Sebut sahaja majlis perkahwinan, selain daripada makanan, pelamin, baju perkahwinan, dan makeup, apa yang penting? Tidak lengkap sesuatu majlis perkahwinan itu tanpa orang yang mengambil gambar detik-detik bersejarah dalam hidup anda.

Akan tetapi, anda pasti tertanya-tanya bagaimana ingin memilih jurugambar yang sesuai dengan citarasa anda dan bagaimana ingin berurusan dengan jurugambar. Ameirfikri yang merupakan seorang jurugambar perkahwinan telah berkongsi beberapa tip untuk anda memilih dan berurusan dengan jurugambar agar memudahkan kedua-dua pihak. Baca perkongsiannya di bawah ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kenali hasil kerja jurugambar anda

https://www.instagram.com/p/BzsfvJ1pR96/

Ketika pilih jurugambar, pilih ikut apa yang anda rasa suka dan hati anda berkenan. Malah, anda haruslah ‘study’ hasil-hasil karya yang diambil jurugambar anda agar anda dapat gambaran bagaimana gambar anda akan diambil.

2. Sila berkawan dengan jurugambar anda

Apabila anda senang berkawan, jurugambar senang buat kerja. Ini kalau anda menyombong tinggi mendongak langit, mood jurugambar pun jadi tidak best. Bagi sikit ruang pada jurugambar anda untuk berkawan dengan anda. Jurugambar juga manusia sama macam anda juga. Mungkin anda sudah boleh cuba kenal antara satu sama lain ketika pertemuan pertama.

3. Sila pertimbangkan nasihat atau panduan daripada jurugambar

https://www.instagram.com/p/ByRPgiYpo36/

Kebiasaanya jurugambar perkahwinan ini sudah banyak kali mengambil gambar perkahwinan. Mungkin sudah bertahun mengambil gambar untuk perkahwinan dan selalunya jurugambar tahu apa yang dilakukan. Jadi, dengarlah tip dan nasihat daripada jurugambar yang boleh digunapakai.

4. Berikan maklumat yang betul

Kenapa? Apabila anda ingin berkahwin dan telah hire jurugambar untuk mengambil ketika majlis perkahwinan anda, adalah penting untuk anda berikan maklumat yang tepat. Apakah maklumat yang diperlukan oleh jurugambar anda? Mereka perlukan tempat, timing dan aturcara yang betul untuk majlis anda dan anda haruslah sentiasa update.

Apabila anda sudah pilih jurugambar perkahwinan anda, jangan pula anda minta untuk mengambil gambar seperti jurugambar lain lakukan. Pasti gambar anda tidak akan seperti yang anda harapkan kerana setiap jurugambar memiliki seni tersendiri.

Jadi, pastikan anda memilih jurugambar yang tepat untuk mengambil saat indah perkahwinan anda agar tidak berlaku sebarang masalah dan anda pun akan berpuas hati.

Sumber