Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dalam mencari seseorang yang dapat melengkapi hidup kita, mestilah kita akan cari seseorang yang sudi mendengar segala coretan dan rintihan kita kan?

Tetapi lama-kelamaan jika kita mendapati pasangan kita berubah menjadi seseorang yang kita tidak kenali, maka ia adalah tanda bahawa selama ini anda berkemungkinan besar telah menjalin hubungan bersama seorang yang psikopat.

Apabila bercakap mengenai psikopat, mesti ramai yang akan kaitkan dengan pembunuh bersiri di dalam filem-filem bukan? Jadi apa itu psikopat?

Psikopat adalah merupakan individu yang mengalami sakit jiwa atau mental yang tidak seimbang sehingga boleh menyebabkan tingkah laku tidak normal atau pun agresif.

Seorang psikopat tidak semestinya perlu menjadi pembunuh, malah mereka ini dapat menjalani hidup seperti orang biasa.

Jadi bagaimana kita hendak tahu jika si dia adalah seorang psikopat? Berikut kami senaraikan tanda-tanda jika pasangan anda berkemungkinan seorang psikopat yang perlu anda tahu.

1. Sering Berbohong

Seorang psikopat sering berbohong dan akan sering memutarbelitkan sesuatu cerita demi tujuan tertentu. Beliau akan sering menggunakan kata-kata yang tidak konsisten dan sikap mereka juga akan berubah-ubah.

8-tanda-tersembunyi-pasangan-berbohong-saat-dikonfrontasi

Sumber: Merdeka.com

Jika anda dapati yang anda sedang menjalinkan hubungan bersama seorang yang sering berbohong dan tidak rasa bersalah apabila anda sudah mengetahui perkara yang sebenar, maka beliau boleh jadi seorang yang psikopat.

2. Bersifat Narsasis

Apa itu narsisisme? Narsisisme merupakan sesuatu keadaan apabila seseorang itu terlalu memuja dan mengagumi diri mereka sendiri. Malah seorang narsasis sukar untuk menerima keadaan yang sebenar jika ia tidak berpihak kepada diri mereka.

Selain itu, terdapat satu kajian menunjukkan lelaki yang suka bergambar dan mengambil masa yang lama untuk menyunting (edit) gambar mereka juga turut menunjukkan sifat terlalu kagum dengan diri sendiri serta narsasisme.

Walaupun bukan semua narsasis merupakan seorang yang sosiopatik di mana seorang sosiopatik tidak akan bertindak mengikut emosi berbanding dengan psikopat.

Oleh yang demikian, sesetengah psikopat lebih cenderung menilai dirinya lebih baik dari orang lain, mereka sering fikir mereka bagus dan bersifat bongkak.

3. Bersikap Posesif

41491119262_DomesticViolence

Sumber: Astro Awani

Pernah tak pasangan anda bersikap terlampau cemburu walaupun anda cuma sedang bercakap dengan kawan lelaki? Jika jawapan anda pernah maka pasangan anda mungkin bersikap posesif.

Antara tanda yang mungkin anda perlu lihat apabila bersama dengan pasangan yang psikopat adalah apabila mereka bersikap posesif. Sesetengah mungkin berpendapat bahawa cemburu bermaksud seseorang itu sayang tetapi bagi pasangan yang psikopat, mereka memiliki sifat cemburu yang berlebihan.

Jika anda mendapati pasangan anda bersikap posesif hingga melebihi batas maka dinasihatkan supaya anda berhati-hati atau hubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

4. Selalu Menyalahkan Diri Orang Lain

852081_720

Sumber: Gaya Tempo

Seorang psikopat tidak akan pernah mengaku kesalahan mereka, mereka sering fikir yang mereka berkuasa di dalam hubungan tersebut.

Beliau akan membuatkan anda rasa serba salah atas kesalahan yang mereka buat. Perbuatan ini bukan sahaja dapat dilihat di dalam hubungan peribadi malah di tempat kerja dan di kalangan masyarakat juga sudah tersedia ada cuma perbezaan yang dapat kita rungkaikan adalah jika anda mengetahui tentangnya atau tidak.

Walaupun begitu, sesetengah pasangan yang psikopat sering dilihat mempunyai cara mereka tersendiri untuk menghargai hubungan mereka.

Bukan semua orang boleh bersabar dengan pasangan yang bersikap psikopat, namun dengan bantuan sesi terapi, pasangan psikopat tersebut dapat berubah ke arah yang lebih baik serta mempunyai peluang yang lebih besar untuk menjayakan hubungan mereka yang seterusnya.

Namun, jika anda telah disakiti dan berharap agar pasangan anda untuk berubah ke arah lebih baik, jangan harap. Segeralah laporkan kepada pihak berkuasa dan ambil tindakan undang-undang jika beliau bertindak agresif dan fizikal terhadap diri anda.

Mari kita baca pula artikel yang ‘trending’ minggu ini di The Vocket pada pautan di bawah.

Lebih 10 Tahun Menyepi, ‘Comeback’ Azwan Ali Dengan Imej Serba Baru Terima Pujian Netizen

“Bertongkat Itu Sunnah Nabi” – Niat Suhaimi Saad Untuk Bertongkat Kini Tercapai

Jam G-SHOCK ‘Belanjawan 2021’ Tengku Zafrul Kini Jadi Buruan

Anda Mungkin Suka