Bermula sebagai sebuah syarikat e-hailing, Grab nampaknya berjaya menjadi syarikat e-hailing pilihan pengguna sekitar Asia Tenggara. Jumlah pelaburan yang diterima secara tidak langsung berjaya membuka peluang buat syarikat ini melebarkan sayap serta menawarkan cabang servis yang lebih banyak buat pengguna.

Terbaru, Grab Singapura telah mengumumkan penawaran empat servis terbaru khusus buat warga Singapura. Penawaran servis ini secara tidak langsung memberi gambaran syarikat ini bakal turut menawarkannya di beberapa negara lain kelak. Berikut merupakan empat servis terbaru yang ditawarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1. Tempahan hotel

Bersempena dengan kerjasama yang dijalinkan Grab bersama Booking sebelum ini, para pengguna di Singapura kini berpeluang membuat tempahan hotel secara terus melalui aplikasi Grab. Lebih menarik, segala tempahan bakal disertakan dengan GrabRewards dan pembayaran boleh dilakukan menggunakan GrabPay.

2. Penstriman video

Siapa sangka syarikat e-hailing ini bakal turut menawarkan servis penstriman video buat para pengguna. Melalui langganan HOOQ, pengguna Grab bakal turut menerima langganan percuma selama dua bulan melalui penggunaan aplikasi yang sama.

3. Tempahan tiket wayang
Sumber: SGSME.SG

Bayangkan dengan sebuah aplikasi, pengguna Grab di Singapura kini turut berpeluang menempah tiket wayang secara terus. Penawaran servis ini berjaya dilakukan setelah Grab menjalin kerjasama bersama BookMyShow.

4. Merancang perjalanan melaui pengangkutan awam

Melalui servis terbaru ini pengguna Grab di Singapura berpeluang merancang perjalanan dengan lebih mudah melalui penggunaan pengangkutan awam. Servis ini bakal mula ditawarkan seawal minggu ini.

Difahamkan kesemua servis ini tidak berjaya dilakukan sekiranya Grab tidak menjalin kerjasama bersama syarikat luar. Untuk pengetahuan, kerjasama yang dibuat ini berikutan syarikat luar yang berjimat untuk melabur kepada Grab yang secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka menawarkan servis mereka bersama.