Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak aplikasi Telegram diperkenalkan, aplikasi ini sering kali dibandingkan oleh aplikasi permesejan popular dunia iaitu WhatsApp. Semuanya kerana aplikasi ini dilihat lebih lancar, mudah serta mempunyai lebih banyak fungsi meskipun tidak mempunyai jumlah pengguna yang ramai seperti WhatsApp.

Terbaharu, aplikasi Telegram menerusi kemas kini terbaru telah menawarkan fungsi di mana para pengguna berpeluang memindahkan mesej yang terkandung pada aplikasi permesejan lain seperti Line, KakaoTalk dan juga WhatsApp terus ke Telegram dengan mudah.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Pada pendapat kami, langkah ini sangat sesuai dibuat khusus buat mereka yang mahu berpindah daripada Android ke iOS atau iOS ke Android serta mahu menyimpan mesej dan gambar yang diterima sepanjang menggunakan WhatsApp.

Seperti yang anda maklum, WhatsApp setakat ini masih belum menyokong ciri pemindahan mesej melalui platform berbeza meskipun pada aplikasi yang sama. Berikut merupakan 4 langkah mudah untuk memindahkan mesej WhatsApp ke Telegram.

1. Swipe ke kiri dan tekan more

photo6095747861334567792

Pertama, anda boleh memilih mesej daripada siapakah anda mahukan untuk dipindahkan mesej ke Telegram. Seterusnya anda boleh swipe ke kiri pada chat list anda dan tekan more.

2. Tekan pada Export Chat

photo6095747861334567794

Sebaik sahaja butang more ditekan, anda diberi beberapa pilihan seperti Mute, Contact Info dan Export Chat. Klik pada Export Chat. Para pengguna juga turut diberi pilihan sama ada untuk mengeksport media yang terkandung gambar dan video atau tanpa media.

3. Pilih aplikasi Telegram

photo6095747861334567795

Seperti objektif utama, para pengguna perlu memilih aplikasi Telegram untuk memindahkan chat daripada WhatsApp ke Telegram.

4. Pilih lokasi daripada contact list dan tunggu sehingga mesej siap dieksport

photo6095747861334567793

Anda berpeluang memilih untuk memindahkan chat berkenaan ke contact list yang tersedia di Telegram. Seterusnya, anda cuma perlu menunggu sehingga chat siap dieksport. Kini, anda boleh semak mesej yang diterima serta dihantar sebelum ini terus menerusi aplikasi Telegram. Mudah bukan?

Setakat ini, aplikasi Telegram cuma menyokong aplikasi pemindahan mesej. Sebarang penerimaan mesej terbaru daripada WhatsApp perlu dipindahkan semula secara manual. Pastikan anda kemas kini aplikasi Telegram kepada versi terbaru untuk menggunakan fungsi terbaru ini.

Sebelum ini pengasa Telegram pernah memaklumkan kepada pengguna WhatsApp untuk membuang aplikasi berkenaan sebelum sebarang perkara buruk berlaku.

Pengasas Telegram Mahu Anda Buang Aplikasi WhatsApp Sebelum Perkara Buruk Berlaku

Telegram Sahkan Bakal Kenakan Bayaran Pada Pengguna Mulai Tahun 2021

Anda Mungkin Suka