Heboh kes pemuda Malaysia yang terkandas sebulan setelah mendapat tiket untuk satu assignment di sebuah negara Amerika Latin. Mungkin telah tiba masanya saya menulis tentang risiko mengembara yang perlu difahami oleh setiap pengembara dalam bahasa mudah.

1. Mengembara bersama orang yang tidak begitu kita kenali

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Risiko mengembara paling tinggi sebenarnya bila nak travel dan pergi dalam kumpulan yang kita tak kenali.

Kita tak tahu siapa mereka, apa pengetahuan asas mereka dan pengalaman ke atas aspek keselamatan diri dan kumpulan, pendekatan agama dan bagaimana mereka menunaikan solat semasa musafir dan cara mereka menghadapi krisis semasa travel. Dan juga kestabilan mental mereka.

2. Lokasi pengembaraan

Risiko mengembara kedua barulah jatuh pada tempat yang kita nak pergi. Contohnya jika kita ke negara berisiko tinggi iaitu negara yang dikancah perang, yang sedang dilanda bencana alam, menjadi sasaran pengganas atau menjadi hub pengedaran dadah.

Jika pun negara tersebut aman, kita mungkin terdedah kepada bahaya makanan yang dicermari contohnya agent orange yang menyebabkan kanser di Vietnam, penyakit berjangkit MERS dari Timur Tengah atau Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Sexually Transmitted Disease (STD) bagi mereka yang mengamalkan cara hidup songsang dan bebas di Thailand , Kampuchea, Vietnam dan Batam Indonesia.

3. Jenis pengangkutan

Risiko mengembara ketiga ialah jenis pengangkutan. Jenis-jenis pengangkutan terbahagi 2 iaitu apakah yang kita naiki semasa ke tempat tersebut (kapal terbang, kapal, atau keretapi) dan jenis pengangkutan berikutnya semasa di negara yang dituju.

Kini jarang berlaku kes hijack atau kes kapal terbang di tembak missile kecuali kes-kes terpencil seperti tragedi MH370 dan MH170. Pengembara patut sedar banyak berlaku kes seluk saku, kecurian, jenayah, penculikan, dan rogol di kalangan pengguna train metro di hampir semua bandar bandar pelancongan dari Barcelona, Paris, Rome dan Athens.

Target sindiket penyeluk saku atau penjenayah ini ialah orang Asia kerana kita pengembara dari Malaysia di kategorikan sebagai orang Cina PRC yang tidak mambawa kad kredit tapi banyak bawa wang tunai.

4. Kestabilan Politik

Risiko mengembara keempat ialah kestabilan politik dan country sovereignty yang terkait dengan matawang. Mungkin ramai yang belum sedar semasa BREXIT (Britain keluar dari European Union) pelancong Britain tidak dibenarkan menggunakan kad kredit oleh sesetengah hotel di negara luar Britain.

Begitu juga ada pelancong warga Britain kelahiran Iran yang terkadas bertahun-tahun di airport CDG Paris kerana tidak diakui sebagai rakyat Britain namun dia bukan rakyat Iran! (Kes Mehran Karimi Nasseri).

Kenapa saya letakkan individu dalam kumpulan travel sebagai risiko mengembara tertinggi? Kerana membuat keputusan bersama dalam kumpulan bergantung kepada semua ahli kumpulan. Sebab itu jika nak travel sebaiknya kita ambil kumpulan yang mempunyai ahli yang sekufu dengan kita dari segi pendidikan, cara dibesarkan dan status sosial, serta pengamalan dan pendedaham tentang keselamatan HSE (Health Safety Environment).

Selain daripada itu sikap turut memainkan peranan penting. Jika dia tidak mempunyai pendidikan tinggi atau tiada pendedahan tentang aspek keselamatan, namun terbuka kepada cadangan yang melibatkan keselamatan maka risiko mengembara boleh dikurangkan.

Bagaimana jika individu tersebut anti establishment, sering bergaduh dan masih mahu melakukan aktiviti berisiko tinggi atau pergi ke tempat berisiko tinggi semasa ancaman bom seperti di Turki atau kemungkinanserangan ke atas aset negara seperti di Sudan?

Lebih baik cari kumpulan lain atau batalkan sahaja perjalanan tersebut. Lebih baik hilang wang deposit dari hilang nyawa gara-gara tingkah laku buruk individu yang boleh mempengaruhi keselamatan ahli kumpulan yang lain.

Saya pernah terjebak dalam kumpulan travel backpacker kecil (sebanyak 3 orang) tapi ahli kumpulannya keras kepala serta masih berdegil mahu membeli-belah di tempat berisiko tinggi seperti Galata Square semasa kejadian serangan bom pada 19 Mac 2016.

