Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan dihadiahkan pemandangan indah pasti membuatkan minda anda berasa tenang. Ketika ini, tidak semua orang sudah mula ingin bercuti kerana masih berasa takut untuk melancong.

Sebenarnya anda tidak perlu takut, jika anda sentiasa amalkan langkah-langkah pencegahan, diri anda akan terlindung daripada sebarang jangkitan. Tidak jauh dari ibu kota, Port Dickson merupakan antara destinasi pilihan ramai kerana memiliki pantai yang bersih dan cantik.

malam

IMG_1103

Pernah atau tidak anda mendengar akan penginapan mewah Lexis Hibiscus, Port Dickson? Kami telah berkunjung ke Lexis Hibiscus untuk merasai sendiri pengalaman menginap di sini ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Kami akan kongsikan 4 sebab utama anda perlu ke Lexis Hibiscus tanpa perlu berasa bimbang dan anda akan menyesal jika tidak berkunjung ke sini. Ayuh kita mulakan!

1. Patuh SOP

IMG_1104

daftar

Sebelum masuk ke dalam premis, seperti biasa suhu akan diambil dan perlu scan barcode. Perlu diingatkan bahawa anda mesti memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan hotel kerana wajib.

photo_2020-08-23_19-06-43

Untuk kaunter pula, hanya seorang dibenarkan untuk berurusan dan penjarakkan sosial dititik beratkan. Kalau anda tiada handsanitizer, jangan risau kerana di sekitar tempat penginapan turut disediakan.

2. Bilik yang luas

bilik

IMG_9136

Kami telah memilih penginapan jenis Sky Pool Villa. Jujur kami katakan, biliknya sangat luas dimana hadir dengan dua katil King, TV, Sofa, meja dan banyak lagi. Semestinya bilik yang luas akan memberikan keselesaan untuk pengunjungnya.

Untuk pengetahuan anda, bilik jenis Sky Pool Villa berada di tower dimana anda dapat melihat pemandangan lautan dan penginapan di bawah dari atas.

photo_2020-08-23_19-06-48

photo_2020-08-23_19-06-51

photo_2020-08-23_19-06-45

3. Kolam renang ‘private’

‘Highlight’ untuk Lexis Hibiscus ini adalah kerana anda dapat kolam renang anda sendiri. Memang sesuai untuk bersuka ria bersama keluarga mahupun rakan secara privasi.

1.1

1.2

Sudah sejuk mandi kolam, boleh panaskan badan dengan sauna. Memang best! Tidak puas dengan kolam dalam bilik? Boleh mandi di kolam besar di bawah tetapi disebabkan PKPP, kolam renang awam masih tidak dibuka.

4. Facilities yang banyak

IMG_0991

IMG_4770

Sudah berada di Port Dickson takkan tidak mahu ke pantai, bukan? Jangan risau kerana ada pantai persendirian di sini. Malah, anda juga boleh menaiki basikal bersiar-siar sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

IMG_0982

IMG_1117

Sebenarnya banyak facilities yang ada di sini, antaranya restoran, game room, pusat karaoke, gym, Kidz World dan lain-lain. Kiranya anda tidak akan bosan apabila berada di sini.

Menang penginapan mewah secara PERCUMA

Mesti anda terasa teringin untuk menginap di Lexis Hibiscus ini, bukan? Anda sebenarnya berpeluang untuk menginap secara percuma!

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-63, Halo Telco ingin beri anda peluang menangi hadiah ‘awesome’ iaitu penginapan mewah  2 hari 1 malam di Lexis Hibiscus Port Dickson atau Lexis Suites Penang.

photo_2020-08-06_22-26-52

Mudah sahaja untuk menangi hadiah tersebut.

Pertama, hanya ikut Halo Telco di Facebook mereka.

Kedua, untuk dapat peluang lebih besar, anda perlu guna Halo Telco dan tambah nilai minimum RM30 atau RM50 dan melanggan Pelan M6 atau M10 menerusi aplikasi Halo Go.

Halo Telco akan buat live setiap hari untuk lakukan cabutan bertuah. Difahamkan, setiap hari satu pemenang akan dipilih.

Untuk pengetahuan anda, peraduan dan tempoh cabutan ini bermula pada 1 Julai 2020 dan akan berakhir pada 30 September 2020. Tunggu apa lagi?

Inilah masanya untuk anda rasai sendiri pengalaman menginap di penginapan mewah dan eksklusif ini. Selamat mencuba.

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa penginapan yang sesuai untuk ‘staycation’. Klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

7 Resort Dengan Kolam Renang Di Selangor Untuk Percutian Beramai-Ramai

5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC

Penginapan Unik Airbnb Di Pulau Pinang Tawar Gelongsor Dan ‘Hammocks’ Ini Curi Perhatian Netizen