Sebagai ibu bapa, pastinya kita ingin memberikan kehidupan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi lain pula ceritanya, jika ada dikalangan ibu bapa yang sanggup menyertai kumpulan militan yang diibarat menempah maut sebelum ajal.

Baru-baru ini, Harian Metro melaporkan bahawa 40 dari 59 rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan militan Daish di Syria dan Iraq telah menyatakan hasrat mereka untuk pulang semula ke tanah air gara-gara tidak rela membesarkan anak dalam suasana perang yang sangat menyukarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara tersebut didedahkan oleh Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam yang melihat sendiri kesediaan rakyat tempatan itu berlaku selepas melihat sendiri identiti sebenar Daish.

Sumber: Borneo Today

Mereka bersedia untuk pulang ke Malaysia selepas melihat ‘wajah’ sebenar kumpulan militan terbabit termasuk ada yang mengakui keadaan di negara itu tidak sesuai untuk pembesaran anak mereka.

Menurut Prof Madya Dr Mohd Mizan, 40 rakyat tempatan ini yang menyatakan kesediaan menerusi keluarga selepas mereka saling berhubung dan ada juga yang menghubungi pihak berkuasa.

Namun begitu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pit-chay berkata, keputusan untuk membawa pulang rakyat tempatan itu bergantung kepada keputusan kerajaan.

Tambah beliau lagi, pihaknya juga perlu melakukan saringan personaliti kepara mereka untuk melihat sejuah mana tahap keterbabitan mereka semasa bersama kumpulan pengganas tersebut.

Walau bagaimanapun, Majoriti netizen tidak bersetuju untuk membawa rakyat Malaysia yang terlibat dengan militan Daesh ini dibawa pulang ke tanah air.

Pada pendapat anda, wajarkah mereka dibawa pulang atau dibiarkan sahaja berada di sana? Berikan hujah-hujah bernas anda.

Terdahulu, bekas gitaris kumpulan Ukays maut di Syria bersama anak dan isterinya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bekas Gitaris Ukays Maut Di Syria, Anak Dan Isteri Turut Terkorban

Militan Israel Rilis Video Propaganda Dakwa 5 Tentera Hamas Yang Cuba Menyeludup Masuk Di Tembak Mati Oleh Sniper

Sumber