Adakah anda yakin resume yang gah dan cantik serba lengkap dengan kemahiran serta pengalaman hebat cukup untuk menarik perhatian penemuduga untuk panggil anda ke sesi temuduga? Work experience memang antara salah satu kriteria penting yang dicari penemuduga.

Tetapi mungkin anda terlepas pandang tentang perkara ini yang ada dalam resume anda. Semak semula resume anda jika sudah biasa gunakan ayat-ayat ini di dalam resume. Mari kita lihat antara ayat yang pastinya membuatkan penemuduga bosan dan anggap anda sama sahaja seperti calon yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1.“I’m great at multi-tasking”

Ayat yang barangkali sudah basi kepada penemuduga. Tidak dinafikan ianya salah satu kemahiran yang seharusnya ada dalam diri setiap individu tetapi ianya membuatkan anda kurang menonjol dalam resume kerana ayat tersebut sudah banyak kali dijumpai.

Lakukan ini: Cuba untuk twist sedikit ayat anda ini. Lebih baik untuk tulis anda seorang yang pakar dalam pelbagai bidang, bijak uruskan masa dan bijak hadapi masalah. Jadi di sini penemuduga akan lebih berminat untuk mengcungkil siapa diri anda dengan lebih lanjut.

Ingin jana pendapatan sehingga lebih RM5,000 sebulan? Cuckoo sedang mencari agen pemasaran.Klik di sini untuk buat permohonan.

2. “I’m a team player, who also works well alone”

Mungkin ada yang berpendapat jika potensi individu untuk diambil kerja adalah apabila dua kemahiran dapat dikuasai sekaligus. Namun penemuduga pula akan menganggap anda malas dan mahu ‘cover line’.

Lakukan ini: Pilih satu saja dan cuba yakinkan penemuduga bahawa anda betul-betul seorang ‘team player’ ataupun lebih baik bekerja sendiri. Barulah mereka tahu kekuatan anda dan mudah untuk penemuduga letakkan anda dalam posisi mana yang paling sesuai untuk anda.

3. “I’m a perfectionist”

Dari perkataan ‘perfectionist’ itu sendiri dah cukup buktikan anda tidak jujur dan hanya mahu melebih-lebih. Jika sekadar mahu memenuhi ruangan resume, lebih baik gantikan dengan kemahiran yang lain. Makan diri sebenarnya perfectionist. Kalau dalam tempoh probation dan mereka tidak nampak pun sifat pefectionist ini dalam diri anda, tidakkah susah anda nanti.

Lakukan Ini : Jujur saja dengan semua penerangan tentang diri. Jika kemahiran dan pengalaman anda dah memadai kriteria jawatan tersebut. Penemuduga sendiri akan nampak potensi diri anda.

Les Copaque sedang mencari penulis skrip untuk produksi. Boleh klik di sini untuk memohon dan baca maklumat lanjut tentang pekerjaan ini.

4. “I’m a people person”

Maknanya anda ini jenis yang mudah bergaul. Ayat yang sering digunakan dan paling famous dalam kalangan job seeker. Jika difikirkan semula, bukankah semua orang mempunyai kemahiran untuk berinteraksi antara satu sama lain? Jangan kelihatan seperti terlalu desperate untuk mengambil hati penemuduga di dalam resume tetapi realitinya anda berbeza.

Lakukan Ini : Jangan takut untuk serlahkan people skills di hadapan penemuduga tanpa perlu menulisnya di dalam resume. Yakinkan lagi dengan pengalaman dalam bidang khidmat pelanggan. Komunikasi yang berkesan dengan penemuduga juga sudah cukup untuk memberi tanggapan positif terhadap diri anda.

Ini mungkin masa terbaik untuk anda lihat kembali resume anda. Lebih baik berlaku jujur dan be yourself. Barulah anda nampak natural ketika sesi temuduga nanti.