Mendapatkan smartphone yang berteknologi tinggi serta dilengkapi dengan skrin yang memuaskan dan kamera yang mantap mungkin sesuatu yang mudah. Dalam pada itu, mendapatkan pilihan yang terbaik sesuai dengan bajet RM899 dan kebawah mungkin membuatkan anda buntu. Lebih-lebih lagi sekiranya anda tinggal di kawasan yang jauh daripada bandar dimana gajet-gajet ini dijual dengan harga yang sedikit mahal.

Mujur kini ada Lazada. Nak dapatkan barangan yang diingini lebih mudah dicapai selepas beberapa hari pembayaran dibuat. Buat anda yang sedang bercadang untuk mendapatkan smartphone terbaru, kami ada berita baik buat anda kerana kini terdapat beberapa barangan yang ditawarkan secara sale ketika ini.

1.Huawei Honor 7 Enchanced

Huawei-Honor-7-1

Untuk memudahkan anda membuat pilihan, kami telah mengkelaskan beberapa jenama mampu milik yang anda boleh dapatkan berdasarkan bajet anda. Dengan harga penawaran dibawah RM899 ketika ini, Huawei Honor 7 Enchanced merupakan smartphone Huawei yang sesuai dengan bajet anda.

Dari segi spesifikasi, boleh saya katakan smartphone Huawei Honor 7 Enchanced ini dilengkapi pakej yang lengkap. Penggunaan processor Kirin 935 digandingkan bersama RAM 3 GB sudah cukup untuk memastikan anda dapat mengakses aplikasi kegunaan harian seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram dengan lancar. Ruang storan model ini juga dilengkapi 32 GB memori tersedia.

Meskipun tidak dilengkapi dengan teknologi Leica seperti Huawei P9 dan P10, penyertaan kamera 20-megapixel dibahagian belakang sudah cukup untuk memastikan anda mendapatkan gambar yang terang dan jelas disetiap foto yang diambil.

Kamera hadapan Huawei Honor 7 Enchanced pula dilengkapi dengan kamera 8-megapixel beserta soft light untuk membuatkan selfie anda tampil lebih sharp dan cerah. Berikut merupakan antara gambar yang diambil menggunakan Huawei Honor 7 Enchanced.

hdr
Sumber: PhoneRadar
hdr
Sumber: PhoneRadar
dav
Sumber: PhoneRadar
hdr
Sumber: PhoneRadar

Penggunaan Skrin 5.2-inci FHD berjaya membuatkan model ini kelihatan tidak terlalu kecil namun tidak terlalu besar. Dalam pada itu, penyertaan bateri 3100 mAh sudah cukup untuk memastikan model ini mampu digunakan untuk kegunaan dengan satu pengecasan penuh.

Penyediaan fingerprint scanner juga secara tidak langsung berjaya membuatkan smartphone anda tampil premium dengan kemasan logam yang hadir dengan 3 warna iaitu space grey, silver dan gold. Smartphone yang dulunya ditawarkan dengan harga mencecah 4 angka kini boleh didapati dengan harga promosi di sini.

2. Xiaomi Redmi Note 4

redmi-note-4-2

Sudah menjadi kemestian untuk meletakkan jenama mampu milik ini disetiap senarai smartphone berbaloi untuk didapatkan. Bukan sahaja kerana harganya yang rendah, malah spesifikasi yang ditawarkan juga sangat berbaloi berbanding jenama-jenama yang lain.

Penggunaan Snapdragon 625 sudah cukup memadai bagi pendapat kami memandangkan cip ini disertakan dengan teknologi penyejukan dimana bakal membuatkan Xiaomi Redmi Note 4 tidak mudah panas. Dari segi prestasi, Snapdragon 625 berjaya untuk menjalankan task harian dengan baik dan lancar.

Screen-Shot-2017-03-10-at-11.33.14-AM

xiaomi-redmi-note-4-4-e1489117056810-1200×890

Xiaomi Redmi Note 4 mungkin bukanlah smartphone dengan kamera terbaik jika dibandingkan bersama smartphone lain yang mencecah ribuan ringgit. Namun sesuai dengan harganya, kamera 13-megapixel dan 5-megapixel di bahagian hadapan sudah cukup buat anda yang mahu mendapatkan imej yang jelas untuk dimuat naik ke media sosial. Berikut merupakan sampel gambar daripada Xiaomi Redmi Note 4.

xiaomi-redmi-note-4-camera-7

xiaomi-redmi-note-4-camera-5

xiaomi-redmi-note-4-camera-6

Salah satu kelebihan utama Xiaomi Redmi Note 4 yang paling kami gemar adalah penyediaan kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 4100mAh. Ditambah pula dengan saiz skrin yang bersaiz 5.5-inci, Xiaomi Redmi Note 4 berjaya menjadi antara smartphone yang terbaik dan puas untuk digunakan. Kini Lazada sedang mengadakan promosi model ini dan anda boleh dapatkannya dengan harga RM675 sahaja. Klik di sini untuk mendapatkannya.

