Bayangkan anda yang selalu jaga kecantikan dan kesihatan kulit dihantar ke kawasan yang bercuaca ekstrim. Keadaan yang terlalu panas atau sejuk pasti menguji diri.

Silap haribulan boleh menyebabkan anda stres kerana risau terjejas segala kulit yang dijaga dengan baik selama ini. Yalah! Boleh kering dan merekah kulit dibuatnya.

Oh my precious skin!

Itulah antara prasangka awal 4 selebriti dunia yang dipilih untuk bekerjasama dengan SKII dan National Geographic dalam projek ekspedisi ekstrim “Face the Wild, Face the Camera” untuk sesi penggambaran di 4 kawasan ekstrim yang berbeza. Mereka ke sana ditemani Hannah Reyes, penggembara National Geographic.

Adakah mereka berjaya?

1. Chiara Ferragni, global fashion influencer

Chiara Ferragni telah menjalani penggambaran di Anza Borrego Desert, California – dikenali sebagai tanah gersang dengan antara suhu tertinggi di dunia. Dia terpaksa menghadapi dehidrasi, pening akibat kepanasan dan haba kering.

“Ia begitu gila sekali berada di padang gurun ini. Terdapat begitu banyak kekeringan di sini. Saya fikir ia boleh merosakkan kulit saya. Ini adalah antara kondisi teruk yang pernah saya hadapi. Saya takut untuk berdepan dengan kamera selepas ekspedisi National Geographic.”

Itulah kata-kata Chiara sehinggalah dia perlu berdepan dengan cabaran seterusnya. Ia berbeza sekali.

“Saya sebenarnya agak terkejut kerana kulit saya kelihatan hebat selepas berada dalam cuaca kering seperti ini. Saya tak percaya kulit saya boleh menghadapi cabaran ini dan terselamat.”

2. Kasumi Arimura, pelakon Jepun

Walaupun Kasumi Arimura hanya perlu menjalani penggambaran di Jepun, hutan Yanbaru di Okinawa ini masih beri cabaran kepada Kasumi kerana ia memberikan cahaya UV yang teruk, dengan panas terik lagi serta gigitan serangga hutan hujan.

“Sebelum ini saya tidak pernah melakukan penggambaran seperti ini. Saya telah datang ke trek National Geographic ini bersama Hannah. Ia sangat panas. Kami dikelilingi oleh hutan belantara. Ia mempunyai ekosistem halus yang menarik. Ia adalah dunia yang tidak pernah saya ketahui.”

Kasumi turut mengakui dia tidak mempunyai kesempatan masa untuk penjagaan kulit dengan baik. Jadi ia menimbulkan kerisauan. Tapi ada perbezaan di penghujungnya. Kenapa?

“Penggambaran di hutan hujan kedengaran menarik pada mulanya. Tapi saya tidak ada masa untuk penjagaan kulit. Memandangkan kondisi hari ini, ia menegangkan. Saya bimbang kekusaman. Tapi kulit saya surprisingly lively. Walaupun perjalanan teruk, saya gembira kulit saya berasa hebat dan hidup.”

3. Nini, pelakon China

Nini pula perlu mendaki pergunungan Changbai di North East China. Dia dicabar dengan suhu yang sejuk tahap beku dan pastinya kelembapan yang rendah dengan suhu di bawah kosong.

“Saya tidak sangka ia akan menjadi begitu sejuk di sini. Saya amat gembira dapat meneroka rantau ini bersama National Geographic. Ia sangat sejuk dan kering. Ia kelihatan seperti dunia yang beku. Saya tidak boleh percaya apa-apa benda boleh hadapi ini! Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ia sangat sejuk dan kering di sini.”

Seperti Chiara dan Kasumi, Nini juga perlu melakukan penggambaran di sini. Mereka berkongsi kerisauan yang sama iaitu adakah kulit mereka kelihatan elok di dalam gambar.

“Saya tidak pernah lakukan penggambaran pada suhu -30 darjah. Saya tak tahu jika saya boleh lakukan ini. Saya tidak berani untuk senyum, kerana saya risau kulit saya akan retak merekah.”

Tapi lain pula jadinya apabila Nini mulakan penggambaran.

“Kulit saya terasa lembap dan bersemangat. Saya rasa kulit saya telah berjaya hadapi persekitaran melampau ini dan menang.”

