Pada hujung tahun, pastinya memang banyak sales yang memang boleh menipiskan iman dan poket. Sales 11.11, Black Friday, Cyber Monday, 12.12 dan banyak lagilah! Memang main pilih sahaja barang masuk dalam cart! Barang lama pun tidak habis guna lagi, sudah tambah barang lain.

Sedar-sedar, rumah pun sudah tiada space dan bersepah! Anda pula pening sebab tiada masa untuk mengemas. Ada ke antara anda yang macam ini? Jangan risau, kami kongsikan sikit tips mudah untuk kemas rumah yang banyak barang.

Fokus kemas satu-satu bilik

giphy

Kalau rumah anda jenis ada stor untuk simpan barang, tiada masalah. Tapi untuk anda yang tiada stor dan main longgok sahaja barang dalam mana-mana bilik yang ada space, memang lama-lama nampak macam gudang bilik anda itu!

Untuk permulaan, anda kena fokus kemas satu-satu bilik. Mula dengan bilik yang paling banyak barang. Bukan apa, kalau anda kemas semua bilik dalam masa 1 hari, takut sekerat jalan, anda sudah letih dan tidak ada mood untuk sambung kemas. Kemudian, rumah pun makin bersepah!

Lepas guna, simpan barang di tempat asal..

giphy-2

Yang ini pun penting. Katakanlah anda beli vacuum cleaner, first day beli memang excited nak terus pakai dan vacuum satu rumah. Tapi esok lusa lepas pakai, terus biar sahaja di ruang tamu dengan alasan, “ala., esok mahu guna lagi, buat apa simpan dalam kotak”.

Memang sampai ke sudahlah vacuum itu bertapa di ruang tamu anda. Seeloknya lepas guna, terus simpan dalam kotak ataupun dalam stor. Bila bertangguh, lagilah malas.

Jangan simpan barang yang sudah rosak!

giphy-3

Yang ini memang penyakit ramai orang. Beli alatan senaman lepas itu bila sudah rosak atau tidak guna, anda buang sahaja dalam stor. Kononnya esok lusa ingin repair dan boleh guna balik. Tapi percayalah, sudahnya barang anda yang rosak itu kumpul habuk sahajalah.

Lepas itu apabila ada sales, anda beli pula yang baru dan barang yang lama masih tidak berbuang. Sayang katanya, kan membazir itu!

Beli satu barang, jual satu barang

giphy-4

Bagi kami, cara inilah yang paling efektif sekali. Apa kata anda jadikan satu habit, setiap kali beli barang yang mahal seperti perabot, smartphone, laptop, kamera, beg tangan dan macam-macam lagi barang berharga, anda kena let go atau jual satu barang yang anda ada.

Bukan sahaja space anda dapat dijimatkan, tapi duit pun boleh masuk poket balik! Bolehlah shopping bila ada sales lain pula.

Bak kata Mudah.my “Kena Sales? Kena Sell”

Dengan lambakan online sales yang melanda seluruh dunia beberapa bulan lepas, memang hujung bulan tinggal habuk sahaja dalam akaun bank. Samalah macam tuan rumah yang sudah pokai sampai nak beli gula-gula pun tidak mampu!

Jangan bimbang, Mudah.my ada penyelesaiannya!

Masthead-01-630×250

Baru-baru ini, Mudah.my telah melancarkan kempen “Kena Sales? Kena Sell!’ yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia menjual barangan yang mereka tidak lagi perlukan atau gunakan secara dalam talian.

Screenshot_20191219-110944-630×250

Bukan itu sahaja, Kena Sales? Kena Sell! juga turut menawarkan kepada pengguna cara untuk dapatkan kembali wang yang dibelanjakan, disamping memberi ruang untuk anda membuat pembelian baru dan mengemas rumah dengan lebih efisyen!

Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk anda jual barang-barang yang sudah tidak digunakan sambil boleh tambah duit poket di Mudah.my. Jom muat turun aplikasi Mudah.my hari ini di Google Play atau App Store.

Untuk maklumat lanjut tentang platform Mudah.my, layari laman web Mudah.my atau Facebook page mereka. Jual sahaja di Mudah.my. Rumah kemas, duit pun dapat! Semua pun mudah!

Itu tip untuk berjimat, kami senaraikan beberapa tip ‘life hacks’ untuk anda gunakan dalam kehidupan anda. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ini Tip Penting Dan Mudah Penjagaan Laptop Supaya Tahan Lebih Lama

Ini Cara Baiki Kipas Seperti Baharu Bermodalkan Bawah RM10

Ini ‘Bahan Rahsia’ Hilangkan Kotoran Degil Pada Kasut