Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kata orang malang tidak berbau. Begitu juga dengan kecuaian diri dimana terdapat kes seseorang individu memasukkan wang ke akaun individu yang salah.

Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, anda tidak perlu risau panjang kerana wang ada masih ada peluang untuk diselamatkan. Apa yang perlu anda lakukan anda dengan mengikuti empat langkah ini.

1. Membuat laporan polis
laporan-polis-1

Sumber: Faq PRU

Sekiranya anda atau kenalan anda tersilap menghantar wang ke akaun yang salah atau tidak dikenali, dinasihatkan untuk segera membuat laporan polis. Adalah lebih baik sekiranya laporan dibuat secara terperinci merangkumi jumlah wang yang dihantar, proses penghantaran dan akaun yang dihantar bagi memudahkan pihak polis dan bank.

2. Segera ke cawangan bank berdekatan dengan membawa laporan polis
download

Sumber: Reuters

Seusai membuat laporan polis, pastinya anda turut mempunyai salinan laporan polis. Dalam usaha untuk mendapatkan wang anda semula, anda boleh ke cawangan bank berdekatan serta berhubung dengan pegawai untuk bantu mendapatkan kembali wang anda.

3. Nantikan persetujuan daripada pihak ‘penerima’ wang
Maukerja.my_

Sumber: Mau Kerja

Mengikut prosedur, pihak bank akan cuba untuk menghubung pemilik akaun bank yang menerima wang daripada anda. Proses ini mungkin akan mengambil sedikit masa.

Difahamkan pihak penerima yang secara tidak sengaja menerima wang daripada anda juga perlu bersetuju untuk mengembalikan semula wang anda dimana beliau perlu ke cawangan bank berdekatan untuk mengisi maklumat berkaitan untuk diproses sebelum anda menerima wang anda.

4. Langkah terakhir sekiranya ‘penerima’ enggan menghantar wang semula

mahkamah

Bagaimana caranya sekiranya pihak penerima yang secara tidak sengaja menerima wang anda tidak mahu bekerjasama? Satu-satu tindakan yang boleh diambil untuk mendapatkan kembali wang anda adalah dengan membawa kes ini ke mahkamah.

Sekiranya jumlah wang tersalah hantar bernilai kurang daripada RM5,000, proses tuntutan di mahkmah tidak memerlukan anda mendapatkan peguam namun mendapatkan khidmat nasihat peguam di luar mahkamah adalah dibenarkan.

Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah yang dihantar bernilai lebih daripada RM5,000, anda tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menggunakan khidmat peguam untuk mendapatkan kembali wang anda.

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, adalah dinasihatkan untuk anda lebih peka serta kerap membuat semakan sebelum membuat sebuah pemindahan wang untuk memudahkan diri anda di kemudian hari.

Siapa sangka, tulisan pada wang RM10 terakhir pemberian ayah wanita ini berjaya ditemui hasil kuasa viral oleh netizen. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Pemilik Asal Duit ‘RM10 Terakhir Pemberian Ayah’ Berjaya Ditemui

Wanita Ini Kongsi Wang Kertas Ada Kesan Dakwat Rupanya Wang Hasil Rompakan Mesin ATM

Anda Mungkin Suka