Hampir setahun hadir dengan pelbagai ura-ura, akhirnya hari yang dinantikan peminat teknologi serta Apple telah tiba. Seperti yang dijangka, atur cara khas Apple pada kali ini diadakan sempena pelancaran rasmi siri iPhone 12.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Apple bukan sahaja melancarkan tiga iPhone, malah empat model iPhone daripada siri iPhone 12 telah dilancarkan secara serentak.

Model yang terdiri dengan rekaan serba baharu ini terdiri daripada iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dimana semuanya dikuasakan oleh processor Apple A14 Bionic beserta rangkaian internet 5G.

iPhone 12 dan 12 Mini

Screen Shot 2020-10-14 at 1.21.52 AM

Menggantikan iPhone 11 pada tahun lalu, iPhone 12 pada tahun ini masih lagi hadir dengan saiz skrin yang sama iaitu 6.1-inci namun dengan saiz yang lebih nipis dan ringan.

Bukan itu sahaja, model pada kali ini tidak lagi menggunakan paparan LCD sebaliknya menggunakan paparan OLED dengan teknologi Super Retina XDR.

EkObjBRVcAArhq5

EkOcm1_XsAEgCMm

Penggunaan teknologi Ceramic Shield menawarkan skrin iPhone 12 lebih kukuh dan tidak mudah pecah. Malah, Apple turut mendakwa Ceramic Shield menjadikan iPhone sebagai telefon pintar paling kukuh berbanding model-model keluaran jenama lain. Seperti iPhone 11 sebelum ini, sebanyak lima warna ditawarkan pada iPhone 12 pada kali ini.

EkOgZOFWAAAR-S2

Sebuah lagi kejutan yang diumumkan Apple pada kali ini adalah iPhone 12 Mini dengan saiz skrin 5.4-inci OLED. Selain daripada saiz skrin, iPhone 12 dan iPhone 12 Mini masing-masing berkongsi spesifikasi yang sama. iPhone 12 Mini disasarkan buat mereka yang mahukan iPhone terbaru yang serba canggih serta mementingkan saiz skrin yang kecil.

Dari segi kamera, iPhone 12 dilengkapi dengan dua kamera belakang 12-megapixel merangkumi lensa wide dan ultra-wide. Penawaran Night Mode yang dikemas kini membolehkan para pengguna mendapatkan gambar yang terbaik disetiap foto yang diambil meskipun pada keadaan cahaya malap.

iPhone 12 Pro dan Pro Max

EkOi42nWsAA_1gK

Selain iPhone 12, Apple pada kali ini turut melancarkan model versi Pro yang hadir dengan dua saiz berbeza iaitu 6.1-inci dan 6.7-inci. Penawaran saiz skrin 6.7-inci menerusi Apple iPhone 12 Pro Max membuatkan model ini sebagai model dengan saiz skrin terbesar dalam sejarah iPhone.

Menerusi model Pro pada kali ini, Apple memilih untuk menekankan pada bahagian kamera dengan penawaran fungsi Apple ProRAW, LiDAR Scanner serta beberapa lagi fungsi lain.

EkOiT9XWkAEHMlv

EkOjlzAXYAUut16

Sebanyak empat warna telah ditawarkan pada kali ini membuatkan iPhone 12 tampil berbeza dan lebih premium berbanding model-model sebelum ini.

Khas buat iPhonegrapher diluar sana, model iPhone 12 Pro Max turut ditawarkan dengan teknologi tambahan pada bahagian kamera menawarkan kualiti gambar yang lebih baik pada pencahayaan malap sehingga 87%.

Harga

EkOl03oVgAId8Yf

Mengulas dari segi harga, Apple masih lagi mengekalkan tanda harga yang sama menggantikan siri iPhone 11 yang lalu. Apple iPhone 12 Mini hadir dengan harga RM3,399 manakala iPhone 12 ditawarkan pada harga RM3,899.

EkOoJW7VkAAuOht

Model seperti iPhone 11 turut menerima pengurangan harga kepada RM2,899 sahaja. Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max pula telah ditamatkan pengeluaran secara rasmi selepas digantikan oleh iPhone 12 dan 12 Pro Max. Model iPhone 12 Pro Max dengan storan 512GB ditawarkan pada harga RM6,699.

Ketahui juga perubahan terbaru yang dibawakan pada model baharu Apple Watch dan iPad.

Apple Umumkan Barisan Model Terbaharu Apple Watch Dan iPad

Sony Xperia 1 II Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM4,999