positif. Tahap keyakinan pastikan di aras tertinggi.

Apabila sudah sampai ke fasa matang, anda akan melihat perjalanan getir yang dilalui semasa membina perniagaan itu dengan satu pandangan kepuasan.

Kerana itu merekod angka sangat perlu. Ia elemen penting dalam membina empayar perniagaan.

Angka yang direkod itu terjemahkan dalam graf Kitaran Hidupan Perniagaan. Baru berbaloi peluh dan usaha berniaga.

BACA: 15 Tahun Sebagai Kontraktor, ‘Rezeki Dari Dia’ Buat Kami Tepis Duit Kopi

Artikel di atas disumbangkan oleh Mahanom Mohammad. Usahawan. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka