Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini, berita cawangan Starbucks bakal dibuka di Perlis mendapat perhatian terutama sekali mereka yang tinggal di sana. Menurut Berjaya Food Bhd, rangkaian kedai Starbucks di Malaysia akan lengkap dengan pembukaan di Perlis menjelang akhir tahun 2021.

Difahamkan, Berjaya Food merancang untuk membuka kira-kira 40 kedai baharu di seluruh negara pada tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun 2022 (FY22). Kini, Berjaya Starbucks Coffee Co Sdn Bhd (BStarbucks) iaitu anak syarikat Berjaya Food sudah miliki 327 cawangan kedai Starbucks di Malaysia kecuali Perlis.

Malah, BStarbucks turut akan menumpukan pada reka bentuk kedai yang unik dan ketengahkan elemen tempatan yang relevan untuk mewujudkan ‘ikatan’ dengan rakyat Malaysia tempatan dan mengukuhkan kehadiran jenamanya di seluruh negara.

Menurut Berjaya Food, cawangan kedai Starbucks yang pertama dibuka pada 17 Disember 1998 di pusat beli-belah Fahrenheit88 yang dulu dikenali sebagai KL Plaza. Pastinya ramai sudah tidak sabar untuk pembukaan cawangan Starbucks di Perlis.

Sementara itu, netizen kongsi keterujaan apabila Starbucks bakal dibuka di Perlis. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Netizen Kongsi Keterujaan Pembukaan Starbucks Pertama Di Perlis Tahun Hadapan

Ladang Bunga Matahari Di Perlis, Destinasi Percutian Terbaharu Yang Anda Perlu Terokai

Anda Mungkin Suka