Tiada tips khusus maha dahsyat yang boleh kakak perincikan di sini, tetapi ada beberapa ciri-ciri yang boleh diutamakan dan diberikan perhatian oleh para ibu bapa sebelum memilih pra-sekolah (tadika) bersesuaian.

Kakak senaraikan ini adalah berdasarkan pengalaman bersama anak teruna si II, maka keserasian dan kesesuaian yang dirasakan perlu sahajalah boleh anda ikuti ya?

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

1. Utamakan keupayaan dan kecenderungan anak.

Gambar: Mama At Work

Gambar: Mama At Work

Maksudnya mudah. Bertanya terus kepada anak sama ada apakah yang dia mahu belajar atau peroleh daripada senarai tadika yang kita ada untuknya.

Menyedari sikap ibu bapa yang terkadang tiada punya pilihan lain tetapi terpaksa ‘bereksperimen’, justeru ya anda boleh memilih bagi pihak mereka.

Tetapi sentiasa tanya adakah mereka seronok/bahagia/selesa di tadika tersebut. Kemestian yang tidak boleh dipandang ringan.

2. Pendekatan play-based learning.

Gambar: Safari Kid Asia

Gambar: Safari Kid Asia

Tiada salahnya memilih tadika yang mengketengahkan pendekatan play-based learning untuk kemasukan umur 3/4/5 tahun sekalipun.

Perlu diingat bahawa fitrah anak-anak itu bermain. Kalaupun tadika yang anda pilih dan suka, mahupun anak anda pilih dan suka itu tidak langsung berteraskan akademik, let him/her be and choose.

They will learn eventually walaupun berada di tadika yang menggunakan pendekatan sebegini. Percayalah!

3. Lokasi pra-sekolah.

Gambar: Dieyana

Gambar: Dieyana

Lokasi pra-sekolah perlu berdekatan dengan anda/ahli keluarga. Be it you (the parents) atau penjaga, tadika yang dipilih perlulah hampir sekali dengan individu-individu ini.

Bukan dekat dengan lokasi/alamat rumah, semata. To me, perkiraan begitu sedikit silap dan perlu disemak semula, kalau sungguh terpaksa.

4. Selalu berkomunikasi dengan anak.

Gambar: Tipsanak.org

Gambar: Tipsanak.org

Once enrolled, berkomunikasilah selalu dengan anak-anak. Komunikasi dua hala sebelum dan selepas enrollment anak-anak ke pra-sekolah, pasti ada bezanya!

Get to know their feelings and how far have they coped at the kindy. It is highlighted sentence there, thus read between lines of the meaning and message, please.

Dan banyak lagi, yang sekiranya ada faktor lain yang perlu diambil kira, berbuatlah sesuatu demi anak-anak anda.

Artikel di atas disumbangkan oleh Nabilah Saleh. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka