Penting atau tidak memilih tempat duduk dalam kapal terbang? Ada orang jenis yang tidak kisah duduk di mana saja, asalkan sampai ke destinasi yang dituju. Ada juga memilih untuk duduk di tepi tingkap dengan alasan boleh lihat view  yang lawa-lawa dari atas udara.

Bagaimana pula dengan anda?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jawapannya adalah bergantung kepada keselesaan diri sendiri. Namun begitu, setiap posisi tempat duduk sebenarnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang disuaikan mengikut keselesaan penumpang. Saranan bergantung mengikut jarak penerbangan dan jenis pesawat yang dinaiki.

Oleh itu, di sini kami kongsikan 4 tip untuk anda pilih tempat duduk dalam pesawat mengikut keselesaan.

Gambar: luggagebase.com

1. Keselamatan

Jika anda mempertimbangkan alasan keselamatan,  pilihlah tempat duduk di bahagian lorong belakang pesawat. Dalam satu kajian memberitahu, penumpang yang berada di bahagian belakang pesawat memiliki peluang hidup 40% lebih tinggi berbanding penumpang di hadapan jika berlaku kemalangan.

2. Penerbangan lebih ‘lancar’

Untuk penerbangan yang lebih lancar atau smooth, pilih tempat duduk selepas sayap pesawat. Semasa berlakunya gegaran, bahagian depan dan belakang lebih cendurung untuk melambung berbanding kerusi selepas sayap pesawat.

3. Penerbangan tenang

Tidak suka dengan bunyi bising? Pilih tempat duduk di bahagian depan kabin pesawat. Ia akan menjauhkan anda dari kebisingan bunyi mesin yang bakal mengganggu tidur anda.

4. Untuk tidur

Jarak perjalanan yang jauh mengundang bosan dan lebih baik tidur. Jadi, jika anda memilih untuk tidur maka pilihlah tempat duduk di tepi tingkap di bahagian tengah pesawat. Bonusnya, anda boleh menyandar sambil melihat permandangan yang cantik-cantik.