3. Oppo A37

57286

Sekiranya dua smartphone yang dibincangkan awal tadi lebih memfokuskan kepada spesifikasi, Oppo A37 pula berjaya menawarkan kelebihan dari segi kamera hadapannya khusus buat selfie. Buat anda kaki selfie diluar sana yang sedang mencari smartphone dengan harga berpatutan, Oppo A37 antara smartphone yang ada boleh pertimbangkan.

Dalam pada itu, Oppo nampaknya turut memberi fokus kepada kamera utamanya dibahagian belakang. Berikut merupakan sampel gambar yang diambil editor kami menggunakan Oppo A37.

1-7

6-3

IMG20161209123331

11
gambar yang diambil menggunakan kamera hadapan Oppo A37

Hadir dengan skrin yang comel bersaiz 5-inci serta badan berwarna pink, kami yakin ini smartphone yang para wanita di luar sana mahukan. Dengan harga dibawah RM600, ini smartphone yang terbaik anda boleh pertimbangkan sekiranya penggunaan kamera antara yang menjadi keutamaan anda. Klik di sini untuk mendapatkannya melalui harga promosi.

Buat anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Oppo A37, anda boleh klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar yang diambil menggunakan model harga mampu milik ini.

Baca lagi: Tidak Semahal iPhone, Kamera Oppo A37 Masih Mampu Berikan Hasil Yang Hebat

4. Xiaomi Redmi 4X

maxresdefault (1)

Smartphone terakhir dan kedua Xiaomi di dalam senarai kami adalah Xiaomi Redmi 4X. Model ini mungkin bukanlah smartphone tercanggih atau paling premium memandangkan harga penjualannya juga boleh dikatakan mampu milik dan sesuai untuk majoriti pengguna. Smartphone ini juga merupakan smartphone dengan harga paling rendah di dalam senarai kami.

Dalam pada itu, dengan penggunaan material yang baik, sedap dipegang serta penyertaan pengimbas cap jari sudah cukup untuk anda mempertimbangkan mendapatkan smartphone Xiaomi ini.

Xiaomi turut menawarkan beberapa warna menarik khusus buat para pengguna. Berikut merupakan antara warna yang dikeluarkan Xiaomi buat Xiaomi Redmi 4X. Warna hitam tampil mengancam manakala warna emas tampak elegant pada pendapat kami.

1488439349860906

Xiaomi-Redmi-4X-3

Golongan yang paling perlukan smartphone ini sudah pastinya mereka yang mahukan ketahanan bateri yang lama. Manakan tidak, dengan saiz smartphone yang kompak beserta skrin bersaiz 5.0-inci ini, Xiaomi berjaya memuatkan bateri dengan saiz 4100mAh. Lebih besar berbanding beberapa smartphone flagship terkemuka.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi Redmi 4X juga merupakan model dengan harga terendah di dalam senarai yang kami keluarkan ini. Sebelum ini dijual dengan harga mencecah RM700, kini anda boleh dapatkan model ini dengan harga serendah RM539 sahaja di sini. Sebelum membeli, kami cadangkan anda baca review lengkap mengenai Xiaomi Redmi 4X di sini terlebih dahulu.

Smartphone manakah yang paling sesuai buat anda?

Sekiranya anda sedang mencari smartphone terbaru dan sudah membaca sehingga ke sini, kemungkinan anda masih buntu untuk mencari smartphone yang terbaik buat anda. Berikut merupakan cadangan kami buat anda.

Sekiranya anda seorang kerap mengambil gambar khususnya selfie, serta mahukan rekaan smartphone seakan iPhone, nipis serta harga mampu milik, Oppo A37 antara yang boleh pertimbangkan.

Xiaomi-Redmi-4X-vs-Meizu-M5S-1
Xiaomi Redmi 4X

Buat anda yang kurang gemar dengan smartphone bersaiz besar serta harga dan ketahanan bateri yang menjadi fokus utama anda, Xiaomi Redmi 4X mungkin smartphone yang cari-cari selama ini.

Huawei Honor 7 Enchanced dan Xiaomi Redmi Note 4 masing-masing berkongsi kelebihan yang sama iaitu dari segi spesifikasi. Huawei Honor 7 Enchanced tampak lebih lengkap dengan spesifikasi dan kualiti kamera yang ditawarkan manakala Xiaomi Redmi Note 4 pula tampil sebagai smartphone yang lebih dominen dibahagian skrin dan bateri.

huawei-honor-7-review-7

Dari segi harga, Xiaomi Redmi Note 4 lebih berbaloi dengan harga penjualan RM653 sahaja berbanding Huawei Honor 7 Enchanced yang ditawarkan dengan harga RM805. Oh ya, kesemua smartphone yang kami senaraikan ini masing-masing boleh didapati di Lazada dengan harga promosi serta waranti khusus daripada pengeluar jenama di Malaysia.

Ada lagi smartphone yang anda rasa patut tersenarai di dalam senarai ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.