Filem Parasite merupakan filem pertama dari Korea Selatan yang berjaya mencipta nama memenangi Anugerah Filem Terbaik di Anugerah Oscar Ke-92.

Berikutan itu, rata-rata peminat telah berkunjung ke lokasi penggambaran filem Parasite untuk bergambar bagi meraikan kemenangan filem tersebut. Untuk pengetahuan anda, lokasi penggambaran filem tersebut tidak hanya menjadi tumpuan rakyat Korea Selatan tetapi juga pelancong dari luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di bawah ini kami senaraikan 4 lokasi penggambaran yang menjadi tempat tumpuan pelancong selepas filem Parasite menang anugerah tersebut.

1. Sky Pizza

AKR20200211096500004_07_i_org
Sumber: koreabizwire

Restoran Sky Pizza atau dikenali dalam filem sebagai Pizza Age menjadi tempat tumpuan pelancong. Difahamkan, terdapat sebuah gambar pemilik dengan pengarah Bong Joon-ho dipamerkan di situ.

Untuk pengetahuan anda, restoran pizza ini dikendalikan oleh keluarga tempatan selama 17 tahun. Malah, anda juga dapat mencuba makanan signature di kedai ini adalah ayam goreng, dan pizza.

2. Tangga di Jahamun Tunnel

getImage-3
Sumber: visitseoul

Dalam filem Parasite, pastinya anda masih ingat akan babak ketika keluarga Ki-Taek cuba melarikan diri dari rumah keluarga Park apabila mereka pulang secara tiba-tiba kerana perkhemahan mereka terpaksa dibatalkan kerana hujan.

Anda pastinya dapat melihat suasana seram yang sama seperti digambarkan dalam filem Parasite ini.

3. Tangga di Ki-taek’s village

getImage-2
Sumber: visitseoul

Bagi anda yang menonton filem Parasite, anda pasti ingat akan tangga yang bersambung dengan rumah President Park. Tangga ini dapat dilihat ketika babak Ki-jeong membeli buah peach dan menghantarnya ke rumah Park.

Lokasinya berdekatan dengan pasaraya Dojissal dan peminat filem Parasite pastinya tidak akan melepaskan peluang bergambar di sini.

4. Pasaraya Doijissal

getImage
Sumber: visitseoul

Pasaraya ini merupakan lokasi dimana Ki-woo telah mendapat tawaran untuk menggantikan kawannya untuk menjadi tutor. Dalam filem ini, pasaraya Doijissal ini dikenali sebagai pasaraya Woori.

Jika anda ingin melancong ke Korea Selatan, anda haruslah ke tempat-tempat ini jika mahu ‘remake’ dan bergambar seperti dalam filem Parasite. Pastinya hasil gambar anda akan ‘awesome’ untuk dikongsikan di media sosial.

Anda juga mungkin ke beberapa lokasi penggambaran drama Hotel Del Luna di Korea Selatan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

11 Destinasi Drama Hotel Del Luna Yang Anda Boleh Terokai Bersama Pasangan

Parasite Cipta Sejarah, Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar Ke-92

Tangga Ikonik Dalam Joker Kini Jadi Lokasi Tumpuan Pelancong

Sumber