Bagaimana saya bertindak jika menghadapi risiko tersebut?

Langkah pertama saya ialah buat perancangan travel solo demi keselamatan diri. Kemudian saya pisahkan diri dari kumpulan tersebut dengan tidak pergi ke Galata Square dan akur dengan nasihat kedutaan Malaysia di Turki.

Saya mengambil tiket dari ketua kumpulan dan hanya membeli-belah di kawasan hotel berdekatan lapangan Ataturk di Istanbul. Kedua saya menempah airport shuttle dan teksi dari hotel ke lapangan terbang pada hari esoknya tanpa bergantung kepada ketua kumpulan.

Ketiga saya ikut rapat berita semasa dan kenyataan akhbar dari kedutaan Malaysia (jika ada) sepanjang hari untuk mengetahui perkembangan seterusnya.

Berkenaan dengan negara-negara berisiko tingi seeloknya semak di laman web kedutaan Amerika Syarikat dan Britain untuk ‘travel advise’ ke atas rakyatnya. Dari situ kita akan dapat menilai keselamatan sesebuah negara sebelum membeli tiket ke negara tersebut.

Berwaspadalah jika menerima tiket percuma atau diminta membuat tugasan  kerja di negara pengeluar dadah seperti Columbia, segtiga dadah Iran-Afghanistan-Pakistan kerana mungkin anda akan dijadikan keldai dadah. Risiko dipenjara seumrur hidup sangat tinggi.

Berkenaan negara-negara yang menjadi destinasi pelancongan di ASEAN, berhati-hatilah jika anda pengamal seks songsang, seks bebas atau penagih dadah yang berkongsi menggunakan suntikan jarum intravenous kerana kemungkinan dijangkiti HIV dan STD sangat tinggi.

Semasa jadi komuniti expatriat di Vietnam dan sebagai ahli kelab International Women in Petroleum pada tahun 1995, saya didedahkan tentang beberapa ikan dan hidupan bercengkerang  dan berinjap dua yang hidup dalam sungai, selut atau di kuala sungai yang membawa parasit.

Sebab itu kami expatriat di Vietnam tidak digalakkan meminum air yang tidak di masak. Contohnya air mineral, air batu dan aiskrim kerana mungkin akan mendapat serangan parasit yang menyebabkan sentiasa cirit-birit seumur hidup.

Selain itu satu kajian dan pemeriksaan kesihatan oleh Petronas di Vietnam ke atas pembantu rumah digaji oleh keluarga Petronas mendapati bahawa hampir keseluruhan pembantu (dan juga penduduk Vietnam) terdedah kepada Hepatitis B.

Untuk makluman Hepatitis B di pindahkan melalui darah dan air mani. Jadi jika anda sudah ada suntikan Hepatitis B dan tiada hubungan sexual dengan pesakit atau carrier Hepatitis B, anda takkan dapat penyakit tersebut.

Berkenaan Hepatitis A pula ia disebarkan melalui pengendalian dan cara memasak yang tidak bersih. Jika anda ke negara dunia ketiga pastikan anda makan makanan yang telah dimasak sepenuhnya dan disediakan dalam keadaan yang bersih sebagai langkah berhati-hati untuk mengelak dari terkena jangkitan penyakit Hepatitis A dan Typhoid.

Baca: 5 Persediaan Penting Sebelum Travel Ke Kawasan Pedalaman Dan Tempat Tinggi

Di Malaysia semua pengedali makanan diwajbkan mempunyai suntikan Typhoid bagi mengelak jangkitan tersebut. Selain itu berhati-hatilah dengan makanan sayur dan buah yang ditanam di tanah (bukan hydroponik) kerana tanah di selatan Vietnam disembur dengan agent orange semasa Perang Amerika-Vietnam dan kesan agent orange ini masih ada di tanah yang ditanam sayur, buah serta kopi Vietnam!

Bagaimana kalau dah berada di negara berkenaan? Basuhlan buah dan sayur-sayuran dengan bersih sebelum di makan. Seeloknya makan buah yang boleh dikupas dan sayur yang boleh dimasak dengan sempurna.

Kopi? Boleh minum kopi tapi minumlah dengan kuantiti yang sedikit. Jika teringin sangat. Jangan susah hati. Kopi dari Vietnam setahu saya tidak digunakan oleh coffee connoisseur terkenal seperti Starbuck, San Francisco Coffee dll. Mereka menggunakan coffee robusta dari Mendailing Sumatera Utara, Indonesia.

Baca lagi: 4 Risiko Besar Yang Ramai Traveller Pandang Remeh Sewaktu Mengembara