Menangis adalah cara komunikasi bayi dengan orang dewasa. Tangisan pertama bayi selepas dilahirkan adalah petanda kepada keadaan kesihatan bayi tersebut. Dengan mengenal corak  tangisan bayi ia akan memudahkan ibubapa/penjaga mengenal apakah kehendak atau masalah bagi si bayi tersebut. Berikut adalh corak tangisan bayi yang anda patut tahu :

999

Iskarnival 2019 Cover
HYPE
Mengapa Anda Perlu Terjah Acara Epik Iskarnival Eko 2019 Hujung Minggu Ini
Baca lagi →

1) Menangis Kerana Lapar

Bayi  yang menangis kerana lapar akan menunjukkan respond seperti menggerak-gerakkan tangannya di mulut dan mengangakan mulutnya. Tangisan ini biasanya perlahan dan sekiranya tidak dihiraukan akan menjadi sangat kuat. Sekiranya sudah terlewat kemungkinan bayi akan merajuk dan sudah tidak mahu menyusu lagi

2) Menangis Kerana Marah

Ketika ini bayi akan menangis dengan matanya setengah tertutup dan akan mencari arah-arah tertentu. Mulutnya akan terbuka atau setengah terbuka. Biasanya ton suaranya adalah bermula dari perlahan dan akhirnya nyaring

3) Menangis Kerana Takut

Ketika takut biasanya mata bayi akan terbuka sepanjang waktu. Gerakan matanya akan terbeliak atau memandang sesuatu arah dengan pandangan yang tajam. Bayi ini akan menggerakkan  kepalanya ke belakang. Tangisan biasanya terus kuat.

4) Menangis Kerana Sakit

Bayi akan menangis dengan keadaan matanya tertutup dan terbuka hanya beberapa saat sahaja. Mukanya kelihatan tegang di kawasan mata dan akan mengerutkan keningnya.

Anda Mungkin Suka