INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras secara rasminya dibuka pada 25 Mac 2023 dan hotel yang hadir dengan 238 bilik ini terletak di hab komersial yang meriah di Cheras, dikelilingi dengan pusat membeli-belah.

Untuk pengetahuan anda, hotel INNSiDE ini dibuka dengan reka bentuk yang menyeronokkan dimana menawarkan ruang untuk perniagaan dan percutian. Susulan pembukaan hotel ini, saya telah berpeluang menginap di hotel ini untuk merasai sendiri tarikan hotel ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mimieyuzi

INNSiDE Kuala Lumpur just open to public. Such a nice place to stay since it’s located near to shopping mall. You can shopping and enjoyed the facilities in the hotel. #fyp #foryou #foryourpage #staycation #kualalumpur #innsidebymelia #innsidekualalumpur #travel #enjoylife #xyzbca #hotel #beritaditiktok

♬ Happier Than Ever – ASTN

Saya menginap di hotel ini pada bulan puasa dan sesuai dengan gaya kerja saya, maka saya memutuskan untuk ‘work from hotel’ atas jemputan pihak hotel INNSiDE. Jom ikuti pengalaman saya menginap di sini dan mungkin anda mahu menginap di sini selepas ini.

1. Bilik yang selesa dan amenities juga cukup

Hotel ini menawarkan enam kategori bilik. Jenis bilik tingkat permulaan, The INNSiDE Room, bermula pada 22 meter persegi dan mempunyai pancuran mandian hujan, katil bersaiz king yang mewah. Terdapat sentuhan warna biru biru pada kerusi dan pencahayaan ungu kabinet TV.

Kategori seterusnya adalah Townhouse Xtra, iaitu keluasana 85 dan 102 meter persegi. Suite yang luas ini mempunyai ruang tamu/ruang makan dan ruang tidur yang berasingan, serta bilik mandi dengan tab mandi yang menghadap ke pemandangan luar. Jenis suite juga mempunyai dua TV, alat pembuat kopi Nespresso, konsol permainan video dan bar mini premium percuma.

2. Buffet makanan yang sedap dan sahur di hantar di bilik

Menu restoran ini menampilkan keistimewaan seperti Italian Lobster Aglio Olio dan daging kambing mengiurkan, serta pilihan makanan yang sihat seperti Smoked Salmon Benedict dan Chicken Pesto. Pilihan bufet atau a la carte disediakan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Disebabkan saya menginap di sini ketika bulan puasa, maka saya telah berbuka puasa dengan buffet Ramadan yang ditawarkan dengan harga RM89.90 untuk seorang dewasa. Terdapat banyak pilihan makanan dan jujur kesemuanya sedap belaka. Untuk sahur pula, nasi dan ayam blackpaper menjadi pilihan saya dan makanan dihantar ke bilik.

3. Facilities yang banyak untuk tetamu

Hotel ini mempunyai kolam infiniti yang dikelilingi pokok palma terbuka yang dibuka sepanjang hari. Malah, bagi mereka yang ingin bersenam boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dengan gimnasium 24 jam yang menampilkan peralatan kardio terkini.

4. Miliki ruang kerja penuhi keperluan nomad

Untuk meningkatkan kerja bersama dan merangsang kreativiti, hotel ini mempunyai dua kawasan pelbagai fungsi yang menarik, The Big Ideas Space dan The Recording Studio, boleh menampung sehingga 30 orang tetamu.

Terletak di tingkat 5, Big Ideas Space menampilkan sofa yang selesa dengan corak warna dan reka bentuk yang berani iaitu hijau lumut, biru pirus dan corak houndstooth dipadankan sebelah-menyebelah.

Meja mesyuarat yang luas menghadap projektor memenuhi keperluan kumpulan tetamu kecil dan nomad digital. Studio Rakaman, yang juga berkongsi tingkat 5 hotel ini, dilengkapi denganTV skrin besar dan pelbagai ruang yang selesa untuk bekerja atau beramah mesra.

INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras ialah properti Meliá kedua yang debut di Malaysia. Meliá Kuala Lumpur ialah hotel dengan 288 bilik mewah di pusat bandar yang telah menerima tetamu sejak 1990.

Harga bilik bermula sekitar RM238++ setiap bilik untuk satu malam termasuk sarapan pagi untuk dua orang dari Mac 2023 – Mei 2023. Untuk tempahan bilik, sila email [email protected] atau hubungi +603 9133 0700.