Mengembara ke luar negara pastinya memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi apabila melibatkan pertukaran wang asing dengan kadar nilai yang lebih tinggi daripada mata wang Ringgit Malaysia.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Selain daripada kos tiket penerbangan, kos penginapan juga merupakan salah satu faktor yang harus dititik beratkan. Penginapan memainkan peranan yang penting ketika di dalam pengembaraan.

kelebihan-youth-hostel-semasa-travel-1

Ramai beranggapan bahawa penginapan hanyalah tempat untuk tidur sahaja jadi ianya tidaklah perlu diambil kira sangat. Tetapi hakikatnya ianya merupakan salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan juga.

Kebelakangan ini penginapan asrama atau Youth Hostel menjadi pilihan si pengembara. Seluruh destinasi perlancongan di Eropah menawarkan penginapan yang berkonsepkan Youth Hostel.

Kebanyakkan Youth Hostel ini adalah bangunan lama seperti hospital dan sekolah atau pejabat lama ditukar wajah kepada asrama bagi menampung keperluan typology pengunjung masa kini. Antara kebaikan menginap di Youth Hostel adalah:

1. Kedudukan yang strategik

kelebihan-youth-hostel-semasa-travel-3

kelebihan-youth-hostel-semasa-travel-4

Kebanyakkan Youth Hostel ini terletak di kawasan yang amat strategik seperti di sekitar bandar dan pekan. Ianya akan terletak berdekatan dengan lokasi tarikan pelancong.

Selain daripada itu, dicadangakan agar menyimpan alamat penuh asrama tersebut agar mudah dicapai melalui GPS. Ini kerana terdapat hostel yang sukar dicari disebabkan ia telah diselubungi oleh bangunan tinggi dan padat.

Pernah mencari hostel dalam masa hampir 3 jam di Portugal. Walhal sedekat rumah si Ah Tong saje!

Eropah kini banyak menawarkan penginapan berkonsepkan hostel. Ianya merupakan sebuah trend yang baru di dalam dunia pengembaraan. Oleh itu, carilah destinasi pengembaraan dan tentukan dimana lokasi Youth Hostel yang sesuai untuk menginap.

Jangan main book tanpa membuat kajian dan tinjauan di laman web hostel tersebut terlebih dahulu, karang jauh nun di ceruk kampung.

2. Fasiliti yang lengkap

kelebihan-youth-hostel-semasa-travel-5

kelebihan-youth-hostel-semasa-travel-6

Hostel menyediakan fasiliti dan kemudahan lengkap yang termasuk dalam pakej penginapan dengan harga yang berpatutan kepada pelancong. Dari katil sehinggalah dapur untuk memasak.

Ketika di hostel, para pengunjung boleh membasuh dan mengeringkan pakaian di ruangan laundry yang disediakan. Di samping itu juga, terdapat dapur yang disediakan bagi memudahkan para pengunjung untuk menyediakan hidangan masing-masing.

Masak maggi time ini memang terasa kesedapannya babe! Penggunaan dapur ini adalah secara beramai-ramai bersama dengan pelancong yang lain. Ketika masak inilah, kita boleh berkenalan dan berborak dengan pelancong lain.

Rata-ratanya sangat ramah dan ibarat dah kenal lama. Kalau bertukar hidangan itu lagi bagus. Kemudahan wifi secara percuma dan tahap kelajuan yang agak tinggi memudahkan setiap pelancong untuk update status pengembaraan mereka di media sosial. Yang penting UPDATE status.

Baca: 6 Lokasi Luar Negara Yang Anda Boleh Travel Dengan Bajet RM1500

3. Berkenalan dengan kawan baru

kelebihan-youth-hostel-semasa-travel-7

kelebihan-youth-hostel-semasa-travel-8

Kebanyakkan yang menginap di Youth Hostel adalah remaja (dah nama Youth Hostel), walau bagaimanapun terdapat juga pelbagai peringkat umur yang menginap di sini (berjiwa muda!).

Youth Hostel menjadi pilihan di kalangan pengembara muda dan yang berjiwa muda kerana dekorasi yang diketengahkan adalah sangat menarik dan selesa.

Rata-rata yang menginap di sini adalah mereka yang datang daripada pelbagai pelusuk bumi. Mempunyai identiti, kepercayaan, bahasa dan warna kulit yang berbeza namun dipertemukan dibawah satu bumbung! Menarik bukan?

Itulah yang diketengahkan oleh Youth Hostel iaitu kesatuan atau unity! Dan apabila sekembali masing-masing ke hostel setelah seharian berjalan, kebanyakkannya akan berkumpul di ruang lobi dan ruang makan sambil makan dan minum serta berborak.

Ada juga yang akan duduk dan bermain alat muzik dan bernyanyi serta bermain kad atau permainan lain yang disediakan.

Namun harus diingat juga, setiap tempat penginapan mempunyai peraturannya. Begitu juga dengan Youth Hostel di mana pada jam 12.00 tengah malam semua penginap tidak dibenarkan membuat bising.

4. Peluang untuk bekerja

kelebihan-youth-hostel-semasa-travel-9

kelebihan-youth-hostel-semasa-travel-10

Selain sebagai tempat untuk menginap, kebanyakkan yang berkerja di Youth Hostel adalah pelancong atau pengembara itu sendiri.

Mereka menggunakan kesempatan yang ada untuk bekerja bagi menampung sumber kewangan agar dapat mengembara ke destinasi yang seterusnya. Amalan ini sering dilakukan oleh pengembara tegar.

Mereka akan bekerja sebagai pekerja am di Youth Hostel. Agak kreatif bukan? Biasanya pas lawatan yang sah untuk 3 bulan diperlukan untuk bekerja seperti ini.

Sekiranya hampir tamat tempoh sila balik ya! Karang, satu hal pula nak berurusan dengan kedutaan dan imigresen.

Saya pernah berborak dengan seorang gadis Korea ketika menginap di sebuah hostel di Granada, Spain. Beliau telah menginap dan bekerja di situ selama 3 bulan untuk menampung perbelanjaan ke destinasi yang seterusnya iaitu Morroco. Berjiwa kental sungguh minah ni.

Saya bertanya apa yang beliau cari sehingga mengembara dalam tempoh yang lama? Jawapan bersahaja dan ringkas yang saya terima daripada beliau – kepuasan. Tabik spring kat minah Korea ni. Kalau aku banyak nak kena pikir kalau mengembara 3 bulan.

Ingin juga saya ingatkan agar anda yang ingin menginap di Youth Hostel untuk membuat kajian terlebih dahulu kerana terdapat beberapa hostel yang hanya menawarkan penginapan kepada ahli sahaja, dan bukan untuk semua.

Jadi anda digalakkan untuk memohon keahlian di Kesatuan Youth Hostelling International kerana keahlian boleh digunapakai di mana sahaja asalkan hostel itu berdaftar di bawah Youth Hostelling International.

Keahlian ini boleh dipohon secara tahunan atau sepanjang hayat dengan harga yang minimal. Kenapa bayar lebih jika boleh mendapatkan diskaun yang menjimatkan. Selamat menginap!

Baca lagi: ‘Review’ Jujur Pengalaman Menginap Di Chiang Mai Gate Capsule Hostel Di Thailand

Artikel di atas disumbangkan oleh Juliana Langgat. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group