Menyebut tentang pasaraya, pastinya ramai yang ingin mengetahui apakah keunikan yang ditawarkan. Pada kali ini, kami tertarik untuk mengulas lanjut mengenai Quill City Mall KL yang bertempat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

1. BORDERS

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

Rangkaian kedai buku kesukaan ramai yang membawa suasana seronok untuk membaca kini dibuka di Quill City Mall KL. Selain daripada penawaran harga buku yang milik, BORDERS juga terkenal dengan seleksi buku yang pelbagai khusus buat mereka yang gemar membaca.

2

4

BORDERS Malaysia hanya menawarkan buku dan majalah yang berkualiti serta produk hiburan yang terbaharu di pasaran dalam persekitaran yang sangat selesa. Lawati BORDERS di tingkat 1, lot 1-23 Quill City Mall KL.

2. MINISO

1

Pasti ramai yang suka dengan barangan yang dijual di MINISO. Kami sendiri jika ke sini pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong! Outlet MINISO merupakan rangkaian kedai yang menawarkan pelbagai barangan dengan sentuhan elemen Jepun. Bermula dengan barangan keperluan rumah, aksesori, fesyen, elektronik sehinggalah kepada kelengkapan kesihatan semuanya ditawarkan di bawah outlet yang sama dengan harga yang berpatutan.

18ed4fda-c885-40ed-9951-5c969ca17e5b

f028836b-6ae3-4898-976e-cfaedb68daaf

Terdapat dua lokasi MINISO yang anda boleh terjah di Quill City Mall KL; MINISO Kiosk dan MINISO @ Level 1. MINISO Kiosk menjual pelbagai barangan unik dan come untuk anda dan sekiranya anda mahu melihat produk yang lebih banyak, singgahlah ke MINISO @ Level 1. Lawati MINISO yang terletak di tingkat 1, lot 1-15, 1-16 & 1-17.

3. MR. D.I.Y.

Photo 1

Menyebut tentang MR. D.I.Y. mungkin ramai yang sudah tahu mengenai rangkaian kedai yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga mampu milik ini. Kini, rangkaian kedai ini dibuka telah di Quill City Mall KL bagi memudahkan anda. Ianya terletak di tingkat 3, lot 3-59, 3-60, 3-61 & 3-62.

Photo 5

Photo 9

4. SHAWLS DE GADIS

1

Sesuai dengan jenamanya, Shawls De Gadis menawarkan seleksi shawl berkualiti tinggi dengan harga mampu milik. Penawaran warna serta corak yang pelbagai dan keselesaan buat si pemakai antara yang membuatkan Shawls De Gadis menjadi tarikan.

4

5

Kini, anda tidak perlu teragak-agak lagi untuk mencari padanan pada setiap persalinan anda ketika keluar. Pakailah pakaian yang plain atau pun bercorak, pasti ada hijab yang sesuai di SHAWLS DE GADIS. Untuk cuci mata silalah ke SHAWLS DE GADIS yang terletak di tingkat bawah, lot G-07.

Buat anda yang berada sekitar Kuala Lumpur dan belum pernah ke Quill City Mall KL, kami ingin menjemput anda untuk merasai pengalaman membeli belah di Quill City Mall KL. Mungkin ini pasaraya yang menjadi pilihan keluarga anda. Jom!

airasia loyalty

P/S: Anda pengumpul mata AirAsia BIG Points? Tebus 2 mata BIG untuk setiap belian bernilai RM1 pada hari bekerja dan 1 mata BIG untuk setiap belian bernilai RM1 pada hujung minggu di kesemua outlet Quill City Mall KL.

Kumpulkan mata AirAsia BIG anda untuk ditukarkan kepada tiket penerbangan bermula dengan 500 mata AirAsia BIG. Tertakluk kepada terma & syarat.