Sebelum ini, kebanyakan jemaah haji yang hadir ke Madinah terpaksa mengharungi musim panas yang mana suhunya agak tinggi. Jadi demi menjaga keselamatan dan kesihatan para jemaah, Kementerian Kewangan Arab Saudi telah mengarahkan sebuah syarikat pembinaan terbesar di negara ini iaitu Saudi Binladin Group (SBG) untuk melakukan sesuatu.

Mereka telah bekerjasama dengan beberapa buah syarikat besar dari seluruh dunia untuk menghasilkan sebuah payung gergasi yang kini menjadi salah satu mercu tanda bagi Masjid Nabawi ini.

Antaranya adalah:

1. Sebuah syarikat fabrik dari Switzerland, SEFAR Architecture telah menyediakan fabrik jenis PTFE yang mampu menahan haba terlalu panas dan sejuk, sinaran UV, angin yang kuat, pudarnya warna asal dan kalis api.

Pada awalnya mereka memilih untuk menggunakan fabrik berwarna putih, namun atas beberapa faktor ia ditukar ke warna seakan pasir. Hasil teduhan fabrik ini sekurangnya mampu mengurangkan hampir 8 darjah celsius dari suhu asal.

payung-masjid-madinah-2

2. Payung gergasi itu pula dibekalkan oleh dua buah syarikat besar iaitu Liebherr dari Jerman dan Taiyo Kogyo dari Jepun.

Antara kepakaran syarikat Liebherr ini adalah membuat enjin kapal terbang, mereka landasan kereta api dan pembuat kren-kren besar sama ada di darat mahupun di lautan. Ada banyak lagi. Memang power.

Syarikat Taiyo Kogyo ini pula antara yang menyumbang dalam membina sebuah stadium di Jepun untuk Kejohanan Piala Dunia 2002. Bumbung penutup di Stesen Monorel Kuala Lumpur, mereka jugalah yang bekalkan.

https://www.instagram.com/p/BcmqRNxnzqn/?taken-by=izuddinhelmi

3. Arkitek dan jurutera yang bertanggungjawab dalam pembinaan ini adalah syarikat SL Rasch GmbH dari Jerman. Untuk pengetahuan kalian, mereka bukan hanya membina payung gergasi ini saja, bahkan kubah bergerak di Masjid Nabawi dan jam besar yang berada di Menara Jam Mekah (merupakan jam terbesar di dunia).

Jika nak tahu, mereka juga ada membina payung gergasi sebegini di tempat lain seperti Texas dan Terminal Diraja di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Namun payung di Masjid Nabawi ini adalah yang terbesar yang pernah mereka bina dengan lebar 25.5 meter ketika dibuka dan 15 meter tinggi.

Projek besar yang dititahkan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz ini menelan kos sebanyak 4.7 bilion riyal. Selesai dengan sempurna pada November 2010 dengan jumlah 250 buah belaka.

Jika dibuka semuanya, ia mampu meneduhkan 143,000 meter persegi kawasan dari terkena sinaran matahari dan hujan.

payung-masjid-madinah-1

Yang lebih mengagumkan adalah teknologi ini memastikan payung dibuka dan ditutup secara senyap supaya tidak mengganggu para jemaah untuk beribadat. Sebab itulah ramai jemaah yang tak perasan. Ia hanya memakan masa 3 minit untuk mekar mengembang seperti sekuntum bunga di pagi hari. Fuh.

Proses membuka dan menutup payung gergasi ini dibuat mengikut jadual bagi mengelakkan berlakunya perlanggaran. Jika kau nak tanya bilakah biasanya ia dibuka, aku pun tak tahu. Kahkah. Cuma yang pastinya adalah ketika panas terik, sejuk menggigil, hujan dan ribut pasir.

Itulah.

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.
(Sumber: Architect Magazine)