Sekiranya anda mengikuti perkembangan Apple, pastinya anda cukup kenal dengan trend jenama ini yang sering mengumumkan pelancaran produk dua kali setahun.

Pada kali ini, trend ini bakal diteruskan lagi dengan beberapa pilihan produk terbaru dimana Apple mengumumkan sebuah acara bakal diadakan pada 27 Mac ini. Dengan usaha untuk membawa ekosistem Apple lebih dekat kepada pengguna, berikut merupakan empat produk yang mungkin bakal dilancarkan Apple pada acara kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Apple iPad

ipad-pro-with-face-id-could-launch-during-wwdc-2018-hopefully-without-a-notch-520119-3

Sejak mula Apple iPhone X membuat kemunculan, ramai yang beranggapan ini merupakan halatuju terbaru Apple. Pengenalan FaceID yang membolehkan para pengguna unlock iPhone X menggunakan wajah sememangnya sebuah teknologi yang baru buat Apple.

Pada kali ini, Apple iPad terbaru bakal turut diperkenalkan dengan teknologi FaceID. Dalam erti kata lain, Apple bakal turut memperkenalkan model terbaru ini dengan spesifikasi yang lebih cekap serta notch yang semakin menjadi trend dikalangan smartphone Android pada ketika ini.  

mas-1280×693

Dalam pada itu, model manakah yang bakal menjadi pilihan Apple untuk disertakan dengan fungsi terbaru ini masih lagi menjadi tanda tanya.

2. Apple Pencil

apple-ipad-pro-pencil

Mula diumumkan sebagai aksesori buat Apple iPad Pro, Apple Pencil ternyata berjaya menarik perhatian pengguna meskipun dengan harga yang mahal. Penawaran ketepatan pada setiap sentuhan antara yang membuatkan orang ramai menjadikan Apple Pencil sebagai pilihan berbanding beberapa model stylus yang lain.

Pengenalan fungsi baru dengan harga yang rendah pastinya bakal membolehkan model ini menerima penjualan yang lebih tinggi selepas ini pada pendapat kami.

3. Apple Macbook Air

2563e370f98e53afa59b4ddfed93f621

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2008, Apple Macbook Air masih terus berjaya menjadi pilihan pengguna sehingga kini. Penawaran sistem yang lancar serta rekabentuk yang nipis menjadi pilihan pengguna yang mementingkan saiz dan mobility.

Pada tahun ini, model yang sudah ‘dilupakan’ Apple ini kemungkinan besar bakal hadir dengan spesifikasi dan rekabentuk terbaru. Berdasarkan laporan daripada KGI Securities, kemungkinan besar model Apple Macbook Air terbaru ini bakal ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding model Apple Macbook dan Macbook Pro.

4. Apple iPhone SE

Rekaan konsep Apple iPhone SE 2018

Seperti juga Apple Macbook Air, iPhone SE juga dikatakan bakal hadir dengan versi terbaru pada tahun ini. Berdasarkan ura-ura, model ini mungkin bakal mengikut rekabentuk seperti Apple iPhone X namun hadir dengan saiz yang sedikit kecil seperti mana yang tertiris pada video tempoh hari.

Sekiranya anda sedang mahukan Apple iPhone terbaru dengan saiz yang sedikit kecil, kemungkinan menantikan model terbaru Apple iPhone SE merupakan pilihan yang tepat.

https://www.youtube.com/watch?v=7wNEwdxOpcQ

Sama-sama kita nantikan produk manakah yang bakal membuat kemunculan pada 27 Mac ini. Sementara menanti tarikh ini, mungkin sudah mula menabung sebelum mula berbelanja besar untuk mendapatkan produk terbaru daripada Apple ini.

Sumber