Nota Editor: Siapa tidak teruja bertemu dengan usahawan berjaya di dalam penerbangan dan berpeluang dapat tip-tip berharga berkaitan bisnes. Itulah yang telah dialami oleh pemilik butik D’yana, Mohd Syafie yang terus berbunga-bunga hatinya apabil mendapati dia akan menaiki pesawat bersama Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Bin Mydin. Ikuti 4 tip bisnes dari pemilik Mydin melalui perkongsian Mohd Syafie di Facebook. Dengan izin beliau, kami kongsikan semula di sini buat manfaat pembaca dan peminat Vocket.

mydin

4 point yang saya dapat semasa 1 flight dengan Datuk Wira Ameer Ali Mydin.

Semasa ternampak Datuk di check-in counter, hati saya terus berbunga bunga. Wow, saya 1 flight dengan orang hebat. Terkenang masa belajar di St. John dulu selalu ke Mydin Masjid India jalan-jalan cuci mata bersama kawan-kawan.

Datuk Ameer antara beberapa usahawan yang sangat-sangat saya kagumi. Saya suka bagaimana beliau mengembangkan perniagaan beliau. Saya juga suka bagaimana beliau dididik bapa beliau sama seperti bagaimana ibu bapa saya mendidik saya. Walau perniagaan sudah sebesar sekarang, beliau sangat humble dan mudah didekati.

Dalam banyak-banyak perbualan, saya rasa 4 perkara ini yang boleh saya kongsikan pada rakan-rakan muka bukuku.

(Harus digaris bawahi yang perbualan ini ditulis kembali dengan ayat yang mudah difahami dan ia bukan 100% seperti yang sebenar)

1. Kembangkan perniagaan dalam musim ekonomi gawat.

Mohd Syafie (S): Dengan keadaan ekonomi yang lembab sekarang, adakah ini masa yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan?

Ameer Ali (AA): Masa inilah masa paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan. Masa inilah banyak peluang yang sukar kita jumpa semasa ekonomi sedang rancak. Even saya pun banyak baru jumpa peluang peluang yang saya cari selama ini.

2. Nasihat untuk usahawan baru yang mahu berkembang.

S: Apa nasihat Datuk untuk usahawan baru macam saya yang mahu berkembang?

AA: Jangan gopoh apabila berkembang. Bina system betul-betul dahulu. Mydin pun tahun ini buka 5 cawangan baru sahaja.
(Maka bertepatanlah dengan apa yang selalu saya cakap, piramid tidak dibina dalam masa setahun dua untuk menjadi bualan berkurun kurun lamanya)

3. Kerja bukan lagi satu pekerjaan baginya.

S: Datuk datang atas urusan apa?

AA: Saya datang bercuti. Hehehe. Apabila kita minat dan suka apa yang kita lakukan ia bukan lagi kerja.

4. Tempoh bekerja sehari.

S: Berapa jam Datuk bekerja sehari?

AA: Jam? Tiada jam. Macam yang saya cakap sebelum ini, apabila kita minat dengan apa yang kita lakukan, ia tidak memenatkan. Kerana kita bukan sedang bekerja. Setiap hari seperti bercuti.

Akhir sekali beliau mengucapkan “Enjoy your business” menunjukkan bertapa beliau sangat minat dengan apa yang beliau lakukan.
Begitulah serba sedikit point point yang boleh saya kongsikan pada public.

Jika anda rasa perkongsian saya ini memberi manfaat, haruslah dikongsikan bersama orang lain supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.

Jangan lupa Share dan Tag.

Baca: 5 Tip Menghadapi Tahun 2016 Yang Begitu Mencabar Kewangan Rakyat Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber