Sejak pandemik COVID-19 melanda, dapat dilihat pekerja yang dulunya bekerja di pejabat kini diarahkan bekerja dari rumah sahaja. Hal ini berkait rapat dengan langkah untuk mencegah penularan wabak merbahaya ini.

Meskipun para pekerja tidak perlu mempersiapkan diri lebih awal atau menempuh kesesakan lalu lintas, bekerja dari rumah nampaknya turut mempunyai cabaran tersendiri.

Oleh yang demikian, kami ingin kongsikan kepada anda empat perkara penting yang boleh para pekerja yang pernah atau sedang work from home ambil berat dalam memastikan pekerjaan berjalan dengan lancar dan efektif.

1. Ruang dan susana yang selesa

Hipster interior with ladder light
Sumber: herworld

Tidak dinafikan ruang kerja sememangya memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah tugasan dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan. Suasana yang senyap dan kondusif serta meja kerja yang bersesuaian antara yang diperlukan agar seseorang mampu menjalankan kerja dengan selesa.

2. Pengurusan masa yang efisien

screen-post-folBYP0ED0k-unsplash-1
Sumber: Freedom

Dalam memastikan kerja dapat disiapkan dengan efisien serta mengikut waktu yang ditetapkan, adalah penting buat seseorang pekerja untuk kekal fokus. Seperti yang ramai sedia maklum, bekerja dari rumah secara tidak langsung membuatkan seseorang lebih cenderung untuk mengambil masa yang lebih panjang untuk menyiapkan tugas.

the-Pomodoro-Technique-3-1024×576
Sumber: luxafor

Salah satu langkah dalam memastikan anda kekal fokus menjalankan tugas adalah dengan mengaplikasikan teknik Pomodoro. Menerusi teknik ini, anda bakal berpeluang menyiapkan tugas yang diberikan mengikut waktu yang ditetapkan, kekal focus di samping berpeluang rehat dalam mengekalkan produktiviti anda.

Menariknya, teknik ini turut ditawarkan menerusi aplikasi Pomodoro. Anda boleh hadkan masa untuk anda kekal fokus menjalankan tugas sebelum dibenarkan untuk berehat buat seketika waktu.

Menerusi aplikasi ini, anda berpeluang untuk meningkatkan produktiviti anda di samping mengelakkan daripada berehat dalam tempoh yang panjang.

3) Internet yang pantas

ezgif-3-ae271a65ec5d
Sumber: team viewer

Tidak dinafikan sejak pandemik COVID-19 tiba, kebergantungan kepada internet juga turut meningkat. Hal ini dapat dilihat apabila kanak-kanak yang sebelum ini ke sekolah terpaksa beralih kepada pengajian secara atas talian.

Anda yang bekerja dari rumah juga pastinya mendambakan internet yang pantas bagi memastikan setiap tugasan dapat dimuat turun atau dikongsikan dengan pantas. Oleh itu, adalah amat wajar untuk orang ramai menggunakan internet yang pantas dan stabil dalam menjamin kesemua tugasan dapat berjalan dengan lancar.

4) Penggunaan kerusi yang ergonomik

bg-header-m
Sumber: ASUS ROG

Buat mereka yang melakukan tugas dalam tempoh yang panjang pastinya kerusi gaming yang penuh ergonomik antara yang dicadangkan agar badan anda tidak mudah lenguh meskipun membuat kerja di hadapan komputer dalam tempoh yang panjang. Selain itu, kerusi jenis ini membolehkan anda melaraskan sudut dan ketinggian mengikut keselesaaan anda.

Di samping tips yang dikongsikan, tugasan WFH anda pastinya tidak akan berjalan lancar sekiranya anda tidak mempunyai komputer atau komputer riba yang mempunyai pretasi yang baik dan serba lengkap.

Oleh yang demikian, siri terbaru daripada ASUS Expert Series sememangnya amat membantu dalam memastikan tugasan WFH anda dapat diselesaikan dengan baik.

Mengapa ASUS ExpertBook Series wajar menjadi pilihan

Berbeza dengan komputer riba yang lain, ASUS ExpertBook Series sangat mementingkan kepada produktiviti kepada pengguna. Hadir sebagai komputer riba bisnes, model keluaran siri ini sangat mementingkan siri sekuriti pengguna.

Penggunaan material yang berkualiti tinggi bukan sahaja membuatkan para pengguna tampil lebih bergaya malah turut mengesahkan model keluaran siri ini tahan lasak menerusi pengesan military-grade MIL-STD-810G – rejim ujian lanjutan untuk beroperasi dalam lingkungan yang keras seperti altitud, suhu, dan kelembapan yang melampau.

Ini bermaksud anda akan sentiasa berada dalam produktiviti yang optimum sama ada anda berada di pejabat, di rumah, atau on-the-go, dengan ketahanan ExpertBook yang dapat melindungi daripada kemungkinan kemalangan seperti jatuh, tumpahan atau kanak-kanak hiperaktif!

ASUS ExpertBook B9 (B9450)

Screen Shot 2021-03-25 at 9.08.08 PM

Hadir dengan berat 870gram berjaya meletakkan ASUS ExpertBook B9 sebagai komputer riba bisnes 14-inci paling ringan dalam pasaran. Hal ini secara tidak langsung memudahkan anda untuk membawa bersama ASUS ExpertBook B9 bersama anda ke mana-mana sahaja dengan mudah.

Buat anda yang kerap menjalankan tugas secara on the go, model ini pastinya menjadi pilihan. Tidak hanya hadir dengan saiz yang ringan, model ini turut hadir dengan penawaran bateri sehingga 24 jam beserta set I/O yang lengkap beserta ASUS NumberPad yang eksklusif dalam meningkatkan produktiviti anda.

Oh ya, anda juga cuma perlukan pengecasan selama 39 minit untuk mengecas model ini daripada 0% kepada 60%. Pantas bukan?

ASUS ExpertBook P2 (P2451)

Screen Shot 2021-03-25 at 9.01.55 PM

Sekiranya anda seorang yang mahukan lebih kuasa dan prestasi berganda dalam sesebuah komputer riba, ASUS ExpertBook P2 pastinya menjadi pilihan. Hadir dengan spesifikasi yang lebih tinggi menjaminkan kerja pemprosesan dapat dijalankan dengan lebih pantas.

Selain itu, hadir dengan berat 1.5kg sememangnya memudahkan pengguna untuk membawa bersama komputer riba bisnes ini dalam briefcase mahupun backpack. Model ini dilihat menjadi pilihan buat usahawan serta ahli perniagaan yang mahu tampil bergaya serta masih mahukan spesifikasi terbaik dalam sesebuah komputer riba.

photo6276122842655468370

Kedua-dua model ini nyata mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sekiranya anda mahukan yang terbaik dalam pengurusan tugas work from home anda, mengikuti tips yang kami kongsikan ini antara yang dicadangkan. Selamat mencuba!

Pihak ASUS juga telah melanjutkan promosi ASUS ExperBook B9 dengan tawaran ZenScreen percuma bernilai RM1,169 sehingga 31 Mac ini. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

ASUS Lanjutkan Promosi ExpertBook B9 Dengan Tawaran ZenScreen Percuma Bernilai RM1,169

ASUS VivoBook 15 K513, Komputer Riba Serba Lengkap Buat Para Pelajar Dengan Harga RM3,299

Vocket Review: ASUS ProArt StudioBook Pro 17, Komputer Riba Khas Buat Pemain Industri Kreatif