4. Lee Siyoung, pelakon dan boxer Korea Selatan

Lee Siyoung dihantar ke kawasan gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Berapi Ijen, salah satu lokasi yang menakjubkan tetapi berbahaya di dunia di mana ia mempunyai wasap sulfur yang boleh memudaratkan.

“Kita sedang memasuki salah satu daripada tempat yang paling berbahaya di dunia. Saya teruja untuk menemani Hannah pada ekspedisi berbahaya ini. Ini lebih sukar dari yang disangka. Ijen adalah benar-benar salah satu gunung berapi yang paling berbahaya tetapi juga yang paling indah.”

Sebelum sampai ke lokasi penggambaran, Lee Siyoung perlu melalui trek pendakian. Ini membuatkan dia jadi bimbang dengan sesi penggambaran kerana risau kulit dia terkesan dengan keadaan sekitar.

“Saya berjalan sepanjang hari. Saya bimbang tentang penggambaran ini. Kulit saya sensitif dan persekitaran yang melampau ini boleh menjadikan ia lebih teruk.”

Usai sesi penggambaran, Lee Siyoung sendiri tidak menyangka hasil pemotretan sungguh cantik.

“Saya bimbang tetapi gambar-gambar kelihatan hebat, jadi saya gembira. Kulit saya berjaya mengalahkan kondisi melampau gunung berapi ini.”

Rahsia Kulit 4 Selebriti Di Kawasan Ekstrim

Sebenarnya, selain cabaran penggambaran di tempat ekstrim oleh National Geographic, keempat-empat selebriti ini dibekalkan dengan SK-II Facial Essence Treatment bagi melihat sama ada kulit mereka boleh survive atau tidak pada cuaca ekstrim dengan produk ini.

Setelah melalui 4 keadaan ekstrim itu, terbukti SK-II Facial Essence Treatment boleh melindungi dan merawat kulit dalam pelbagai situasi yang berbeza kondisi cuaca, suhu dan kelembapan. Ini bermakna ia amat sesuai sekali dijadikan peneman wanita terutama mereka yang suka mengembara atau menghadiri perjumpaan bisnes di luar negara.

Malah, SK-II Facial Essence Treatment yang baik untuk semua jenis kulit (normal, kombinasi, kering, sensitif) ini boleh membantu melembapkan kulit dan menyokong pembentukan sel kulit baru agar dapat mengatasi masalah kekeringan, kekusaman, tekstur kulit tidak rata dan juga kekedutan kerana ia kaya dengan Pitera™ – lebih 50 mikro-nutrien.

Nak tambah lebih baik, anda boleh bersedia dengan 4 tip di bawah ini. Ia sesuai diamalkan untuk 4 kondisi berbeza seperti yang dihadapi para selebriti:

1. Minum air dalam kuantiti yang banyak. Air dipercayai dapat membantu melembapkan kulit dan membuang toksik dari dalam badan. Ia akan menyegarkan diri anda dari dalam.
2. Makan buah-buahan yang mengandungi banyak cecair dan juga flavonoids. Ia boleh membekalkan cecair kepada badan dan anthocyanidins boleh melindungi kulit dari sinaran UV.
3. Lindungi kulit muka dengan skarf atau kain walaupun kawasan panas seperti orang Arab di padang pasir. Ia mengurangkan cahaya panas dan udara kering menyapa secara terus kulit anda.
4. Basuh muka dengan air suam agar suhu kulit muka jadi lebih stabil. Sepanjang perjalanan pula boleh dibekalkan dengan tisu basah yang diperkayakan dengan vitamin E bagi menghadapi perubahan cuaca dan suhu yang tiba-tiba.

Banyak lagi tip-tip yang boleh anda amalkan. Tapi at the end, bawa SK-II pun dah OK. Light pack pula untuk travel bersama dan tak payah nak fikir regim kecantikan berbeza untuk lokasi berbeza. Satu SK-II untuk semua lokasi. Kan mudah.

Melihat cuaca dan keadaan di Malaysia yang panas sepanjang hari atau diselangi hujan, SK-II Facial Essence Treatment juga boleh digunakan terutama anda yang selalu berada dalam bilik berhawa dingin atau berada di bandar besar yang pastinya ada pencemaran udara.

Moga dengan pendedahan ini, anda tahu apa yang terbaik dan berbaloi-baloi untuk dipertimbangkan buat penjagaan kesihatan kulit anda yang berharga itu.

Tonton salah satu video penuh ekspedisi di bawah ini: