Zaman berubah dengan begitu pantas di mana hampir semua kerja-kerja harian dilakukan oleh komputer. Ini menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan tentang komputer amatlah penting kepada generasi zaman sekarang.

Menyahut cabaran dunia teknologi hari ini, tidak salah kalau kami cadangkan kepada ibu bapa untuk mula melatih anak-anak mereka belajar menggunakan komputer sejak kecil lagi. Kami yakin, ianya sangat bermanfaat untuk masa akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat permulaan awal, tak perlu komputer yang mahal-mahal lagi. Cukup sekadar penyediaan fungsi asas untuk mereka belajar menaip, membuat surat-menyurat, belajar mencari info di internet dan pelbagai lagi. Di internet sekarang ini pun sudah banyak laman web yang menyediakan latihan percuma untuk kanak-kanak. Contohnya permainan Learning Games For Kids ini.

Oleh itu, kami syorkan 4 pilihan set komputer dengan fungsi asas boleh anda dapatkan pada harga di bawah RM400 sebagai permulaan. Oh ya! Tidak semestinya juga. Buat anda yang mahu mencari komputer untuk kerja-kerja ringan pun sesuai. Nak main game gempak atau kerja grafik tinggi memang tak sesuailah.

1. Dell Optiplex 7455

Set lengkap berserta mouse dan keyboard, 2 bulan jaminan. Sistem operasi Windows, RAM 2 GB, tersedia dengan sambungan WIFI. Anda boleh dapatkan set komputer dengan harga RM388 ini di sini.

2. Dell Optiplex 755

Set lengkap berserta mouse dan keyboard, 3 bulan jaminan. Sistem operasi Windows, RM 2GB, tersedia dengan sambungan WIFI. Dapatkan di sini.

3. Dell Optiplex 745

Set lengkap berserta mouse dan keyboard, 2 bulan jaminan. Sistem operasi Windows, RM 2GB, tersedia dengan sambungan WIFI. Dapatkan di sini.

4. Dell 755 Tower

Set lengkap berserta mouse dan keyboard, 1 tahun jaminan. Sistem operasi Windows, RAM 2GB, tersedia dengan sambungan WIFI. Model ini juga merupakan model dengan spesifikasi terbaik anda boleh dapatkan berdasarkan kekuatan processor yang digunakan. Anda boleh dapatkannya di sini.

Mungkin di sini lahirnya si cilik pintar yang mahir dalam penguasaan IT dan pengaturcaraan.