Kebiasaannya, orang kita akan sentiasa memandang rendah tentang profesion sebagai customer service atau khidmat pelanggan ini terutamanya dikalangan graduan baru. Sudah seperti akal mereka telah ditetapkan bahawa kerja ini hanya untuk golongan yang berpendidikan rendah sahaja.

Apa yang mereka tidak tahu ialah pekerjaan ini telah banyak melahirkan pengarah-pengarh syarikat, usahawan-usahawan berjaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh Maukerja yang anda semua boleh pratikkan untuk menjadi orang biasa kepada luar biasa. Bagaimana daripada customer service boleh jadi CEO?

1.Komunikasi/Multitasking

Jika anda sebelum ini pendiam atau tidak yakin untuk komunikasi percayalah selepas menyertai kerja ini sudah pasti berbeza. Malah anda juga akan menjadi seorang yang boleh buat 4 kerja dalam satu masa.

Pekerja customer servies biasanya akan mendengar sambil menulis, berfikir, menaip dan berinteraksi dengan team leader.

Sumber: Maukerja

2. Value added untuk kerja baru

Jawatan khidmat pelanggan boleh dikategorikan sebagai akar untuk jawatan lain. Sebagai contoh, kebanyakkan anda akan dilantik bekerja sebagai pegawai perhubungan  awam dan tiba-tiba ada pelanggan utama syrikat datang untuk membincangkan mengenai projek bakal dilaksanakan.

Namun jika anda pernah bekerja dalam khidmat pelanggan, hal seperti ini mudah sahaja. Malah ilmu sebalik tabir seperti ini akan menjadi added value untuk anda mendapatkan jawatan idaman anda.

Sumber: Cox BLUE

3. Latihan disediakan

Tak payah nak runsing atau pening kalau anda memang zero mengenai industri itu kerana latihan berbayar akan disediakan selama 2 atau 3 minggu. Tetapi gaji tetap anda dapat.

4. Jadual kerja yang fleksibel dan ikut suka hati

Pada kebiasaanya, walaupun anda perlu bekerja shift banyak syarikat yang mengizinkan anda untuk bertukar jadual dengan rakan sekerja yang lain.

Jadi anda semua yang ingin mencuburi dalam bidang customer services atau ingin meningtkatkan asas kemahiran anda untuk jadi ‘luar biasa’ boleh gunakan tips ini untuk kerjaya anda.

Ini pula 6 sebab mengapa kerjaya khidmat pelanggan patut jadi pilihan graduan baru. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

6 Sebab Kerjaya Khidmat Pelanggan Patut Jadi Pilihan ‘Fresh Graduate’

Bagaimana Kerjaya ‘Conteng Dinding’ Bawa Pemuda Ini Terbang Ke Hong Kong

15 Tip Pilih Jurusan Di Universiti Ini Bantu Saya Dalam Pencarian Kerjaya