Jodoh, ajal dan pertemuan ditentukan oleh yang Maha Esa. Kita hanya merancang, dia lebih mengetahui segalanya. Baru-baru ini viral mengenai peminat yang berkahwin dengan cinta hati, artis kesayangannya.

Seorang peminat tegar yang dikenali sebagai Uffri Datun Nitami menjadi bualan ramai terutamanya di Indonesia kerana bernikah dengan artis pujaannya, Evan Marvino setelah 4 tahun ‘bertungkus lumus’ mendekati idola tersebut sejak tahun 2015 melalui Direct Message (DM) di Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@evantami1/video/7163838766866631963?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7153108915672352258

Malah, ramai warganet berasa cemburu dengan kisah percintaan seorang peminat yang berjaya menawan hati idola kesayangan sehingga kecoh di media sosial.

Walaupun Evan tidak pernah membalas DM Uffri, Uffri tetap menghantar pesanan di DM Instagram tanpa henti untuk memberi sokongan walaupun mengetahui Evan mempunyai teman wanita ketika itu.

Sementara itu, Evan tidak pernah terdetik sedikit pun untuk membuka DM daripada peminat, tetapi suatu hari Evan terbuka hati untuk membuka DM Uffri dan membalasnya.

Bukan itu sahaja, Evan juga meluahkan rasa ‘sakitnya’ atau sesi ‘curhat’ kepada Uffri selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Menurut sumber, mereka melakukan solat istikharah sebelum berkahwin dan akhirnya menjadi sesi taaruf. Evan menyiarkan gambar bersama Uffri di Instagram pada Januari 2021, diikuti dengan pengumuman mengejutkan bahawa dia akan membina masjid dengan Uffri.

Selain itu, Evan dikatakan pertama kali bertemu keluarga Uffri di Aceh pada 13 Januari 2021, sebelum berkahwin. Evan akhirnya terdetik untuk menghalalkan Uffri sebagai isteri pada 15 Januari 2021. Sementara itu, pasangan ‘peminat dan idola’ tersebut dikurniakan anak perempuan yang bernama Hawa Chana Alvina.