Antara perkara yang paling ‘potong stim’ masa pergi melancong ialah terpaksa bersesak-sesak dengan pelancong lain. Lebih-lebih lagi yang bising, pengotor dan kurang bertimbang rasa. Silap-silap pengalaman melancong yang sepatutnya menggembirakan boleh menjadi satu pengalaman tidak menyeronokkan pula.

Kompleks arkeologi Angkor yang terletak berhampiran Siem Reap, Cambodia ialah antara tempat tumpuan pelancong paling popular di Asia Tenggara. Majoriti pelancong datang bertujuan untuk menyaksikan kompleks kuil purba, senibina Angkor yang mengagumkan serta mendalami sejarah di tapak arkeologi yang diiktiraf sebagai warisan dunia UNESCO sejak tahun 1992.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

unnamed-5

Maka, tidak hairanlah setiap hari beratus-ratus bas pelancong datang ke kompleks kuil di Angkor, membawa bersama beratus-ratus jenis perangai yang kalau nasib tidak baik, akan merosakkan mood percutian anda.

Jadi sebelum saya ke Angkor bulan Mei tahun lepas, saya ada buat study sikit bagaimana nak elakkan kesesakkan. Jadi, saya akan kongsi beberapa taktik dan strategi yang saya lakukan agar anda boleh menikmati senibina, sejarah dan spiritualiti Angkor dengan puas hati.

1) Jangan pergi waktu high season

2

Ini golden rule terpakai di mana-mana tempat di dunia pun. High season Angkor ialah antara November-February. Cuaca sejuk dan teduh sesuai untuk menjelajah Angkor temples dan ruins. Tapi orang ramai macam semut. Alternatifnya anda pergi antara April-Jun. Cuaca masa itu paling panas dalam setahun. Tapi pelancong tidak seramai high season. Cuma anda perlu bersedia dengan sun block dan wajib minum banyak air.

Kekurangan lain pada low season ialah anda akan dihurung oleh penjual cenderamata yang terdesak nak jual barang. Tapi low season tidak bermaksud tidak sesak, cuma tidak seperti high season.

2) Elakkan spot sunrise dan sunset

unnamed-2

Antara perkara bucket list semua orang di kawasan Angkor ialah tengok sunrise dan sunset. Sewaktu sunrise, orang akan memenuhi Angkor Wat seawal 5 pagi dan anda harus elakkan dari berada di Angkor Wat waktu ini kerana macam-macam bau akan keluar. Selfie stick dan payung pelancong lain akan mencucuk muka dan belakang. Alternatifnya, pergilah ke Srah Srang (Kolam mandi raja berdepan dengan candi Banteay Kdei) dimana sunrise lebih cantik dengan refleksi matahari terbit di permukaan tasik.

Waktu sunset pula majoriti pelancong akan berpusu-pusu ke candi Phnom Bakheng dan candi Pre Rup. Elakkan kawasan yang overcrowded ni. Sebaliknya pegi Pre Rup, tapi jangan ikut serta pelancong lain panjat ke puncak kuil sebab pemandangannya hanyalah matahari terbenam disebalik hutan-hutan. Duduk sahaja di tepi pagar bawah sambil tengok candi tu berubah warna waktu sunset.

3) Ambil 3 hari pas atau 7 hari pas untuk menjelajah ke kuil yang kurang sesak

unnamed-3

Menurut kenalan saya di sana, majoriti pelancong akan beli one day pass (USD37). Tak ramai orang akan beli 3 days pass (USD62) atau 7 days pass (USD72). Memang mahal sikit tapi di Angkor ada beratus-ratus kuil dan ada beberapa kuil saiz besar yang memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 jam untuk menjelajah satu kuil. Secara logiknya jika anda hanya mengambil one day pass, kemungkinan besar anda hanya akan menjelajah ke tiga tempat utama iaitu Angkor Wat, Bayon dan Ta Phrom. Di tiga tempat ini lah semua pelancong berkumpul. Akibatnya sehari anda akan bersempit-sempit dengan pelancong lain.

Sebaliknya kalau anda dapatkan 3 days pass, boleh boleh mengelakkan 3 tempat tersebut pada waktu puncak dengan pergi ke kuil yang kurang terkenal tetapi tetap menakjubkan seperti Pre Rup, Ta Keo, Banteay Kdei dan East Mebon dimana keempat-empat candi ini jika anda pergi waktu awal pagi dan petang, masa saya pergi hampir kosong tiada orang dan saya boleh menikmati kecantikan candi tanpa sebarang gangguan. Saya cadangkan pergi ke tiga kuil utama pada masa tengahari antara pukul 12 hingga 2 dimana ia waktu makan tengahari, majoriti orang akan balik ke bandar Siem Reap untuk makan tengahari.

Selain tu, pergilah ke kuil yang agak jauh dari bandar seperti Banteay Srei (30km dari Siem Reap). Banteay Srei bagi aku ialah candi yang ada ukiran paling detail dan tercantik antara semua di Angkor. Dalam perjalanan anda ke sana, anda boleh menikmati melihat kawasan luar bandar Cambodia dan boleh berkunjung ke muzium Landmine dimana sangat berbaloi untuk singgah.

4) Cari sudut yang tidak sesak

unnamed

Candi yang sangat terkenal seperti Angkor Wat, Bayon dan Ta Phrom walaupun sesak tapi sentiasa ada satu sudut atau ruang yang kosong. Majoriti pelancong berkumpulan akan bergerak mengikut pemandu pelancong masing-masing dalam pattern yang boleh diramal. Jika anda terpaksa melawat ketiga-tiga tempat ini pada waktu puncak, tolong bergerak dihadapan kumpulan-kumpulan ini ataupun melencong lah sedikit. Contohnya spot paling popular untuk bergambar di Ta Phrom ialah di tempat akar pokok, tapi hanya beberapa meter dari situ ialah inner walls yang penuh dengan ukiran tetapi sebab diluar laluan pelancong, tempat itu kosong. Saya duduk inner walls ini lebih kurang sejam menikmati sejarah dengan aman tanpa mendengar hiruk-pikuk kumpulan pelancong.

Sama juga dengan Angkor Wat. Disebabkan saiz kompleksnya yang terlalu luas maka  kebanyakan pelancong akan berhenti takat central courtyard, yang rajin sikit pergi panjat sampai ‘bakan’ (menara). Tapi kalau nak enjoy secluded feel, pergilah melencong ke bahagian timur Angkor Wat. Kebanyakan one day pass tourist takkan venture sampai sini sebab tidak cukup masa. Sedangkan di bahagian ini ada bas relief dan high relief yang mengagumkan untuk dilihat.

Baiklah hanya setakat ini sahaja yang saya boleh kongsikan. Saya pasti anda pun ada teknik dan cara tersendiri. Semoga dengan tips ini, perjalanan anda ke Angkor akan selesa dan aman, tanpa perlu melangkau tempat-tempat yang perlu dilawati.

Difahamkan AirAsia kini menawakan harga tiket penerbangan dengan harga yang lebih rendah melalui promosi 1.9 juta tempat duduk percuma yang ditawarkan. Apa tunggu lagi? Mungkin inilah masanya untuk anda melancong ke Cambodia.