Kata orang, kadangkala cinta membuatkan seseorang hilang pertimbangan dan sanggup melakukan apa sahaja. Walau bagaimanapun, lelaki di Hangzhou, China ini melalui sebuah pengalaman yang mengejutkan ramai apabila baru sahaja ketahui sudah tinggal serumah bersama ‘teman wanitanya’ selama tiga tahun.

Segalanya bermula apabila Lu (bukan nama sebenar) yang berusia 28 tahun mulai mengenal seorang wanita, Yang (bukan nama sebenar) di internet menerusi laman penjualan barangan terpakai pada September 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screenshot-2021-08-29-at-11.32.46-AM (1)
Sumber: the paper

Perkenalan mereka seterusnya menjadi semakin akrab sehinggalah pada November 2017, Yang memaklumkan bahawa keluarganya memaksa beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak pernah beliau temui membuatkan beliau mahu lari dari rumah.

Demi cinta dan mahu membantu Yang, Lu sanggup ke tempat Yang di mana perjalanan tersebut memakan masa sehingga lima jam dengan jarak 400km. Walau bagaimanapun, segala harapan untuk bertemu Yang menjadi sia-sia kerana mereka tidak berjaya bertemu walaupun Lu menetap di bandar tersebut selama sebulan.

Muncul seorang ‘mak cik’ yang mahu membantu

Walau bagaimanapun, beliau berjaya menemui seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai mak cik kepada Yang bernama Xu. Xu memaklumkan Yang memilih untuk tidak lari dari rumah selepas pihak keluarganya bersetuju untuk Yang tidak meneruskan perkahwinan.

Lu kembali pulang ke rumahnya di Hangzhou selepas perkhabaran tersebut. Beliau memilih untuk ke bandar Fuyang sekali lagi untuk bertemu Yang pada Mac 2018. Walau bagaimanapun, usaha untuk bertemu kekasih hati sia-sia sekali lagi.

Xu, mak cik kepada Yang kemudiannya mahu berpindah ke daerah Hangzhou untuk membangunkan bisnes barangan terpakai. Bagi memudahkan urusan, Lu bersetuju membenarkan Xu menetap di rumah yang sama.

Screenshot-2021-08-29-at-11.46.20-AM
Rakaman gambar bisnes yang dibangunkan Lu. Sumber: the paper
Screenshot-2021-08-29-at-11.51.35-AM
Jumlah transaksi yang dikeluarkan untuk ‘tabung perkahwinan’. Sumber: the paper

‘Percintaan’ Lu dan Yang berjalan seperti biasa secara maya sehinggakan Lu sanggup memberikan wang kepada Yang untuk disimpan dalam ‘tabung perkahwinan’ mereka nanti.

Rahsia terbongkar kerana WeChat

Screenshot-2021-08-29-at-11.22.02-AM
Wajah sebenar Xu. Sumber: the paper

Muslihat yang dirangka sejak 2017 akhirnya terjawab pada 20 Ogos tahun ini apabila Lu membantu Xu menggantikan cover pada telefon pintar beliau. Telefon pintar beliau yang pada ketika itu dalam keadaan unlocked memudahkan Lu untuk menyemak secara diam mesej yang anda pada aplikasi WeChat.

Alangkah terkejut Lu apabila mendapati Xu merupakan ‘teman wanitanya’ selama ini. Malah, Xu yang berusia 46 tahun didapati turut memperdaya beberapa lelaki yang lain. Beliau juga turut mendapati Yang dan Xu mempunyai suara yang sama.

Screenshot-2021-08-29-at-12.13.34-PM
Lu yang berbaju putih membuat laporan polis. Sumber: the paper

Xu akhirnya mengesahkan bahawa Yang merupakan watak yang ‘dicipta’ beliau dan mengakui sudah membelanjakan wang ‘tabung perkahwinan’ yang dihantar Lu.

Screenshot-2021-08-29-at-12.26.07-PM
Sumber: the paper

Xu dilaporkan telah ditahan pihak polis di mana kes beliau masih lagi dalam siasatan sehingga kini. Lebih mengejutkan ramai, berdasarkan siasatan polis menerusi mesej Xu di laman WeChat, tidak ada lelaki yang dihubungi beliau sedar dengan penipuan yang beliau jalankan sebelum ini.

Difahamkan penampilan Xu selepas bersolek dan menggunakan filter kamera nyata sangat berbeza dengan wajah sebenar beliau. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua bahawa sesiapa sahaja boleh menyamar menjadi orang lain di media sosial.

Tular pada minggu ini apabila atlet China mempertikai kualiti pingat keluaran Jepun pada Olimpik 2020 selepas didapati mengelupas selepas sebulan.

Mengelupas Tidak Sampai Sebulan, Atlet China Kongsi Kualiti Pingat Olimpik 2020

Dakwa Mampu Tingkat Ekonomi, Timbalan Menteri Cadang Kerajaan Pertimbang Penanaman Ketum Dan Hemp

Singapura Akhirnya Izinkan Jururawat Muslimah Pakai Tudung